Fandom

BoBoiBoy Wiki

Formula Pembesaran

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Aku juga yang kena balik.... Probe, ambilkan aku Formula Pembesaran..."

— Adu Du meminta Formula Pembesaran daripada Probe, Musim 2, Episod 6

Vlcsnap-2012-11-10-17h17m57s195.png

Adu Du meminta Formula Pembesaran daripada Probe.

Formula Pembesaran adalah salah satu formula Adu Du yang mempunyai keupayaan untuk membesarkan saiz sesiapa sahaja.

Sejarah

Pada penghujung Musim 2, Episod 6, Yaya dan Ying membawa BoBoiBoy, Gopal dan Fang yang dalam keadaan kecil ke Markas Kotak Adu Du. BoBoiBoy kemudiannya menyuruh Adu Du supaya membesarkan dia dan kawan-kawannya semula, tetapi Adu Du dengan tenangnya pula mengancam Yaya dan Ying dengan Pistol Pengecil. Dua gadis itu lantas bertindak pantas dengan membuka cermin untuk memantulkan pancaran dan menghalakannya ke arah Adu Du.

Seketika selepas terkena pancaran pengecil, Adu Du menyuruh Probe untuk membawakannya formula pembesaran, tetapi Probe menjelaskan bahawa musuh mereka telah membelasahnya lalu merampas formula itu. Nasib malang Adu Du bertambah dengan ibu lalat yang datang untuk membalas dendam setelah anaknya dipukul oleh Probe dalam episod lepas.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak