BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Musim 1, Episod 11 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 21 & 22) merupakan episod kesebelas siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 11 Disember 2011.

Ringkasan[]

Hari ini Hari Biskut Sedunia dan BoBoiBoy Angin akan membantu Yaya membuat biskut untuk kejiranan, tetapi Adu Du dan Probe akan cuba membuat yang tidak baik lagi.

Plot[]

Episod 21[]

Probe tonton telenovela

Probe sebak menonton telenovela Seguni Mawar Merah.

Probe tidak tertahan air mata ketika menonton babak telenovela yang menyayat hati di skrin TV besar kapal angkasa, sehinggalah dia ditangkap dan dimarahi oleh majikannya, Adu Du yang mendapatinya "terpengaruh dengan emosi manusia", memadamkan set TV itu dan menyuruh Probe berbuat kerja. Setelah Probe beredar sambil menangis gara-gara pengaruh telenovela itu, Probe senyap-senyap memasang semula TV untuk melihat sejenak apa yang tersiar dalam kaca TV. Akhirnya, Adu Du menangis kerana terpengaruh oleh jalan cerita drama itu, sampai ditangkap oleh Probe. Untuk menutup sikap dua kali limanya, Adu Du berkata ia menangis kerana bersenam sambil memotong bawang.

Telenovela itu juga ditonton oleh Gopal dan Ying yang merenung set TV di Tok Aba's Kokotiam dengan rasa geram dengan sikap si watak lelaki yang sanggup meninggalkan kekasihnya demi pelajaran, sementara BoBoiBoy dan Tok Aba yang sibuk bekerja di sebalik kaunter mengujar bahawa mereka setuju dengan tindakan watak itu kerana pelajaran itu penting. Ketika Ying memesan secawan lagi Hot Chocolate, di kaca TV pula tersiarnya iklan promosi Gedung Beli-Belah Atan sempena Hari Biskut Sedunia yang berlangsung hari ini, membuat Gopal dan Ying gerun dan menyuruh BoBoiBoy menyorok sama-sama dari Yaya. Memandangkan BoBoiBoy ini pelupa, mereka terpaksa mengingatkannya akan betapa tidak sedap biskut Yaya. Yaya pun datang menjenguk mereka bertiga dan bertanya mengapa mereka menyorok, jadi mereka cuba mencari alasan itu mengetuk-ngetuk demi menguji kekuatan warung Tok Aba, sampai Tok Aba geram.

Kita kena sorok bbb

Gopal cemas setelah mendapati hari ini Hari Biskut Sedunia, lalu menyuruh BoBoiBoy menyorok sekali.

Sempena Hari Biskut Sedunia, Yaya meminta tolong tiga kawannya itu untuk menolongnya membuat biskut. Gopal dan Ying sempat membuat alasan dan melarikan diri, tetapi BoBoiBoy hanya sempat menyorok dalam kotak kosong. Memandangkan hanya BoBoiBoy yang mampu dicarinya, Yaya sempat meminta tolong BoBoiBoy, siap dengan merenungnya dengan puppy-dog eyes, tetapi Tok Aba sempat mencelah bahawa BoBoiBoy tidak dapat menolong kerana sibuk menjaga warung Tok Aba. Yaya berpaling ke arah Tok Aba pula dengan wajah puppy-dog eyes lagi untuk memujuk Tok Aba. Akhirnya Tok Aba akur dan meminta BoBoiBoy untuk berpecah menjadi tiga supaya salah satunya boleh menolong Yaya, tetapi BoBoiBoy mengingatkan datuknya tentang peristiwa dirinya semakin pelupa kerana berpecah tiga terlalu lama. Ochobot tiba-tiba muncul dan memesan BoBoiBoy untuk berpecah tiga sahaja demi Yaya asalkan jangan terpisah jauh-jauh. Dengan berat hatinya BoBoiBoy menunaikan permintaan itu. Ketiga-tiga BoBoiBoy bermain lat tali lat tali tam plum untuk memutuskan siapa yang akan menolong Yaya; BoBoiBoy Angin kalah jadi dialah orangnya. BoBoiBoy Tanah disuruh menolong Tok Aba sementara BoBoiBoy Petir menonton TV sahaja. Dengan itu, Yaya dengan sukacitanya mengimlakkan ramuan yang diperlukan untuk membuat biskutnya kepada BoBoiBoy. Salah satu ramuan yang paling sukar ditemui ialah "susu kambing putih yang segar dari ladang".

Perbualan antara BoBoiBoy dan Yaya ini diintip oleh Adu Du dan Probe melalui sebuah robot hamba yang mengintai dari belakang warung tanpa diperasan. Adu Du tersenyum kambing mendengar ujaran susu kambing putih lalu menyuruh Komputer untuk mencari "Encik Kambing Putih" untuknya. Probe sempat membetulkan orang atasannya itu bahawa kambing putih itu binatang, bukan manusia. Adu Du menanya Probe balik, bagaimana kisah pasangan kekasih dalam telenovela itu, Probe pun menangis kerana terkenang cerita yang "menggamit emosi" itu. Dengan itu, Adu Du mendapat idea untuk membuat susu kambing putih palsu yang boleh mengganggu emosi sesiapa yang mengambilnya, maka dia dan Probe bergegas ke makmal untuk membuat bahan yang sedemikian.

Episod 22[]

Adudu cecair emosi x

Adu Du menyiapkan Cecair Emosi X.

Di makmal kapal angkasanya, Adu Du menyediakan "Cecair Emosi X", sejenis bahan kimia yang bertujuan untuk mempermainkan emosi musuh-musuhnya, lalu menyuruh Probe untuk menyamarkannya sebagai susu kambing putih sebagai umpan buat BoBoiBoy.

BoBoiBoy Angin sudah membeli semua ramuan kecuali satu, iaitu susu kambing yang susah dijumpai itu, untuk membuat biskut bersama Yaya kelak. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan sebuah gerai yang menawarkan sebotol "Susu Kambing Putih Jantan Perisa Epal Hijau" (iaitu perangkap musuh), lalu berasa ragu-ragu dan membuatkan Adu Du resah gara-gara kelalaian Probe yang tidak sedar binatang jantan tidak menghasilkan susu. Akhirnya, BoBoiBoy Angin mengambil botol itu juga, maka Adu Du menarik nafas lega dan memuji Probe.

Setibanya di rumah Yaya, BoBoiBoy Angin mengeluarkan semua bahan-bahan yang dibelinya, tetapi Yaya berasa ragu dengan susu kambing yang dibawa pulang oleh BoBoiBoy Angin; jelas BoBoiBoy Angin, "itu aje yang tinggal". Adik lelaki Yaya yang masih kecil dan tidak pandai bercakap juga berada di dapur itu. Tanpa membuang masa, Yaya dan BoBoiBoy mula memasak biskut.

Selepas siap, Yaya terus membungkus biskut-biskut yang dibuatnya. Biskut Yaya berbentuk jantung dan berwarna hijau muda sempena "susu kambing perisa epal hijau" itu dengan inti merah. BoBoiBoy Angin menasihati Yaya supaya mencuba biskut itu terlebih dahulu. Balas Yaya, itu tidak perlu kerana terlalu yakin dengan kesedapan biskut yang dibuatnya sendiri, "kalau tak percaya, tanya adik aku". Tetapi adik Yaya yang duduk di sebelahnya itu pun berlari keluar dari dapur sambil menangis, jadi Yaya pergi melayannya. Dengan itu, BoBoiBoy Angin senyap-senyap merasai sebiji biskut itu tanpa menduga apa yang mendatang.

Setelah memakan sebiji sahaja, BoBoiBoy Angin merasa loya seperti yang biasa dialami oleh sesiapa yang merasa biskut Yaya. Yaya pun balik ke dapur untuk menjenguk dan dikejutkan oleh pujian BoBoiBoy Angin terhadap biskut Yaya itu dengan sungguh yakin. Yaya gembira mendengarnya kerana akhirnya biskutnya mendapat pujian. Oleh itu, BoBoiBoy Angin yang berkelakuan lebih hiperaktif daripada biasa itu dengan senang hatinya terbang dengan membawa keluar biskut-biskut Yaya untuk disedekahkan ke merata pekan tanpa teragak-agak. Melihat sikap BoBoiBoy yang terburu-buru, Yaya cepat mengejarnya. Adu Du dan Probe mengintai mereka dari belakang pagar dan meraikan kejayaan langkah awal mereka.

Tidak lama kemudian, setelah penat mengejar BoBoiBoy Angin, Yaya terserempak dengan si pelayan Burgerriak yang berada dalam keadaan gila-gila, menunggang motosikalnya dengan cuai sambil menayangkan sebiji biskut buatan Yaya. Belum lagi menduga sesuatu yang tidak kena, Yaya pasti BoBoiBoy ada berdekatan. Kemudian, Yaya melihat tukang kutip sampah memarahi tayar lorinya kerana pancit di tengah "krisis ekonomi global", dan mulai berasa hairan. Selepas itu, dia bertembung dengan ayah Gopal, si penjaja aiskrim yang sedih kerana mengaut banyak untung! Tiba-tiba, Gopal muncul entah dari mana dengan kostum ala filem Hindustan dan bernyanyi sambil menari untuk memujuk ayahnya supaya membeli buku latihan baru. Yaya bertanya mengapa, jawab Gopal, itu kerana dia termakan biskut Yaya. Setelah menyedari bahawa penduduk sekitar makin aneh perangai, Yaya terbang untuk bergegas ke Tok Aba's Kokotiam untuk meminta tolong dan bertanya sama ada mereka di sana berjumpa dengan BoBoiBoy Angin.

Gopal_Menyanyi_(HD)

Gopal Menyanyi (HD)

Setelah didapati BoBoiBoy Angin belum balik ke situ, dua BoBoiBoy yang lain serta Ochobot menjadi cemas, jangan-jangan ketiga-tiga BoBoiBoy hilang ingatan lagi. Ying pun memecut ke mari dan menceritakan keanehan sama yang baru diceritakan oleh Yaya. Gopal pun datang dengan "bergaya" dan memakai satu lagi kostum ala filem Hindustan, menari sambil bernyanyi bahawa dia menjadi demikian disebabkan termakan biskut Yaya, membuat Ochobot dan dua BoBoiBoy itu terkejut. Ochobot mengimbas tubuh Gopal yang bergerak-gerak itu dan mendapati Gopal tidak dapat mengawal emosi dan pergerakannya. BoBoiBoy Tanah menyoal Yaya apa bahan yang digunakannya. Jawab Yaya, dia ada menambahkan ramuan unik "susu kambing segar perisa epal hijau". Ujar Ochobot, itulah bahan yang membuat orang ramai menjadi gila, maka Ying menyeru kawan-kawannya untuk mencari dan menghalang BoBoiBoy Angin daripada mengedarkan biskut itu lagi.

Vlcsnap-2012-03-30-21h34m07s232

Munculnya BoBoiBoy Taufan!

Belum sempat beredar, BoBoiBoy Angin tiba dekat warung Tok Aba dengan dikelilingi puting beliung yang agak kencang dan perangai yang seakan-akan penjahat. BoBoiBoy Tanah menyuruh BoBoiBoy Angin untuk berhenti mengedarkan biskut itu, tetapi BoBoiBoy Angin tetap memakan beberapa biji biskut lagi. Ini menyebabkan puting beliung bawaan BoBoiBoy Angin itu bertambah besar dan kencang sehingga merosakkan harta benda sekeliling. BoBoiBoy Tanah dan Petir cuba menghalangnya sebelum perkara lebih buruk berlaku, tetapi ditangkis pula. Di dalam puting beliung yang sungguh kuat, BoBoiBoy Angin berubah wajah dan lahirlah "BoBoiBoy Taufan" yang bermata biru berkilau dan berpakaian serba biru putih, lengkap dengan papan luncur udara!

Watak[]

Trivia[]

  • Ini adalah episod pertama apabila mana-mana watak utama mempunyai emosi mereka dimanipulasi. Yang kedua ialah Musim 2, Episod 7 dan yang ketiga ialah BoBoiBoy Galaxy Episod 20.
  • Episod ini mendedahkan bahawa sekolah Ying, Yaya dan Gopal ialah Sekolah Rendah Pulau Rintis, ia ditulis dalam buku itu.
  • Babak di manq Gopal bernyanyi "Lepas makan biskut Yaya jadi macam ni" menjadi meme internet.
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Hari Biskut Sedunia".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 11

Video[]

Advertisement