Kumpulan Gerombolan Kejahatan merupakan sebuah kumpulan jahat yang diketuai oleh Adu Du, ataupun dengan nama gelarannya, Kokomander Koko. Kumpulan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalahkan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dan pada masa yang sama, Adu Du mempergunakan Tiga Rob dalam kumpulan ini untuk kepentingan dirinya sendiri.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Robot Pango & Raksasa Bawang[]
Pada suatu malam di dalam Penjara Pulau Rintis, Rob, Robert dan Roberto dihidangi nasi goreng oleh pengawal. Sebaik sahaja habis makan, Probe muncul dengan menyamar sebagai pengawal yang membawa sebuah kek besar. Maka hairanlah ketiga perompak itu. Robert menyedari akan tulisan yang tertulis di puncak kek tersebut. Apabila Roberto hendak membacakan mesejnya, Rob segera memakan bahagian yang belum dibaca disebabkan lapar. Mujur Robert sempat menghafal mesej itu, iaitu mereka diarahkan untuk bersedia pukul 3 pagi.
Maka Roberto terpaksa berjaga habis-habisan tatkala Rob dan Robert tidak mengikut rancangan, sehinggalah dia hampir terlelap sebelum pukul tiga. Tepat pada pukul tiga, Roberto serta dua konconya dikejutkan dengan kehadiran Adu Du dan Super Probe yang tadinya memotong dinding penjara dalam bentuk satu bulatan dengan percikan api. Roberto teranya-tanya tentang tindakannya, maka Adu Du menjelaskan bahawa dirinya telah kembali ke pangkal kejahatan dan menuntut supaya mereka menghapuskan, memenyakkan, menghancurkan, mematikan dan membunuh BoBoiBoy habis-habisan. Awalnya Roberto teragak-agak dengan permintaan itu kerana BoBoiBoy itu adiwira yang bukan tandingan mereka. Untuk itu Adu Du selesaikan masalah ini dengan memberikan Robot Pango kepada mereka.
Bahagia Bersama BoBoiBot[]
Tiga Rob kembali sebagai Robot Pango di Pulau Rintis dengan membuat rompakan di semua burger daripada seluruh gerai burger di Pulau Rintis termasuklah gerai Pakcik Mat. Robot Pango sedang berguling cuba melarikan diri daripada pihak polis yang sedang mengejar mereka. Lalu BoBoiBoy Taufan turut mengejar Tiga Rob yang membuatkan mereka panik, kemudian Roberto menggulingkan Robot Pango kepada kelajuan maksima untuk melarikan diri walaupun dia telah diingatkan oleh Robert bahawa enjin Robot Pango sudah tidak stabil selepas dibelasah oleh BoBoiBoy dalam pertarungan pada tempoh hari. Maka kelajuan itu membuatkan BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan menggunakan teknik Gerakan Kilat untuk mengejar mereka.
Akhirnya, BoBoiBoy Halilintar tidak dapat menjumpai Robot Pango yang sedang bersembunyi di sebalik di kawasan perumahan, namun disebabkan oleh perasaan yang gembira, ianya menyebabkan tempat persembunyian mereka dijumpai oleh anggota polis yang terlihat mereka dan sekali lagi aksi kejar-mengejar diteruskan. Walau bagimanapun, Tiga Rob terkejut apabila melihat Adu Du/Kokomander Koko cuba menghalang mereka dengan berdiri di hujung lorong kawasan perumahan tersebut lalu berasa hairan dengan Adu Du kerana kejadian kecurian burger ini adalah arahan daripadanya.
Dalam pada itu, Adu Du pun memulakan sandiwaranya untuk cuba menyakinkan pihak polis yang dia berada di pihak mereka dengan memanggil Tiga Rob sebagai "durjana" yang membuatkan mereka bertiga berasa geram akan Adu Du yang sering mempergunakan mereka dan cuba melenyekkannya. Walau bagaimanapun, BoBoiBot muncul dan bertukar menjadi BoBoiBot Api dan menyerang Robot Pango dengan serangan Bebola Api 2.0 yang menyebabkan Tiga Rob tercampak keluar dari dalam Robot Pango dan berguling masuk ke trak polis. Setelah itu, pihak polis dan penduduk Pulau Rintis memuji Adu Du dan BoBoiBot atas pertolongan mereka, sementara Roberto yang pening kepala mula sedar dan marah terhadap Adu Du yang mempergunakan mereka justeru meminta pihak polis untuk menangkapnya, namun ianya tidak diendahkan mereka.
Trivia[]
- Kumpulan ini merupakan kumpulan pertama yang ditubuhkan oleh Adu Du.
- Kumpulan ini juga merupakan satu-satunya kumpulan yang mempunyai tema muzik.