BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Iwan merupakan salah seorang daripada pelajar kelas 5 Jujur di Sekolah Rendah Pulau Rintis.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Iwan mula dilihat dalam Musim 2, Episod 1 apabila dia menawarkan tempat duduknya kepada Tok Aba di Sekolah Rendah Pulau Rintis mengiringi BoBoiBoy kerana dia adalah seorang pelajar baru. Pada keesokan harinya, dia mendengar cerita Gopal yang menceritakan seseorang Rumah Berhantu berhampiran dengan sekolah yang menjadi fobia kepada para pelajar melaluinya. Iwan adalah salah seorang pelajar yang telah terperangkap dalam kapal angkasa Ejo Jo apabila Ejo Jo menangkap mereka dan dijadikan tebusan. Iwan baik ke arah BoBoiBoy dan kawan-kawannya dan dia juga menyertai pasukan BoBoiBoy dalam permainan bola sepak. Jika bukan kerana dia, mereka mungkin akan kalah dalam permainan.

Kuasa[]

Dalam episod BoBoiBoy vs Ejo Jo Finale, Iwan menggunakan jam kuasa Gopal apabila BoBoiBoy dan kawan-kawan terperangkap di Kokon Bayang Ejo Jo.

  • Kuasa Tukaran Molekul: Iwan menukarkan Kokun Bayang di mana BoBoiBoy dan kawan-kawan terperangkap di dalam menjadi bola kelapa untuk membebaskan mereka.

Rupa[]

Iwan memakai baju putih berjalur merah di lengan dengan rompi hijau dan tali leher berwarna merah. Rambutnya juga pendek dan lurus menyerupai cendawan. Dia juga memakai kasut hitam, tali pinggang bertulis 'D' terbalik dan seluar berwarna biru. Rupa Iwan menyerupai budak berumur 5 tahun.

Perwatakan[]

Dia merupakan seorang yang penakut, tetapi adakalanya berani. Dia pernah menjadi berani ketika melawan pasukan Adu Du, ketika menjaringkan gol dengan tandukan kepalanya.

Trivia[]

  • Iwan disuarakan oleh seorang pelakon wanita kerana kadang-kadang suaranya termasuk jeritan berbunyi seperti suara seorang gadis.
    • Ini telah menjadikannya sebagai watak ketiga yang boleh menjerit seperti seorang gadis selepas Fang (Musim 2, Episod 8), Papa Zola (Musim 2, Episod 12) dan mendahului Adu Du (Musim 3, Episod 5).
    • Tetapi dalam musim ketiga, Iwan memiliki suara yang menyerupai pria dewasa semasa menggunakan kuasa manipulasi molekul. Itu sebabnya mengapa dia tidak bersuara.
  • Tabiat Iwan yang seringkali pengsan apabila terkejut atau takut serupa seperti watak Ijat dalam siri Upin dan Ipin yang sering pengsan dalam kebanyakan episod.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Iwan

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
Musim 2
Musim 3

Komik[]

Advertisement