BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gopal ialah kawan baik BoBoiBoy yang sentiasa menyokong kawan-kawannya. Gopal sangat suka pada makanan, terutamanya koko khas Tok Aba. Oleh disebabkan itu, Gopal mempunyai kuasa manipulasi molekul, yang membolehkan dia untuk menukarkan objek menjadi makanan.

Penerangan[]

"Gopal adalah kawan terbaik BoBoiBoy dan sentiasa menyokong kawan-kawannya. Gopal suka makanan terutamanya Special Hot Chocolate Tok Aba.

Apabila Gopal mula-mula menerima kuasanya, dia tidak tahu apa kuasa sebenarnya. Selepas beberapa lama, dia dapat menukar sebarang benda menjadi makanan yang membuatnya sangat gembira.
"
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Galaxy

"Gopal adalah rakan karib kepada BoBoiBoy dan sentiasa bersedia untuk membantu walaupun dia sebenarnya seorang yang penakut. Gopal memiliki kuasa Manipulasi Molekul, di mana ia membolehkan Gopal untuk menukar sesuatu objek kepada objek yang lain. Akan tetapi, objek yang ditukarkan Gopal akan sentiasa menjadi benda kegemarannya, iaitu makanan."
— Penerangan laman web rasmi BoBoiBoy Movie 2

"Dia adalah rakan karib kepada BoBoiBoy dan sentiasa bersedia untuk membantu walaupun dis sebenarnya seorang yang penakut.

Gopal memiliki Kuasa Manipulasi Molekul, di mana ia membolehkan Gopal untuk menukar sesuatu objek kepada objek yang lain. Akan tetapi, objek yang ditukarkan Gopal akan sentiasa menjadi benda kegemarannya iaitu makanan.
"
— Penerangan dalam Segmen Khas - Jom Kenali Superheroes Anda!

Sejarah[]

Kehidupan awal[]

Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Gopal, selain Gopal tinggal bersama ibu dan bapanya. Dia juga selalu mengunjungi kedai koko Tok Aba, sebagai salah satu tempat kegemaran kedai, dan selalu meminta minuman percuma.

Semasa Gopal didaftarkan di sekolah oleh bapanya, Pakcik Kumar, beliau telah memberikan tarikh lahir Gopal yang salah dan akibatnya, dia dimasukkan ke dalam kelas BoBoiBoy.

BoBoiBoy[]

Musim 1[]

Gopal adalah rakan karib kepada BoBoiBoy yang berkenalan setelah berjumpa di Tok Aba's Kokotiam. Semenjak hari itu, mereka mula menjadi erat dan sering menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain bersama-sama, sama ada di dalam ataupun luar rumah. Semenjak Gopal berkawan dengan BoBoiBoy juga, dia sering meminta Tok Aba memberikannya minuman percuma dan disebabkan oleh itu, Gopal banyak berhutang dengan Tok Aba.

Selepas Gopal diberikan Jam Kuasa oleh Ochobot, dia mendapat kuasa menukar benda menjadi makanan. Dengan kuasanya, Gopal boleh menukarkan apa-apa sahaja objek menjadi apa-apa sahaja maanan yang terlintas di fikirannya. Walaupun begitu, Gopal sering menyalahgunakan kuasanya dengan menukarkan objek menjadi makanan yang tidak sihat dan setelah Gopal mendapat nasihat daripada Yaya, Gopal mula berlatih untuk menukarkan objek menjadi makanan yang lebih sihat.

Musim 2[]

Di Sekolah Rendah Pulau Rintis, Gopal merupakan Penolong Ketua Kelas dalam kelas 5 Jujur. Akan tetapi, Gopal sebenarnya adalah tua setahun daripada rakan-rakan sedarjahnya. Gopal pernah menceritakan, sewaktu dia didaftarkan di sekolah dahulu, bapanya, Pakcik Kumar telah memberikan tarikh lahir Gopal yang salah dan disebabkan oleh itu, dia dimasukkan ke dalam kelas yang sama dengan BoBoiBoy.

BoBoiBoy: The Movie[]

Gopal dan kawan-kawannya telah membuat rancangan untuk berkelah, yang mana BoBoiBoy telah terlepas kerana membantu pihak polis memberkas kumpulan perompak. Setelah itu, BoBoiBoy mengajak kawan-kawannya untuk mencandat sotong bersama Papa Zola untuk menebus kesilapannya namun malang tidak berbau apabila Ochobot telah diculik oleh pasukan Tengkotak dengan tujuan menggunakannya untuk mencari Klamkabot, sebuah Power Sphera purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. Gopal bersama kawan-kawannya telah berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia di sebalik misteri Power Sphera.

Menggunakan petunjuk yang dimiliki, mereka telah berjaya menemui lokasi keberadaan Ochobot di Pulau Terapung bersama-sama Klamkabot. Selepas mendengar apa yang telah berlaku dari Klamkabot, mereka telah pergi ke Lab Power Sphera untuk menaik taraf Ochobot supaya dia dapat melarikan diri dari Tengkotak dan Kuasa Teleportasi akan selamat. Namun apabila Bora Ra mengancam untuk mencederakan Papa Zola, Adu Du dan Probe jika mereka tidak membawa Ochobot ke lokasi mereka, maka Fang dan yang lain telah menyusun sebuah rancangan supaya mereka dapat melarikan diri dari Tengkotak di mana Fang menghubungkan semua rakannya dengan kuasa bayangnya. Malangnya, rancangan mereka gagal apabila Kiki Ta menembak Ochobot dan menghentikan proses teleportasinya.

Setelah Bora Ra berjaya merampas Kuasa Teleportasi, Fang membantu BoBoiBoy bertarung menentangnya sementara Yaya, Ying dan Gopal menentang Gaga Naz sehinggalah mereka berada di ambang kekalahan. Selepas Ochobot menyalurkan tenaga terakhirnya kepada Yaya dan kawan-kawannya, mereka berjaya menentang kembali pasukan Tengkotak. Namun, Bora Ra yang awalnya tidak dapat menerima kekalahannya mengeluarkan lohong hitam gergasi yang mula menyedut semua yang ada di situ. Fang cuba menghalangnya menggunakan kuasa bayang tahap keduanya sebelum BoBoiBoy berpecah menjadi tujuh dan menentang Bora Ra habis-habisan sehingga akhirnya dia disedut ke lohong hitamnya sendiri. Selepas pertarungan itu tamat, Fang memujuk BoBoiBoy yang menangis sambil memeluk Ochobot, yang rupa-rupanya masih hidup berkat jasa Klamkabot yang telah menyalurkan kesemua tenaganya kepadanya lalu menyampaikan pesanan terakhirnya kepada BoBoiBoy.

Gopal, Papa Zola serta yang lain berswafoto bersama-sama sebelum mereka disapa oleh J-Rex. Koko Ci yang berada di kapal angkasa Tengkotak akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya kepada mereka iaitu sebagai pengintip yang menyamar lalu mengucapkan selamat tinggal dan berlepas ke angkasa. Mereka bermalam di situ sebelum pulang ke Pulau Rintis dan menjalani kehidupan yang aman dan damai.

BoBoiBoy Galaxy[]

Beberapa ketika setelah peristiwa yang telah berlaku dalam filem, Gopal dan BoBoiBoy berasa bosan apabila tidak dapat menggunakan kuasa mereka kerana alien jahat tidak lagi datang ke Bumi dan membuat kacau. Pada suatu hari, Ochobot tiba-tiba dihubungi oleh Koko Ci dan meminta tolong daripada mereka. Setelah bersetuju untuk membantunya mencari dan melindungi Power-Power Sphera yang bertaburan di seluruh galaksi sebagai ahli dalam, Gopal dan yang lain mengembara di galaksi.

BoBoiBoy Movie 2[]

Atas kejayaan Gopal bersama kawan-kawannya menyelamatkan EggaBot, mereka diberikan kelulusan untuk pulang ke Bumi. Apabila di Bumi, mereka menerima mesej kecemasan daripada Komander Koko Ci yang memberikan amaran bahawa Retak'ka telah kembali, dan mengarahkan mereka pergi ke Planet Quabaq.

Kuasa[]

Serangan
3/5 Profil Galaxy Gopal
Pertahanan
5/5
Ketangkasan
3/5
Keberanian
1/5
Kelajuan
1/5


Kuasa Manipulasi Molekul[]

Gopal mengetahui jenis kuasanya agak lewat daripada kawan-kawannya kerana Ochobot lupa akibat dia ditendang oleh BoBoiBoy. Jadi, Gopal cuba mencari kuasanya sendiri dengan mencuba pelbagai cara, antaranya ialah menangkap benda dalam gelap, menjadi kebal, menembak laser dari mata, mengangkat sebuah lori, bernafas di dalam air, menggerakkan objek, terbang di udara dan teleport, tetapi tidak satupun berjaya. Akhirnya, kuasa Gopal terserlah dalam Musim 1, Episod 4 iaitu menukarkan objek menjadi makanan dengan hanya menyentuh objek itu. Gopal pernah cuba menukarkan BoBoiBoy menjadi coklat, tetapi terbukti bahawa kuasa ini tidak berkesan terhadap manusia. Kuasa Gopal bertambah kuat apabila dia berasa takut semasa sedang menggunakan kuasanya.

Walau bagaimanapun, kuasa Gopal telah didedahkan adalah Kuasa Manipulasi Molekul. Dengan kuasa ini, Gopal boleh menukarkan satu objek menjadi objek lain dan juga boleh menukarkannya semula menjadi objek asal. Dahulunya, sebab kenapa Gopal selalu menukarkan objek menjadi makanan adalah kerana makanan sentiasa terlintas di fikirannya.

Dalam BoBoiBoy: The Movie, Gopal telah menerima peningkatan ke tahap kedua bagi kuasanya. Peningkatan kuasa ini membolehkan dia untuk menukarkan molekul-molekul di dalam dirinya menjadi elemen-elemen seperti emas, besi, berlian, getah dan sebagainya mengikut citarasa Gopal. Dengan ini, seluruh tubuh Gopal menjadi kebal dan amat sukar untuk dihancurkan. Penukaran ini juga membolehkan Gopal untuk menyerang musuhnya dengan kekuatan daripada elemen-elemen itu.

Dalam Lepaskan Kuasamu, Gopal telah menerima peningkatan ke tahap ketiga bagi kuasanya selepas dia minum jus yang terbuat dari buah Oakuat daripada Planet Rimba, bermakna ia menjadi lebih kuat daripada kuasa tahap kedua.

Tahap 1[]

BoBoiBoy
  • Sentuhan Kuih Koci Mak Timah: Gopal menukarkan tangan Super Makcik Probe menjadi kuih koci Mak Timah.
  • Tukaran Biskut Yaya: Gopal menukarkan besi dan tayar menjadi biskut Yaya.
  • Tukaran Nasi Goreng Kampung: Gopal menukarkan selipar-selipar menjadi nasi goreng kampung.
  • Tukaran Cekodok Pisang: Gopal menukarkan buih-buih mimpi milik Raksasa Tidur menjadi cekodok pisang.
  • Tukaran Semula: Gopal menukarkan sesuatu makanan menjadi objeknya yang asal.
  • Tukaran Keropok: Gopal menukarkan sebuah bekas menjadi keropok.
  • Tukaran Gula Kapas: Gopal menukarkan sebiji bola sepak menjadi gula kapas.
  • Tukaran Biskut Rangup: Gopal menukarkan Tanah Pelindung yang dihasilkan oleh BoBoiBoy Gempa menjadi biskut rangup.
  • Tukaran Ikan Kering: Gopal menukarkan sehelai daun menjadi seekor ikan kering.
  • Tukaran Cekedik: Gopal menukarkan semua peluru dan tembakan yang dihasilkan oleh Robot PETAI menjadi cekedik.
  • Tembakan Molekul: Gopal menukarkan Naga Bayang yang dihasilkan oleh Ejo Jo menjadi molekul, namun tidak berjaya.
  • Tukaran Jeli: Gopal ingin menukarkan pintu bilik kebal menjadi jeli, tetapi terhenti apabila diugut oleh Rob.
  • Tukaran Sejari: Gopal menukarkan batu-batu di permukaan Bulan menjadi emas dan berlian.
  • Tukaran Jalan Majerin: Gopal menukarkan jalan raya menjadi jalan yang licin.
  • Tukaran Onion Ring: Gopal menukarkan kuasa Gegelang Bawang yang dihasilkan oleh Raksasa Bawang menjadi gegelang bawang.
  • Tukaran Ayam Goreng: Gopal membaling botol-botol lalu menukarkannya menjadi ayam goreng.
  • Tukaran Muruku: Gopal menukarkan Penjara Tanah yang dihasilkan oleh BoBoiBot Gempa menjadi muruku yang kemudiannya pecah dan rapuh.
  • Tukaran Pau Kacang: Gopal menukarkan penyepit perisai kepunyaan Raksasa Perisai menjadi pau kacang.
  • Tembakan Roti Perancis: Gopal menukarkan penyepit perisai Raksasa Perisai menjadi roti Perancis.
  • Tembakan Keropok Lekor: Gopal menukarkan badan perisai kepunyaan Raksasa Perisai menjadi keropok lekor.
  • Tembakan Donut Lobak Merah: Gopal menukarkan sampah-sampah menjadi dua donut lobak merah.
  • Tembakan Roti Canai: Gopal menukarkan serangan Lahap menjadi roti canai.
  • Tukaran Sayur-sayur Ulam: Gopal menukarkan besi-besi kapal angkasa Kaizo menjadi sayur ulam.
  • Tukaran Sotong Goreng Tepung: Gopal menukarkan Kurita menjadi sotong goreng tepung. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Tukaran Biskut: Gopal tidak menukarkan objek lain kepada yang lain, tetapi menutupi muka dan sebahagian tubuh badannya dengan sekeping biskut untuk mengelak dari diserang. Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
BoBoiBoy Galaxy
  • Tukaran Gula-gula Pusing: Gopal menukarkan pokok yang besar menjadi gula-gula pusing yang berwarna merah jambu.
  • Tembakan Makanan: Gopal akan menembak objek-objek yang ingin ditukar menjadi makanan. Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 9, Gopal cuba menukarkan BoBoiBoy Tanah menjadi makanan, tetapi Tanah menggunakan Tanah Pelindung dan ditukarkan menjadi makanan dan ulat busuk.
  • Tembakan Spaghetti Makcik Kantin: Gopal menukarkan lembing pencangkuk menjadi spageti.
  • Kereta: Sebuah kenderaan istimewa yang diberikan oleh MotoBot yang menyerupai kereta.
    • Tembakan Makanan: Dengan menggunakan kenderaannya, Gopal boleh mengadaptasi kuasanya dengan kenderaan tersebut, yang membolehkan dia menggunakan kuasa tukaran makanannya dari kenderaan itu.
  • Tembakan Sniper Gula Kapas: Gopal melepaskan beberapa tembakan ke arahnya musuhnya yang akan menukar musuhnya kepada gula kapas.
  • Tukaran Gula-gula Getah: Gopal menukarkan pokok-pokok kaktus di Planet Gurunda menjadi gumpalan gula-gula getah. Dalam Kesatria Windara!, Gopal menembakkan tembakan yang ditukarkan menjadi gumpalan gula-gula getah untuk memerangkap Kurumbang.
  • Tukaran Cekodok Coklat: Gopal menukarkan batu-batu menjadi cekodok coklat.
  • Tukaran Makanan Kucing: Gopal menukarkan bekas-bekas di atas meja menjadi makanan-makanan kucing.
  • Tukaran Sebakul Ikan: Gopal menukarkan konco-konco lanun menjadi bakul kayu rotan yang dipenuhi dengan ikan-ikan laut.
  • Tembakan Gula Sagu: Gopal menukarkan tongkat milik Jokertu menjadi gula sagu.
  • Tembakan Sniper Makanan: Ia seperti Tembakan Makanan, tetapi boleh menembak pada yang lebih jauh.
  • Tembakan Nasi Lemak: Gopal cuba untuk menukarkan Raksasa Batu menjadi nasi lemak, tetapi tidak ada kesan kerana mereka merupakan makhluk hidup. Dalam Sinaran Penamat, Gopal menukarkan objek logam menjadi nasi lemak apabila salah satu objek hampir melanda Gopal tetapi tepat pada waktunya.
  • Tembakan Ulat Panggang: Gopal cuba menembak BoBoiBoy Daun untuk menukarkannya menjadi ulat panggang, tapi dihindarinya dan mengenai kedua-dua bunga lalu ditukarkan menjadi ulat dan bintang laut yang busuk. Awalnya, Gopal cuba menukarkan BoBoiBoy Daun menjadi katak panggang, tetapi ditukar apabila ditegur oleh Katakululu.
  • Tukaran Makanan: Gopal boleh menukar sesuatu yang dipegang menjadi makanan.
    • Tukaran Makanan Bertubi-tubi
  • Tembakan Biskut Rapuh: Gopal menukarkan simen yang melekat keras di tubuh BoBoiBoy menjadi biskut rapuh untuk membebaskannya. Dalam Pergolakan di Windara, Gopal menggunakan Tukaran Biskut Rapuh untuk menukarkan cangkuk-cangkuk Tentera Kelkatoa menjadi biskut rapuh.
  • Tukaran Sayur-sayuran: Gopal menembak Panah Letupan milik A.B.A.M. dengan menukarkannya menjadi sayur-sayuran.
  • Tembakan Makanan Salad Sihat: Gopal cuba menembak A.B.A.M. untuk menukarkannya menjadi salad sihat, tetapi sempat dielakkan dan semua objek-objek di kampung Cattus ditukarkan menjadi sayur-sayuran.
  • Tukaran Pisang Goreng: Gopal menukarkan berlian-berlian yang Power Sphera berlian cetak rompak yang tembak menjadi pisang goreng.
  • Tukaran Bebola Ikan: Gopal menukarkan GigiBot cetak rompak menjadi bebola ikan sebagai pembalasannya untuknya menggigitnya dengan gigi palsu.
  • Tembakan Machinegun Makanan/Tembakan Mesingan Makanan: Selepas Fang mengikat BoBoiBoy cetak rompak dengan Seribu Jari Bayang, Gopal menukarkan kesemuanya menjadi roti halia. Kuasa ini disebut Machinegun Makanan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Tembakan Biskut: Gopal menembak objek-objek logam menjadi biskut dan makanan pencuci mulut supaya BoBoiBoy dapat melewatinya.
  • Tukaran Kuih Cucur Badak: Gopal menukarkan bola gergasi menjadi kuih cucur badak dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy.
  • Tukaran Pizza: Gopal menukarkan pecahan-pecahan ais menjadi pizza. Kuasa ini digunakan dalam BoBoiBoy Movie 2.
  • Tukaran Swissroll: Gopal menukarkan kayu-kayu balak besar yang dipanggil oleh Retak'ka menjadi bahulu gulung. Kuasa ini hanya digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Tukaran Agar-Agar: Gopal menukarkan tanah di mana Hang Kasa berdiri menjadi agar-agar untuk menolong BoBoiBoy. Kuasa ini hanya digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Tembakan Biskut Tongkat: Gopal menukarkan pegangan kristal pada tongkat Hang Kasa untuk melepaskan kristalnya daripada tongkatnya.
  • Tembakan Kekuda Dodol: Gopal menukarkan tanah itu menjadi kekuda dodol untuk memerangkap Retak'ka. Kuasa ini hanya digunakan dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • Tukaran Lemang Periuk Kera: Gopal menukarkan Periuk Kera Gergasi menjadi lemang periuk kera. Kuasa ini tidak ditunjukan pada skrin dan hanya disebutkan dalam Komik BoBoiBoy Galaxy Musim 2: Rahsia King Balakung.
  • Tukaran Cekodok Ikan Bilis: Gopal menukarkan tanah-tanah yang jatuh disebabkan oleh tanah runtuh menjadi cekodok ikan bilis.
  • Tukaran Ais Krim Malaysia: Gopal menukarkan sudip-sudip berapi milik Qually menjadi ais krim Malaysia.
  • Tukaran Air Batu Campur: Gopal menukarkan dataran ais menjadi air batu campur untuk memerangkap Qually.
  • Tukaran Biskut Coklat: Gopal cuba menukarkan virus COVID-19 menjadi biskut coklat, tetapi tidak berkesan. Kuasa ini hanya digunakan dalam CAPP: Kuasa untuk Lawan Covid-19.
  • Tukaran Mee Goreng: Gopal menukarkan tembakan Ekzos Laser yang dihasilkan oleh Probe menjadi mee goreng untuk melindungi Qually.
  • Tukaran Biskut Krim: Gopal menukarkan dinding di piramid baja menjadi biskut krim.
  • Tukaran Teh Ais: Gopal menukarkan lantai di piramid baja menjadi teh ais untuk membuatkan Alpha Jumbosaur tergelincir.
  • Tukaran Pizza Ikan Bilis: Gopal menukarkan mata gergaji Probe menjadi pizza ikan bilis untuk mengehentikan Adu Du dan Probe daripada mendapatkan PasuBot.
  • Tukaran Kuih Kapit: Gopal menukarkan lantai menjadi kuih kapit supaya dia dan kawan-kawan melarikan diri dari Kurumbang dan Vespira.
  • Tukaran Kek Gulung: Gopal menggunakan lembing untuk menukarkan tombak-tombak Tentera Kelkatoa menjadi kek gulung.
  • Tukaran Popia Sayur
  • Tukaran Spaghetti
  • Tukaran Keropok Ikan
  • Tukaran Dodol Durian
  • Tukaran Roti-Roti Gebu
  • Tukaran Cekodok Pisang
  • Tukaran Kek Hari Jadi
  • Tukaran Bubur Kanji
  • Tukaran Karamel Panas

Tahap 2[]

  • Tukaran Badan Getah: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Gopal boleh menukarkan seluruh tubuhnya menjadi objek lain seperti getah yang digunakannya bagi menahan serangan fizikal daripada musuh.
    • Tandukan Kepala Berlian: Setelah mendapat tingkatan kuasa daripada Ochobot, Gopal boleh menukarkan kepalanya menjadi berlian yang keras bagi menyerang musuhnya dengan bantuan badan getah dan sifat elastiknya.

Tahap 3[]

  • Tukaran Badan Mode: Dodol Durian
    • Tumbukan Dodol Gergasi
  • Tukaran Badan Mode: Biskut Yaya
    • Tandukan Biskut Keras
  • Tukaran Badan Mode: Naan Gebu

Kuasa Halimunan[]

Dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 12, Gopal boleh menggunakan kuasa halimunan kerana ada Power Sphera berkategori proximity di sekitarnya, iaitu InviBot.

  • Pelindung Halimunan: Gopal menggunakan kuasa ini untuk melindunginya daripada gergaji halimunan milik Panto.
  • Kereta Kebal Halimunan: Gopal dan BoBoiBoy memandu kereta kebal halimunan untuk mengalahkan Panto.
    • Tembakan Kereta Kebal Gopal: Gopal menembak peluru besar halimunan untuk menghancurkan robot besar Panto.

Lain-lain[]

  • Kuasa Pembesaran: Gopal menggunakan Tali Pinggang Pembesaran untuk membesarkan diri dan melawan Raksasa Tidur. Ia hanya digunakan dalam Musim 1, Episod 9.
  • Tumbukan Gopal: Selepas Gopal menukarkan BoBoiBoy cetak rompak menjadi roti halia, Gopal menghancurkannya dengan tangan dan kakinya sendiri.
  • Lempangan Lempeng Gopal: Gopal menepuk kedua-dua tangannya dan kemudian menampar BoBoiBoy Petir secara tidak sengaja kerana menyalahkannya sebagai versi cetak rompak BoBoiBoy.
  • Libasan Hidung Panjang Penipu: Selepas hidung Gopal lebih panjang kerana menipu, Gopal melibas kabel EmotiBot dengan hidungnya untuk memisahkan kabel daripadanya.
  • Tandukan Gopal: Ketika diikat dengan akar-akar bersama dengan Yaya dan Ying, Gopal menggunakan kepalanya untuk menanduk terhadap satu Tumbosaur.

Rupa[]

Gopal mempunyai badan yang besar, berkulit gelap dan berambut crew cut. Dia mengalas kepalanya dengan pita penuh berwarna merah. Dia memakai baju berwarna hijau gelap berlengan panjang, anak baju kuning yang bertepi merah yang mempunyai lencana dengan huruf 'G' yang berwarna kelabu dan merah di dada kiri dan seluar panjang hijau tua. Kasut yang dipakainya pula berwarna putih.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Gopal memakai baju yang berwarna kuning dan hijau yang berlengan pendek, berseluar panjang berwarna hijau tua dan berkasut but yang berwarna kelabu. Siku kedua-dua tangan Gopal dibaluti dengan kain merah yang digulung. Warna kulit Gopal juga agak cerah berbanding dahulu yang gelap. Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 20, hidungnya menjadi panjang setiap kali dia menipu kerana terkena emoti hidung penipu.

Perwatakan[]

Gopal merupakan seorang budak lelaki yang paling hyperaktif berbanding yang lain, khususnya apabila dia mempromosikan gerai Tok Aba's Kokotiam kepada BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 1 dan cuba menyelamatkan penduduk setempat walaupun masih lagi tidak mengetahui jenis kuasanya dalam Musim 1, Episod 2. Walaupun begitu, Gopal juga bersifat degil dan mementingkan diri sendiri. Badannya yang besar tidak menyembunyikan sifatnya yang mudah gentar atau ketakutan berbanding dengan kawan-kawannya, tetapi rasa takut ini berguna untuk Gopal menggunakan kuasanya dan menjadi seorang wira yang berguna.

Beliau menikmati makanan yang paling banyak, terutama minuman koko Tok Aba di kedai koko atau mana-mana makanan ringan lain. Dia selalu meminta Tok Aba untuk barangan percuma dan telah mengumpulkan tab yang kuat sebagai hasilnya. Gopal juga merupakan seorang oportunis, terutamanya apabila mendapat manfaat daripada dirinya atau membuat wang, ditunjukkan ketika ia menjual gambar-gambar Fang untuk mengatakan peminat budak lelaki itu dan memperoleh keuntungan "baik" darinya. Kali pertama ia menunjukkan bahawa dia mengambil kesempatan untuk mendapatkan sesuatu apabila dia secara automatik melekat pada BoBoiBoy selepas ia mendedahkan bahawa dia adalah cucu Tok Aba, maka dia boleh mendapatkan minuman percuma di kedai Koko.

Trivia[]

  • Gopal ialah seorang yang berkaum India.
  • Nama penuh Gopal ditunjukkan dalam Musim 2, Episod 3 iaitu "Gopal A.R. Kumar".
  • Menurut Gopal dalam Musim 2, Episod 3, dia sepatutnya masuk darjah 6, tetapi bapanya tersilap memilikinya dalam satu gred yang lebih rendah beberapa tahun yang lalu (bermula dari darjah 1, bukan darjah 2). Sebab itulah dia dan BoBoiBoy berada dalam satu kelas.
  • Gopal adalah watak pertama dalam persembahan untuk mempunyai autograf sejak Musim 2, Episod 8. Yang kedua ialah Kapten Kaizo.
  • Walaupun Gopal adalah yang tertua di kalangan kawan-kawannya, dia masih kurang matang berbanding kawan-kawannya.
  • Dalam Dendam A.B.A.M., ia ditunjukkan bahawa Gopal memiliki kebolehan untuk menari secara rawak kerana dia belajar senam aerobik daripada ibunya.
  • Menurut surat peminat BoBoiBoy, genre kegemaran Gopal adalah penyiasatan. Hal ini juga bertepatan dengan Gopal yang meminati siri animasi Detektif Konon dalam Musim 3, Episod 15.
  • Makanan kegemaran Gopal adalah mi wantan manakala minuman kegemarannya adalah sirap.
    • Tetapi dalam Majalah Komik BoBoiBoy Isu #85, makanan kegemaran Gopal ialah Hot Chocolate Special Tok Aba manakala minuman kegemarannya ialah koko Tok Aba.
  • Seperti Fang, dia juga suka makan donat lobak merah.
  • Gopal mendapatkan peringkat ke-7 dalam BoBoiBoy: Watak-Watak Terkuat.
  • Dalam surat peminat di Majalah Komik BoBoiBoy isu #75, ia dinyatakan bahawa Gopal tidak suka kucing di Planet Bumi, apa lagi kucing di planet lain.
  • Dalam surat peminat menyatakan bahawa Gopal tidak mempunyai kakak dan adik, sama seperti BoBoiBoy.
  • Dalam Beringat Ketika Makan, dia boleh menukarkan segala benda-benda di sekitar rumah Tok Aba menjadi makanan.
  • Gopal memiliki kelemahan:
    • Dia hanya menukarkan objek menjadi makanan, kerana Gopal hanya berfikir tentang makanan.
    • Dia hanya boleh menggunakan kuasa penuhnya apabila dia takut.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 19, Gopal adalah ahli TAPOPS paling kurang popular.
  • Gopal adalah salah satu watak dengan badan besar tetapi cergas, seperti yang ditunjukkan di Kejutan BoBoiBoy Air.
  • Gopal suka makan durian, tetapi pelakon suaranya tidak suka.
  • Dalam siri BoBoiBoy, Gopal dulu tidak bayar hutang Tok Aba, tetapi ia dinyatakan dalam surat peminat bahawa dia kini membayarnya menggunakan kod QR.
  • Menurut biodata Gopal dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #85:
    • Makanan kegemarannya ialah Hot Chocolate Special Tok Aba manakala minuman kegemarannya ialah koko Tok Aba.
      • Makanan dan minuman yang turut digemari Gopal ialah mi wantan dan sirap.
    • Jenis lagu kegemarannya ialah R&B dan soundtrack filem.
    • Warna kegemarannya ialah hijau.
    • Gopal memakai pelindung pada sikunya kerana dia takut terjatuh.
    • Bila ditanya huruf 'G' yang tertera pada bajunya untuk apa, Gopal berkata untuk 'Gempur'.
    • Gopal tidak suka akan kucing, dan kucing pun tidak suka akan Gopal.
    • Gopal bukan saja suka makan, tetapi dia juga pandai memasak.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Gopal. Rujuk Gopal/Galeri.

Video[]

Advertisement