BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Tumbukan Tanah merupakan salah satu kuasa serangan bagi BoBoiBoy Gempa. Ia juga digunakan oleh BoBoiBoy Tanah.

Sejarah[]

Dalam Musim 2, Episod 2, BoBoiBoy Gempa menggunakan kuasa ini pada Fang dengan melemparkan beberapa batu bongkah, namun dia sempat melarikan dirinya. Dalam BoBoiBoy vs Ejo Jo Bahagian 1, versi kedua kuasa ini digunakan dalam pertempuran dengan Ejo Jo. BoBoiBoy turut menggunakan jurusan ini untuk menyerang Raksasa Perisai dalam Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2). Seterusnya dalam BoBoiBoy: The Movie, kuasa ini sekali lagi digunakan dengan versi ketiga iaitu menyeru tangan golem dari bawah tanah lalu digunakan untuk menumbuk Bora Ra dengan kuat.

Dalam siri BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Tanah mula menggunakan kuasa ini dalam pertarungannya, bermula dalam episod BoBoiBoy Kembali!, BoBoiBoy Tanah menggunakan kuasa ini untuk memelantingkan Konco Lanun. Kemudian dalam Gergasi Cattus, ia digunakan untuk menyerang Adu Du dan Mecha Probe.

Penggunaan[]

Versi BoBoiBoy Gempa
  • BoBoiBoy Gempa menumbuk tanah untuk menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing berpusing ke arah musuh. Tumbukan ini digunakan sekali lagi dalam BoBoiBoy: The Movie, dengan hanya satu tangan keluar dari bawah tanah dan menumbuk musuhnya dengan kuat.
Versi BoBoiBoy
  • Menumbuk tanah untuk meninggikan aras tanah pada titik keberadaan musuh yang memberikan serangan tolakan yang kuat.
Versi Terra
  • Menumbuk tanah dengan kedua-dua buku limanya yang menghasilkan beberapa bongkah dengan hujung runcing yang berpusing dengan pantas ke arah musuh memberikan impak tolakan yang kuat.
Versi BoBoiBoy Tanah
  • BoBoiBoy Tanah meninggikan aras tanah di tempat musuh berada yang akan menyerang musuhnya itu.
    • Tumbukan Tanah, Bertubi-tubi: Sama seperti Tumbukan Tanah, tetapi teknik ini digunakan sebagai mekanisma pertahanan ataupun serangan terhadap musuh secara berterusan.

Galeri[]

Advertisement