BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

"Power Sphera adalah robot berteknologi tinggi yang mengandungi kuasa-kuasa yang hebat. Menjadi rebutan ramai, Power Sphera telah lari dan bersembunyi di sekitar galaksi. Satu persatu Power Sphera telah diburu dan dijumpai oleh kuasa jahat. Kini, Power Sphera digunakan untuk kemusnahan dan kehancuran sejagat. Ini adalah kisah pengembaraan seorang superhero Bumi, BoBoiBoy, dalam misi untuk menyelamatkan Power Sphera dan mempertahankan galaksi."
Koko Ci, BoBoiBoy Galaxy


Power Sphera merupakan robot-robot berteknologi tinggi yang mempunyai kuasa tersendiri dan berperanan sebagai pelindung seluruh galaksi.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Apabila Planet Ata Ta Tiga diserang oleh alien yang jahat, bangsa Kubulus telah mengumpul semua pakar untuk mencipta senjata terulung di bawah program Sfera Kuasa. Akhirnya, terciptalah Klamkabot, iaitu Sfera Kuasa generasi pertama. Alien-alien yang jahat cuba menghancurkan Klamkabot, tetapi mereka gagal dan kalah. Mereka yang lainnya bersama-sama membina semula Planet Ata Ta Tiga.

Planet Ata Ta Tiga yang kini menjadi lebih maju dan hebat daripada sebelumnya. Selepas kelahiran Klamkabot, kini terciptalah juga Sfera-sfera Kuasa generasi yang baru. Semenjak itu, Sfera Kuasa kini telah menjadi sebahagian daripada hidup bangsa Kubulus. Walau bagaimanapun, dengan kebolehan mereka sehebat itu, bangsa Kubulus kini menjadi gila kuasa. Setiap Sfera Kuasa diprogramkan semula menjadi senjata pemusnah. Bangsa Kubulus telah menjadi empayar penakluk baru di antara galaksi.

Klamkabot tidak mempersetujui dengan tindakan yang dilakukan oleh empayar baru Kubulus itu kerana Sfera-sfera Kuasa sepatutnya menjadi pelindung galaksi, bukannya penentang utama. Tetapi kali ini, empayar baru Kubulus lebih bersedia dalam melaksanakan rancangan mereka.

Demi menyelamatkan Sfera-sfera Kuasa yang tinggal, Klamkabot menggunakan kuasa teleportasi dengan saki baki kuasa yang ada padanya. Sfera-sfera Kuasa dihantar ke seluruh pelusuk galaksi dan akhirnya diri Klamkabot sendiri. Sebelum melarikan diri, Klamkabot telah berjanji yang dia tidak akan membenarkan satu Sfera Kuasa pun jatuh ke tangan mereka yang jahat.

Semenjak daripada hari itu, empayar Kubulus telah mengarahkan semua Sfera Kuasa diburu dan ditangkap, sehinggalah ke hari ini.

Dipetik dari komik prolog dalam buku "BoBoiBoy: Sfera Kuasa".

Ringkasan[]

Seperti yang ditunjukkan dalam filem BoBoiBoy: The Movie dan penyesuaian buku komik BoBoiBoy: Sfera Kuasa, semua Sfera Kuasa (termasuk Ochobot dan Klamkabot) dicipta di Lab Sfera Kuasa yang terletak di Pulau Terapung. Dahulunya pulau ini digunakan oleh pakar-pakar bangsa Kubulus, tetapi telah ditinggalkan oleh pemiliknya sendiri. Lab itu kini dijaga oleh Sistem Lab Sfera Kuasa.

Senarai Power Sphera[]

  • Ochobot - Power Sphera generasi ke-9, kuasanya ialah memberikan jam-jam berkuasa yang boleh memanipulasi pelbagai macam perkara dan elemen.
  • Klamkabot - Power Sphera generasi pertama, ia mempunyai kuasa teleportasi yang membolehkan dirinya untuk melarikan diri dari pemburu dan membuat musuh sukar untuk menangkapnya.
  • MotoBot - Power Sphera generasi ke-8, boleh mencipta pelbagai macam bentuk kenderaan, seperti kereta atau skuter.
  • BellBot - Power Sphera yang mempunyai kuasa pembesaran dan pengecilan saiz.
  • HookaBot - Power Sphera yang menggenerasikan cangkuk dalam pelbagai bentuk untuk menyerang musuh.
  • CardBot - Power Sphera yang boleh membuat banyak kad berkuasa kepada pemiliknya.
  • ApiBot - Power Sphera yang menciptakan api apabila ia diaktifkan dalam pelbagai bentuk kuasa.
  • MelonBot - Power Sphera yang mempunyai kuasa untuk memanipulasi biji tembikai.
  • GigiBot - Power Sphera milik Jugglenaut, bersama-sama dengan MelonBot.
  • BebelonBot - Power Sphera yang boleh membuat pelbagai macam bentuk berkuasa bebelon yang apabila disentuh atau dipijak, ia akan meletup dan boleh menyakiti orang berdekatan.
  • SimenBot - Power Sphera yang mewujudkan simen yang apabila dikeluarkan, ia akan menjadi semakin keras dan membuat musuh terperangkap.
  • InviBot - Power Sphera yang berwujud tetapi tidak kelihatan dalam mata kasar, dan boleh menciptakan pelbagai macam benda atau barang halimunan apabila berada di dekatnya.
  • TargetBot - Power Sphera milik Jugglenaut, ia mempunyai kebolehan untuk berlari dengan sangat pantas dan laju ala-ala menghilang.
  • HidungBot - Power Sphera milik Jugglenaut, ia boleh membesarkan saiz si pengguna. Kebolehan ini mirip seperti BellBot, namun Power Sphera HidungBot hanya boleh membesarkan saiz dan tidak boleh memperkecilkan saiz kecuali apabila ia dibelasah dan menjadi rosak, serta membesarkan saiz dua kali lipat dari kebolehan milik BellBot.
  • TrophyBot - Power Sphera yang diperoleh dari hadiah kemenangan tempat kedua dari Perlumbaan Angkasa Nova Prix. Belum diketahui lagi tentang maklumat kuasanya.
  • DashBot - Power Sphera generasi ke-8 yang dimiliki oleh kedua-dua Bikembar, ia boleh membaiki kenderaan mereka serta menambah kelajuan pada kenderaan itu.
  • LoopBot - Power Sphera yang boleh membalikkan waktu secara berulang-ulang. Kebolehan ini mirip seperti Ying, namun Power Sphera LoopBot boleh mengingatkan kembali sedikit tentang hal yang telah berlaku.
  • CetakBot - Power Sphera bersaiz besar milik Gijimo, ia boleh mengimbas musuh untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya, lalu menghantarnya kepada RompakBot.
  • RompakBot - Power Sphera bersaiz besar milik Gijimo, ia boleh menghasilkan Power Sphera palsu dan diletupkan secara tidak terhad setelah mendapatkan maklumat dari CetakBot.
  • EmotiBot - Power Sphera yang berkebolehan untuk memanipulasi emosi seseorang yang berada di dekat dirinya secara sesuka hati.
  • DataBot - Antara Power Sphera yang terawal dicipta. Menurut Koko Ci, ia merupakan Power Sphera yang mempunyai data dan rekod mengenai kesemua Power Sphera yang pernah dicipta. Ia yang bertanggungjawab membantu BoBoiBoy dalam mendapatkan maklumat tentang elemental cahaya.
  • SinarBot/GammaBot - Power Sphera dimiliki oleh Retak'ka untuk menggunakan kuasa Gamma. Menurut DataBot, Kuasa Elemental Cahaya BoBoiBoy juga berasal daripadanya.
  • StealthBot - Power Sphera yang berkebolehan untuk menghalimunankan sasaran supaya tidak dapat dikesan oleh musuh.
  • MagnetBot - Power Sphera milik Kapten Vargoba, ia memiliki kuasa magnet yang membolehkan pemiliknya menarik dan menolak bahan besi dan logam. Ia diselamatkan oleh TAPOPS setelah kekalahan Kapten Vargoba.
  • EnerBot - Power Sphera yang memberikan kuasa manipulasi tenaga kepada Kapten Kaizo. Ia pernah diburu oleh Bora Ra.
  • GigaBot - Power Sphera perentas dimensi yang membuat kemunculan sulung dalam Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy. Dia diburu dan dikawal oleh Adu Du dan Probe untuk menculik Koko Ci dan Cikgu Noodle dan menyebarkan kesemua panel heksagon kepada penduduk dimensi lain.
  • MeteorBot - Power Sphera yang berbentuk meteor yang membuat kemunculan pertama dalam perlawanan BoBoiBoy dan Adu Du dalam komik BoBoiBoy Galaxy Card di Majalah Komik BoBoiBoy isu #76.
  • JahitBot - Power Sphera yang dimiliki oleh Tarung dan menjahit Sarung Tarung kepadanya. Dia disebutkan dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #77.
  • SpookeBot - Power Sphera bermisteri yang disebutkan dalam pos dari Facebook.
  • EquBot - Power Sphera yang pertama kali muncul dalam iklan Kebenaran Raya.
  • EggaBot - Power Sphera yang pertama kali muncul dalam filem BoBoiBoy Movie 2.
  • BawangBot - Power Sphera ini hanya muncul dalam komik BoBoiBoy Movie 2: Evolusi Kuasa.
  • BibikBot - Power Sphera yang menjadi pelayan kepada Hang Kasa di rumahnya.
  • KristalBot - Power Sphera yang dimiliki oleh Hang Kasa untuk menggunakan kuasa Elemen Kristal.
  • ArmoBot - Power Sphera yang pertama kali muncul dalam filem BoBoiBoy Movie 2. Atas arahan Maskmana, Power Sphera ini memberikan senjata baru kepada Yaya, Ying dan Fang untuk melawan Retak'ka ketika di Planet Rimbara.
  • SeraBot - Power Sphera yang belum muncul dalam mana-mana siri, tetapi terdapat dalam BoBoiBoy Galaxy Card.
  • PasuBot
  • LampBot
  • KeyBot

Kuasa[]

Power Sphera mempunyai keupayaan untuk memberikan kuasa kepada sesiapa. Kuasa yang diberikan oleh mereka biasanya berbentuk jam tangan yang bernama Jam Kuasa. Walau bagaimanapun, tidak semua kuasa yang diberikan berbentuk jam. Sebagai contoh, MotoBot boleh memberikan kenderaan kepada setiap pengguna, Kapten Separo menggunakan HookaBot sebagai pencangkuk, manakala BellBot menjadi loceng di sekitar leher Cattus.

Seperti yang dinyatakan oleh Ochobot dalam Musim 1, Episod 1 dan Musim 1, Episod 3, Power-Power Sphera diprogramkan untuk memberikan kuasa kepada pemiliknya. Ochobot, dia ditemui dan diaktifkan oleh Adu Du menggunakan koko Tok Aba, tetapi BoBoiBoy menganggap dia sebagai tuannya kerana BoBoiBoy adalah orang pertama yang dilihatnya. Oleh itu, Ochobot mengikut BoBoiBoy dan memberikan kuasa kepadanya.

Menurut Ying dalam Si Penceroboh Panto, terdapat Power Sphera yang dikategorikan sebagai proximity, yang bermaksud sesiapa sahaja yang berdekatan dalam medan kuasa yang dipancarkan oleh Power Sphera jenis ini boleh menggunakan kuasa yang diberikan. Salah satu Power Sphera dalam kategori ini ialah InviBot.

Selain pemiliknya, Power Sphera juga boleh memberikan kuasanya kepada orang lain atau Power Sphera lain jika mereka merasakan bahawa mereka layak menggunakan kuasa tersebut. Misalnya:

Pemberian Kuasa[]

Trivia[]

  • Oleh kerana semua Power Sphera mempunyai banyak tenaga, mereka juga boleh digunakan sebagai sumber tenaga seperti dalam Musim 1, Episod 13 apabila Adu Du dan Probe menggunakan Ochobot sebagai sumber tenaga alternatif untuk Mukalakus.
  • Dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy, ia didedahkan bahawa misi utama Kumpulan Kaizo ialah untuk mengumpul seberapa banyak Power Sphera di serata galaksi untuk menghalang mereka dari jatuh ke tangan yang salah.
  • Pasukan Tengkotak merupakan antara pemburu Power Sphera yang berbahaya di galaksi.
  • Ia didedahkan dalam surat peminat bahawa semua Power Sphera mampu menyembuhkan diri mereka sendiri disebabkan mereka dicipta dengan teknologi alien. Misalnya, Ochobot dapat menyembuhkan tangannya yang terputus dengan sendiri dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Seperti yang didedahkan dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #55, Ochobot merupakan Power Sphera generasi terakhir.
  • Dalam media selepas BoBoiBoy: The Movie, istilah Sfera Kuasa telah ditukar kepada Power Sphera.

Galeri[]

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement