FANDOM


Boboiboy Tanah

Elemen Tanah

Elemen Tanah adalah salah satu elemen BoBoiBoy yang pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 2. Elemen ini lebih tertumpu kepada teknik pertahanan dan menjadikan pergerakan BoBoiBoy Tanah terhad. Dia perlu berada di atas tanah bagi melancarkan serangan balas terhadap musuh-musuhnya. Setiap serangannya juga boleh memecahkan setiap formasi dan pertahanan musuh-musuhnya. Sifat keberanian yang dimilikinya juga turut menjadikan kuasanya semakin kuat dan kukuh.

Sejarah

Elemen ini merupakan elemen ketiga yang dikeluarkan oleh BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 1 setelah mendapat kuasa daripada Ochobot. Dalam Musim 1, Episod 2, BoBoiBoy Tanah muncul sebagai diri sendiri selepas BoBoiBoy berpecah kepada tiga untuk bertarung dengan Adu Du dan Probe.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy telah menggunakan seutas Jam Kuasa yang baru dan berupaya untuk menggunakan semula kuasa elemen ini bersama Elemen Petir dan Elemen Angin.

Galeri

Gambar rasmi

BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy Galaxy

Cekupan skrin

BoBoiBoy Galaxy