BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Musim 1, Episod 3 (juga dipasarkan sebagai Musim 1, Episod 5 & 6) merupakan episod ketiga siri BoBoiBoy. Episod ini disiarkan di TV3 pada 27 Mac 2011.

Ringkasan[]

Adu Du menciptakan eksperimen bernama "Multi-Monster" untuk menghapuskan BoBoiBoy.

Plot[]

Episod 5[]

Yah, nak order apa cik?

Ochobot menjadi pelayan Tok Aba's Kokotiam kerana diaktifkan oleh koko Tok Aba.

BoBoiBoy ditanya oleh Tok Aba mengenai Ochobot ketika di Tok Aba's Kokotiam. BoBoiBoy menjelaskan bahawa robot ini akan mengikut sesiapa sahaja yang mengaktifkannya. Memandangkan Ochobot dikuasakan dengan barang Tok Aba, Tok Aba menganggapnya sebagai miliknya lalu mengambilnya bekerja sebagai pembantu percuma. Ini menyebabkan Ochobot berasa kecil hati.

Sambil memerhatikan cubaan BoBoiBoy memecahkan rekod peribadinya dengan mengimbang bola sebanyak mana tanpa terjatuh, Adu Du mengarahkan Komputer melepaskan Multi-Monster dan Probe pula turun padang untuk mengintip wira cilik itu.

Aku dah sedia! Poof!

Nyata sekali kuasa Gopal bukan menangkap benda dengan mata tertutup.

BoBoiBoy nyaris memecahkan rekodnya apabila disampuk oleh Gopal yang masih tercari-cari kuasanya. Oleh itu, BoBoiBoy meneka kuasa Gopal dengan ujian menendang bola ke arah Gopal, bermula dengan menyambut bola dengan mata tertutup hingga meningkatkan kekebalan, tetapi satu pun tidak menjadi. Tanpa disedari, kegiatan mereka berdua diintip oleh Probe yang menyorok di sebalik semak. BoBoiBoy meneka pula Gopal boleh menembak laser dari mata. Probe mengambil kesempatan dengan menembak laser ke arah bola yang ditendang ke udara sehingga ditampan lalu turun di atas lopak bendalir hijau di tengah-tengah tempat pelupusan sampah. Gopal teruja kerana menyangka tahu kuasanya lalu pergi dari situ tanpa menghiraukan suruhan BoBoiBoy untuk mengambil balik bolanya.

BoBoiBoy kalah ke

Adakah BoBoiBoy telah dikalahkan?

BoBoiBoy memasuki tempat sampah itu untuk mengambil balik bolanya, dengan menggunakan sebatang kayu untuk menyeretnya keluar daripada lopak hijau itu. Setelah diketuk-ketuk oleh kayu itu, lopak itu tiba-tiba tumbuh lebam lalu memejal menjadi Multi-Monster yang besar dan ganas. Multi-Monster memekik kesakitan kepada BoBoiBoy, kemudian BoBoiBoy menerangkan bahawa Gopal yang menyebabkan bolanya jatuh di atas raksasa itu. Akhirnya, Multi-Monster mengingatkan BoBoiBoy bahawa misinya adalah menangkap lalu memakannya atas suruhan Adu Du. Selepas membebel seketika, Multi-Monster dengan mudahnya menghempap musuh kecilnya dengan sebelah tangannya, tetapi diperdaya oleh BoBoiBoy yang sudah berpecah menjadi tiga sewaktu ia membebel. Tiga lawan satu, dengan mudahnya wira muda ini mengecundangkan raksasa hijau itu.

Multi-Monster kuasa empat

Inilah keistimewaan "Multi-Monster".

Dalam kemarahan Adu Du melihat ketumpasan raksasa barunya itu, Komputer menjelaskan bahawa Multi-Monster boleh berpecah menjadi dua setiap kali teruk dikalahkan. Demikianlah yang terjadi pada Multi-Monster yang bertarung di Bumi, tetapi masih lagi mudah ditewaskan oleh tiga BoBoiBoy. Sekali lagi Multi-Monster berpecah menjadi empat ekor pula, apatah lagi bersiap dengan "senjata" yang terdiri daripada benda-benda yang berat dan cukup berbahaya di tempat pelupusan sampah. Oleh itu, ketiga-tiga BoBoiBoy bekerjasama dan bertungkus-lumus menangkis serangan dan lontaran Multi-Monster lalu menamatkan pengganasan raksasa itu.

Episod 6[]

Setelah dikalahkan teruk, Multi-Monster yang sudah berpecah menjadi empat sudah tentu berpecah menjadi lapan. Dengan geli hatinya Adu Du menyambut baik kelebihan yang baru dinikmati oleh raksasa ciptaannya itu... sehinggalah didapati bahawa saiz mereka semua sudah menjadi kecil dan mudah lagi ditewaskan oleh BoBoiBoy.

Rancangan menculik kawan BoBoiBoy

Tercetusnya rancangan untuk menculik kawan-kawan BoBoiBoy pula...

Kecewa dengan penjelasan Komputer mengenai kelemahan Multi-Monster yang begitu ketara ini, Adu Du berang lalu mengetepikan Komputer daripada membuat sebarang cadangan, kemudian meminum secawan koko untuk menenangkan fikiran, dan akhirnya menanya Komputer idea baru. Walaupun hairan dengan ketidaktetapan pendirian majikannya, Komputer mencadangkan supaya tiga orang kawan BoBoiBoy diculik pula untuk mengumpan wira kecil itu serta memeras kuasa mereka berempat.

Bbb pisit multimonster

BoBoiBoy menyoal Multi-Monster tentang rancangan Adu Du.

Sementara itu, BoBoiBoy pula memisit seekor Multi-Monster dengan mengurungkannya dalam sebiji balang lalu memutarkannya selaju-lajunya sehingga jawapan diperolehi. Raksasa kecil itu sememangnya tidak tahu apa, tetapi menduga bahawa Adu Du merancang untuk menculik kawan-kawan BoBoiBoy. Dengan itu, BoBoiBoy melepaskan Multi-Monster itu, dan makhluk kecil itu melaungkan "Jasamu tetap akan ku kenang, BoBoiBoy!"

Kemudian, BoBoiBoy berpecah menjadi tiga lagi untuk meneka kawan mana yang akan diculik. Yaya terlalu kuat, dan Ying terlalu laju, jadi Gopal mungkin menjadi sasaran kerana belum tahu kuasanya. Maka BoBoiBoy bergegas ke rumah Gopal dan menekan-nekan loceng pintunya tanpa disambut.

Ying kehilangan kuasanya

Ying kehilangan kuasa di saat dia dikejar peluru.

Tiba-tiba, Ying memecut melalui BoBoiBoy kerana dikejar oleh sepasang peluru berpandu yang dilepaskan oleh Probe. Ying berlari sekitar pekan beberapa kali dan masih boleh menjauhi peluru-peluru itu sehingga dia mampu berehat sejenak dan membeli minuman dari mesin jual kerana yakin tidak akan dikesan peluru itu. Akan tetapi, gugurnya sehelai bulu pelepah yang mengusik hidung Ying dan menyebabkannya bersin dan hilang kuasanya. Mujurlah peluru itu masih tersasar apabila melalui Ying, tetapi berpatah balik. Ying tergesa-gesa mengusik hidungnya dengan bulu itu hingga bersin lagi dan mampu memecut semula. Kali ini, Ying mengumpan peluru itu hingga melanggar Probe.

Dengan itu, Adu Du dengan berangnya menuntut penjelasan Probe, tetapi Komputer mencelah bahawa Probe sedang mengawal keadaan. Probe yang tersungkur atas jalan didekati Ying. Probe mengumpan Ying dengan dompet "milik Ying", tetapi Ying sekali lagi mengaku tidak mudah terpedaya. Sebenarnya, Probe membalas kecuaian Ying dengan menyembur gas tidur ke arahnya, sehingga Yin bersin lagi dan pengsan.

Go Go Gopal

Percubaan Gopal untuk terbang ala-ala superman.

Probe dan Ying diangkut kembali ke kapal angkasa, sambil disaksikan oleh BoBoiBoy yang makin cemas dan menekan-nekan loceng pintu Gopal. Tiba-tiba, Gopal muncul atas bumbung untuk cuba terbang, itupun tidak menjadi juga. Sebelum BoBoiBoy sempat menyampaikan khabar, Gopal menjelaskan bahawa dia pernah cuba mengangkat benda berat, bernafas dalam air, dan menggerakkan benda tanpa menyentuh.

Watak[]

Trivia[]

  • Ini adalah episod pertama di mana rekod episod terdahulu mula-mula ditunjukkan sebelum tema pembukaan (Dalam versi Disney Channel, rakaman itu telah dipotong pada September 2012).
  • Dalam satu babak, Adu Du mendapat tahu bahawa BoBoiBoy pandai bermain bola sepak, tetapi dalam Musim 2, Episod 3, Adu Du lupa definisi bola sepak.
  • Episod ini menunjukkan bahawa Probe dilengkapi dengan laser.
  • Yang dilihat di mana Adu Du minum dengan cawannya hampir sama dengan gambarnya di laman web Animonsta Studios. Perbezaannya adalah dia minum kopi dalam gambar manakala dalam episod ini, dia minum air dan ungkapan mulutnya.
  • Ini adalah kali pertama Adu Du membaling cawan ke Komputer. Yang kedua ialah Musim 1, Episod 4.
  • M1E3 Bersambung
    Ini merupakan salah satu episod yang mempunyai perkataan "Bersambung" di akhir episod, diikuti oleh Musim 1, Episod 12. Namun ia tidak dimasukkan dalam versi Bahasa Inggeris YouTube.
  • Babak di mana Gopal akan melompat dari bumbung rumahnya dipotong dalam Disney Channel Asia kerana penonton muda mungkin meniru dia yang boleh menyebabkan kemalangan.
  • Juga, babak di mana BoBoiBoy bertarung dengan Multi-Monster dengan lagu tema pembukaan dipotong dalam TV3, pada 4 September 2012, ia juga dipotong dalam Disney Channel Asia.
  • Multi-Monster merupakan watak kedua yang boleh berpecah, yang pertama ialah BoBoiBoy.
  • Dalam versi Inggeris episod ini yang Animonsta muat naik dalam YouTube, ia didedahkan bahawa pelakon suara BoBoiBoy ialah Alexander Rudra Keith Henderson.
  • Dalam BoBoiBoy Trailer HD yang Animonsta muat naik dalam YouTube pada tahun 2010, sebuah bahagian pertarungan di antara BoBoiBoy dan Multi-Monster ditunjukkan, tetapi BoBoiBoy tidak mempunyai Jam Kuasa.
  • Di Netflix, episod ini diberi tajuk "Raksasa Multi-Monster".

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Musim 1, Episod 3

Video[]

Advertisement