FANDOM


Topi BoBoiBoy Daun

Elemen Daun

Elemen Daun adalah salah satu kuasa elemen BoBoiBoy yang berkembang dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 5. Kekuatan elemen ini adalah terletak kepada kebolehan BoBoiBoy Daun untuk membuat serangan dan pertahanan dengan menggunakan daun dan tumbuh-tumbuhan dengan efektif. Walaupun serangannya tidak berapa kuat, namun ia cukup untuk menjengkelkan musuh-musuhnya. Ini adalah kerana daun-daun yang dihasilkan olehnya menyebabkan miang dan gatal pada seluruh badan di samping serangan berduri yang juga boleh mencederakan musuhnya dengan mudah.

Sejarah

Menurut Ochobot, BoBoiBoy mendapat kuasa ini setelah dia mengembara ke kampung kaktus di Planet Gurunda. Jam Kuasa miliknya juga tidak mempunyai sebarang kerosakan, sebaliknya ia sedang menerima dan menyesuaikan diri dengan kuasa elemen ini. Selepas Kapten Separo kembali ke Planet Bumi untuk mendapatkan Power Sphera serta menentang BoBoiBoy, ia mencetuskan kuasa elemen ini apabila BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Daun selepas dia terjatuh ke dalam sebatang pokok.

Galeri

Gambar rasmi

BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy Galaxy

Cekupan skrin

BoBoiBoy Galaxy