BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Hujan Halilintar ialah salah satu kuasa serangan bagi BoBoiBoy Halilintar. Kuasa ini menggunakan Pedang Halilintar sebagai teknik serangan dari langit untuk memusnahkan sasarannya dalam satu kawasan yang besar.

Penggunaan[]

BoBoiBoy Halilintar mula-mula menghasilkan sebilah Pedang Halilintar dan melontarkannya ke arah langit, membuatkan langit menjadi gelap dan menghasilkan bunyi guruh yang kuat. Dalam beberapa saat sebilah demi sebilah pedang lontarannya turun bagaikan hujan yang amat lebat ke Bumi lalu menyerang musuhnya yang berdiri di bawahnya.

Sejarah[]

Teknik serangan ini pertama kali digunakan dalam Musim 2, Episod 13 di mana BoBoiBoy Halilintar melontarkan Pedang Halilintar ke langit untuk menurunkan hujan dan menyerang Robot PETAI, akan tetapi gagal apabila ia sempat menumpukan perisai pada bahagian atasnya lalu menahan serangan tersebut.

Dalam Musim 3, Episod 1, teknik ini digunakan lagi oleh BoBoiBoy Halilintar untuk menyerang Ejo Jo tetapi gagal lagi setelah ia memperlahankan masa dengan Jam Kuasa Ying dan masuk ke sekitar kawasan itu. Akan tetapi, kejutan elektrik yang dihasilkan tidak memberikan peluang kepada Ejo Jo lalu dia menukarkannya menjadi kayu.

Dalam Musim 3, Episod 5 pula, teknik ini dikombokan oleh BoBoiBoy Taufan dengan Deruan Ribut untuk menyerang Koko Jumbo gergasi bagi menghalangnya daripada terus menuju ke kilang koko, namun gagal lagi kerana kekebalan pada kulitnya.

Galeri[]

BoBoiBoy
Musim 2
Musim 3

Video[]

Advertisement