Lanun Angkasa ialah sekumpulan lanun dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Kumpulan ini diketuai oleh Kapten Separo dan dianggotai oleh anak-anak kapalnya, Konco Lanun.
Sejarah[]
BoBoiBoy Galaxy[]
Dalam BoBoiBoy Kembali!, Lanun Angkasa sedang memburu MotoBot yang sedang berada dengan Komander Koko Ci. Selepas Koko Ci memecut sambil merempuh batu angkasa, Lanun kehilangan lokasi sebenar kapal angkasa itu di medan asteroid. Apabila Koko Ci dan MotoBot terperangkap, Koko Ci menghubungi BoBoiBoy untuk mendapatkan bantuan. Ochobot membuka teleportal untuk membolehkan mereka teleport ke Bumi tetapi mereka ditemui Lanun dan sempat dihalang oleh mereka. Bagaimanapun BoBoiBoy dan Gopal sempat menyelamatkan mereka dan mengambil peluang itu untuk mengalahkan Lanun Angkasa. Selepas Lanun Angkasa gagal menculik MotoBot, mereka mendapatkan maklumat tentang BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot, lalu Kapten Separo memerintahkan anak-anak kapalnya untuk menuju ke Bumi melalui koordinat yang ada pada cangkuk besinya yang sempat dilancarkan ke kapal angkasa Koko Ci sebelum teleportal ditutup.
Dalam Daun VS Lanun, kapal Lanun Angkasa tiba di Bumi dengan misi untuk untuk menangkap Ochobot, MotoBot dan BellBot. Selepas mengesan lokasi Power-Power Sphera, Kapten Separo mengarahkan konco-konconya untuk menangkap BellBot sementara dia pergi menangkap MotoBot dan Ochobot. Selepas konco-konconya turun ke jeti, kapal angkasa Kapten Separo bergerak ke lokasi Ochobot dan MotoBot. Tetapi, Kapten Separo tidak berpuas hati apabila BoBoiBoy dan Yaya cuba menghalangnya jadi dia menggunakan Power Sphera HookaBot dan BoBoiBoy diserang sehingga jatuh ke dalam sebatang pokok. Akan tetapi, muncul BoBoiBoy baru yang memperkenalkan dirinya sebagai BoBoiBoy Daun, lalu dia menewaskan Kapten Separo dan selamatkan HookaBot.
Selepas Kapten Separo dikalahkan, Koko Ci telah menyebut dalam Fang Penyelamat untuk memenjarakan Kapten Separo sebelum bertolak ke Stesen Angkasa TAPOPS bersama ahli-ahli baru TAPOPS, menunjukkan dia telahpun dipenjarakan di stesen TAPOPS dan kumpulan Lanun Angkasa juga telah dibubarkan.
Kelengkapan[]
- Kapal angkasa: Sebuah kapal angkasa milik Kapten Separo yang digunakan oleh Lanun Angkasa sebagai kenderaan di angkasa yang mampu bergerak dengan laju dan digunakan untuk tujuan jahat mereka.