Naga Bayang merupakan kuasa istimewa Fang yang terkuat. Untuk menjelmakannya, Fang memerlukan masa yang sedikit lama dan tenaga yang banyak bagi memastikan ia dijelmakan dengan sempurna.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Naga Bayang ialah kuasa pertama yang Fang keluarkan selepas dia mendapat kuasa daripada Ochobot, namun dia tidak dapat mengawal naga ini kerana tidak berdaya. Ochobot terpaksa mengambil langkah drastik dengan merenjatkan Fang supaya naga itu terpadam ketika nyaris memusnahkan pangsapuri.
Kemudian kuasa ini sekali lagi digunakan pada Musim 2, Episod 13 apabila bergandingan bersama BoBoiBoy bagi menewaskan robot tempur Ejo Jo iaitu PETAI. Kuasa ini sangat hebat berbanding haiwan-haiwan bayang yang lain kerana saiznya lebih besar dan mampu mengalahkan PETAI.
Naga ini sekali lagi muncul dalam Musim 3, Episod 2, namun Ejo Jo yang menjelmakannya setelah dia berjaya mencuri jam kuasa Fang. Ejo Jo cuba menggunakan Naga Bayang untuk menelan BoBoiBoy dan kawan-kawan naga ini ditewaskan oleh BoBoiBoy Gempa, Taufan dan Halilintar yang menyerang Ejo Jo dengan serangan kombo.
Kuasa dan Kebolehan[]
- Sambaran Naga Bayang: Kuasa Fang yang digunakan untuk menarik paksa lawan menggunakan Naga Bayang dan menghancurkan lawan.
Pengguna[]
- Fang (pengguna aktif)
- Ejo Jo (hanya dalam Musim 3, Episod 2)
Kemunculan[]
BoBoiBoy[]
Trivia[]
- Penjelmaan Naga Bayang akan menyerap lebih banyak kuasa pemiliknya yang akan mengalirkan sejumlah tenaga setiap kali selepas Naga Bayang menghilangkan diri dan perkara ini boleh menyebabkan pemiliknya berasa sangat letih dan akhirnya pengsan.
- Kekuatan dan teknik pertahanan pada Naga Bayang menjadikannya antara jelmaan bayang Fang yang terkuat. Bahkan ia mampu untuk memecahkan perisai PETAI dalam sekali gigitan dan tembakan laser juga tidak memberikan kesan terhadapnya.
- Naga Bayang merupakan satu-satunya haiwan jelmaan bayang yang tidak dapat dikawal oleh Fang selepas menjelmakannya dan menyebabkan Ochobot terpaksa mengambil langkah drastik dengan merenjatkan Fang supaya Naga Bayang terpadam ketika nyaris memusnahkan pangsapuri.
- Naga Bayang muncul dalam lagu tema pembukaan siri BoBoiBoy Galaxy, tetapi tidak digunakan dalam siri.
Galeri[]
Gambar promosi[]
Cekupan skrin[]
- BoBoiBoy
- Musim 2
- Musim 3
- BoBoiBoy Galaxy