BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Nur Sarah Alisya Zainal Rashid merupakan pelakon suara perempuan muda yang berasal dari Malaysia. Beliau menyuarakan watak Yaya dalam siri animasi BoBoiBoy dan musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy.

Kerjaya[]

Alisya telahpun terlibat dalam dunia animasi BoBoiBoy sejak dari kecil apabila beliau menyumbangkan suaranya bagi watak Yaya dalam siri BoBoiBoy, dan turut membintangi dalam spin-off siri tersebut iaitu Apa Kata Yaya, kemudian BoBoiBoy: The Movie dan kesinambungannya, BoBoiBoy Galaxy.

Sejak tahun 2020, Alisya tidak lagi menyuarakan Yaya dan telah mengundurkan dirinya dari syarikat Monsta.[1] Kini, peranannya diambil alih oleh Nur Intan Syuhadah Mohammad Mohsan.

Trivia[]

  • Biodatanya dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-71 mendedahkan bahawa:
    • Nama panggilannya ialah Alisya.
    • Berasal dari Kuala Lumpur.
    • Mempunyai hobi untuk menonton televisyen, menulis dan melukis.
    • Makanan kegemarannya ialah soto ayam.
    • Minuman kegemarannya ialah jus epal yang ditambah dengan asam boi.
    • Tempat yang paling ingin dilawati olehnya ialah Tokyo, Jepun.
  • Alisya reti memasak, khususnya cupcake.

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

Advertisement