FANDOM


Boboiboy petir

Elemen Petir

Elemen Petir adalah salah satu elemen BoBoiBoy yang pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 2. Elemen ini merupakan elemen yang terpantas berbanding yang lain. Kepantasan ini memberikan kelebihan yang tinggi kepada BoBoiBoy Petir untuk bertarung dengan segala kuasa dan kemahirannya. Walau bagaimanapun, pertahanannya agak lemah kerana kadangkala senjata petirnya mudah patah dan menyebabkan pedangnya tidak efektif apabila dia cuba untuk menahan atau menangkis serangan musuh.

Sejarah

Kuasa elemen ini merupakan kuasa pertama yang berjaya dikeluarkan oleh BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 1 setelah mendapat kuasa daripada Ochobot. Dalam Musim 1, Episod 2, BoBoiBoy Petir muncul sebagai diri sendiri selepas BoBoiBoy berpecah kepada tiga untuk bertarung dengan Adu Du dan Probe. Elemen ini merupakan antara elemen yang selalu digunakan olehnya untuk bertarung.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy telah menggunakan seutas Jam Kuasa yang baru dan berupaya untuk menggunakan semula kuasa elemen ini bersama Elemen Angin dan Elemen Tanah.

Galeri

Cekupan skrin

BoBoiBoy

Musim 1

BoBoiBoy Galaxy