Formula Pembesaran adalah salah satu formula Adu Du yang mempunyai keupayaan untuk membesarkan saiz sesiapa sahaja.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Di akhir Musim 2, Episod 6, Yaya dan Ying membawa BoBoiBoy, Gopal dan Fang yang dalam keadaan kecil ke Markas Kotak Adu Du. BoBoiBoy kemudiannya menyuruh Adu Du supaya membesarkan mereka bertiga semula, tetapi Adu Du dengan tenangnya pula mengancam Yaya dan Ying dengan Pistol Pengecil. Dua gadis itu lantas bertindak pantas dengan membuka cermin untuk memantulkan pancaran dan menghalakannya ke arah Adu Du.
Seketika selepas terkena pancaran pengecil, Adu Du menyuruh Probe untuk membawakannya formula pembesaran, tetapi Probe menjelaskan bahawa musuh mereka telah membelasahnya lalu merampas formula itu. Nasib malang Adu Du bertambah dengan ibu lalat yang datang untuk membalas dendam setelah anaknya dipukul oleh Probe dalam episod lepas.