FANDOM


OldTown White Coffee's Superhero Elemen Episod 6
Episod Akhir
Tajuk Episod Finale!
Durasi
tayangan
03:21
Panduan Episod
Sebelumnya
Rintangan Gergasi
Seterusnya
Tiada

Episod Finale! merupakan episod ke-6 dan terakhir dalam siri pendek OldTown White Coffee's Superhero Elemen.

Plot

Apabila semut itu ingin melemparkan batu ke arah Coral, BoBoiBoy segera berubah menjadi BoBoiBoy Halilintar dan mematahkan serangan semut itu. Adu Du bertambah geram dan semut itu mula menuju ke arah BoBoiBoy. BoBoiBoy Halilintar sempat menyuruh ketiga-tiga Superhero Elemen untuk mendapatkan pistol pengecil itu sementara dia mengalihkan perhatian Adu Du dan semut itu. Superhero Elemen bersetuju lalu menuju ke pistol itu. Apabila semut itu melompat ke arah BoBoiBoy Halilintar, dia segera melontar sebilah Pedang Halilintar dan menjatuhkan semut itu lalu menyerang lagi dengan Tetakan Halilintar. Semut itu sempat mengelak dan kemudian menahan serangan BoBoiBoy Halilintar. Sementara itu, ketiga-tiga Superhero Elemen bekerjasama mengubah posisi pistol pengecil itu. Serangan BoBoiBoy Halilintar berjaya dipatahkan semula oleh semut itu apabila kedua-dua bilah Pedang Halilintar patah dan BoBoiBoy turut jatuh. Adu Du berkata "Habislah Kau, BoBoiBoy" dan dibalas oleh BoBoiBoy yang berkata Adu Du telah terlambat. Apabila Adu Du melihat pistol pengecilnya mula memancarkan cahaya, Adu Du segera menembak Superhero-Superhero Elemen. Coral menghasilkan Perisai Air untuk berlindung. Percikan air itu terkena lagi pada pistol lalu meletup dan membesarkan semula BoBoiBoy, Superhero Elemen dan Adu Du serta semut tadi. Semut itu mengejar Adu Du dan Adu Du melarikan diri sambil menangis dan meminta maaf kepada semut itu.

Terra, Coral dan Oake dan BoBoiBoy berjumpa di kedai Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam sebelum berpisah; Coral mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy lalu berpesan agar menjaga dirinya baik-baik. Kemudian BoBoiBoy bertanya ke mana ketiga-tiga Superhero Elemen itu akan pergi selepas ini dan dijawab oleh Oake yang berkata nak bersiar-siar di bandar sambil cari makan. Terra mengajak BoBoiBoy untuk pergi sekali tetapi BoBoiBoy terpaksa menolak kerana dia kena pulang ke rumah untuk mengemas beg kerana dia akan berkhemah dengan Ochobot pada keesokan harinya. Akhirnya, Terra, Coral dan Oake mengucapkan selamat tinggal kepada BoBoiBoy.

Video

Oldtown White Coffee's Superhero Elemen Final Episode!03:21

Oldtown White Coffee's Superhero Elemen Final Episode!

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak