FANDOM


BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 10
Episod 10 YouTube.jpg
Tajuk rasmi Ujian KENTAL
Tarikh diterbitkan 1 Jun 2017 (TV3 dan YouTube Monsta)
10 Jun 2017 (MNCTV)
Durasi tayangan 20:56
Panduan Episod
Sebelumnya
Pukauan Katakululu
Seterusnya
Pertarungan Hangat

Ujian KENTAL merupakan episod ke-10 siri BoBoiBoy Galaxy. Ia disiarkan di TV3 pada 1 Jun 2017.

Ringkasan

Setelah tiba di Stesen Angkasa TAPOPS, Tarung adalah marah selepas mengetahui Cici Ko telah melantik BoBoiBoy dan kawan-kawannya menjadi ahli-ahli TAPOPS kerana ada di antara mereka yang tidak mampu mempertahankan diri di planet asing. Jadi, mereka diberikan satu siri ujian bagi memastikan kelayakan mereka untuk menjadi ahli TAPOPS.

Watak

Watak Baik

Geng BoBoiBoy

TAPOPS

Plot

Episod bermula dengan Tarung memasuki ke dalam bilik kadet, di mana BoBoiBoy dan Gopal sedang tidur di katil dua tingkat di Stesen Angkasa TAPOPS. Tarung memasuki bilik itu dan mengejutkan mereka yang akan mengambil ujian sekejap lagi, tetapi memberikan kelonggaran untuk sambung tidur setelah Gopal meminta untuk memberikannya masa lima minit untuk tidur. Sebaik sahaja jam berbunyi tepat pada pukul 7:00 pagi, Tarung tiba-tiba berubah dari putih ke merah dan mengejutkan mereka secara kasar dengan melemparkan mereka dan katil mereka keluar daripada bilik, lalu mengingatkan mereka bahawa ujian akan bermula dalam masa 10 minit lagi. Setelah Tarung berlalu pergi, baru BoBoiBoy dan Gopal ingat akan sifat garang Tarung lalu dia mengimbas semula sewaktu mereka sampai ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam imbasan itu, BoBoiBoy, Gopal dan Fang sedang mengangkat beg-beg dobi di dalam lif. Tarung yang berada di belakang mereka menawarkan pertolongannya untuk mengangkat beg-beg dobi itu tetapi ditolak oleh BoBoiBoy. Apapun Tarung tetap mengambil beg-beg dobi itu dari mereka dan mengangkatnya dengan sebelah tangan sahaja, membuatkan tiga ahli TAPOPS itu kagum melihat kekuatan Tarung. Mereka akhirnya sampai ke bilik kawalan dan Tarung mempersilakan mereka bertiga untuk berjalan di hadapannya, membuatkan Gopal mengulas kesopanan Tarung yang amat berbeza berbanding Cici Ko. Apabila pintu terbuka, Fang berkata bahawa mereka telah sampai kepada Cici Ko dan beliau mula gelabah untuk mencari Laksamana Tarung lalu segera menunduk hormat. Tarung berkata kepada Komander Koko Ci yang beliau telah mengetahui tentang keadaan TAPOPS kerana "budak-budak dobi" menceritakan kepadanya. BoBoiBoy kemudian mengakui bahawa mereka bukan budak dobi tetapi adalah ahli-ahli TAPOPS, yang mana menimbulkan kemarahan Tarung dan kulitnya berubah menjadi merah.

Apabila kembali pada waktu sebenar, BoBoiBoy dan Gopal memasuki ke arena dan melihat Yaya dan Ying sedang membuat warm up, seperti biasa, kedua-dua Yaya dan Ying pantang mendengar perkataan 'ujian'; pasti akan bersaing untuk mendapatkan tempat pertama. Kemudian, Fang tiba di arena dan mengucapkan selamat pagi. Gopal mengajak Fang untuk membuat warm up sekali, tetapi Fang berkata bahawa dia sudah lama mengambil ujian itu dahulu dan mendapat gred A lagi. Kemudian, Laksamana Tarung dan Komander Koko Ci pun tiba di arena. Ujian yang pertama adalah Ujian EASY-A ataupun Exam Angkasa Susah Ya Ampun, yang mana merupakan ujian bertulis dan mereka mempunyai 30 minit sahaja untuk menjawab semua soalan. Yaya dan Ying dengan mudah menjawab semua soalan kerana mereka telah belajar di perpustakaan. Gopal menjawab secara rawak sementara BoBoiBoy berkata bahawa Ochobot pernah menceritakan tentang sejarah Power Sphera kepadanya, jadi BoBoiBoy rasa dia mungkin boleh menjawab soalan-soalan mengenai Power Sphera dalam ujian itu. Tarung berkata jika mereka gagal dalam ujian, mereka akan dicampak keluar dari stesen itu.

Apabila sampai waktu rehat, wira-wira sedang makan bersama Tarung dan kemudian beliau meminta izin untuk mengambil air setelah berasa tekaknya kering kerana terjerit-jerit sewaktu ujian tadi lalu beredar dari situ. Ying bertanya kepada Fang kenapa Tarung tiba-tiba menjadi baik diikuti dengan Yaya yang berkata selalunya Laksamana garang. Fang menjawab bahawa Laksamana hanya garang waktu beliau bekerja sahaja; iaitu dari pukul 7:00 pagi sehingga 7:00 malam, kecuali waktu rehat. Kemudian, Laksamana Tarung meminta maaf lalu memberitahu bahawa beliau garang adalah kerana beliau nampak potensi sebenar wira-wira itu. Apabila waktu rehat tamat, Laksamana Tarung kembali ke mod garang dan menyuruh mereka untuk masuk semula ke arena.

Ujian yang kedua adalah ujian survival, memasak secara berpasangan; BoBoiBoy dan Gopal, Yaya dan Ying. Laksamana Tarung menjelaskan bahawa bahan-bahan itu boleh menyelamatkan mereka jika mereka tersesat di planet asing, lalu ujian bermula sebaik sahaja diarahkan. Apabila BoBoiBoy berkata bahawa bahan-bahan itu tampak aneh, Gopal segera menukarkannya menjadi bahan normal dan Yaya yang melihat menegurnya untuk tidak menggunakan kuasa. Namun, Laksamana Tarung berkata bahawa mereka boleh menggunakan kuasa dalam ujian ini, asalkan tidak menukarkan terus menjadi makanan. BoBoiBoy terus menyeru Kuasa Tiga lalu Gopal mengagihkan tugas kepada mereka; Tanah membasuh daun hijau, Petir menyalakan api manakala Daun memotong sayur-sayuran. Yaya dan Ying juga menggunakan kuasa mereka, dengan Yaya menerapungkan bahan-bahan lalu dipotong oleh Ying dengan laju, kemudian baru terfikir apa yang mereka nak masak. Ying mencadangkan untuk membuat sup istimewa, namun Yaya ingin membuat biskut yang membuatkan BoBoiBoy dan Gopal mula takut. Ying melarang Yaya untuk membuat biskut kerana biskut buatannya tidak sedap dan membuatkan Yaya mula marah, mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua. Gopal menyuruh BoBoiBoy untuk teruskan memasak dan biarkan sahaja mereka bertengkar.

BoBoiBoy dan Gopal tampaknya membuat ujian dengan amat baik, manakala Yaya dan Ying sebaliknya. Apabila ujian memasak tamat, Cici Ko, Tarung dan Fang mendekati meja BoBoiBoy dan Fang dan Cici Ko mengulas bau masakan mereka yang sedap lalu menanya nama masakan itu. Gopal menjawab "Laksa, Mana" yang membuatkan Laksamana Tarung tersalah sanggap yang Gopal memanggilnya, lalu BoBoiBoy berkata bahawa maksud Gopal adalah "Laksa ini nama mana?". Mendengar BoBoiBoy merepek, Laksamana Tarung berasa marah sehingga kedua tangannya menghentak meja dan sudu dari mangkuk laksa terpelanting ke udara, lalu terhenti di dalam mulut Laksamana Tarung. Tarung yang secara tidak sengaja tertelan hidangan BoBoiBoy dan Gopal, berkata bahawa masakan itu adalah seperti masakan ibunya yang mana rasanya amat sedap lalu memberikan 100 markah kepada mereka. Sekarang, Cici Ko, Tarung dan Fang pergi ke meja Yaya dan Ying pula. Laksamana Tarung menanya kepada mereka kenapa ada dua jenis makanan dan Fang mengulas bahawa nampaknya mereka tidak mengikut arahan. Apabila Cici Ko memakan biskut Yaya, dia mula terbatuk-batuk dan Ying menawarkan sup istimewanya kepada Cici Ko bagi menghilangkan rasa biskut itu. Malangnya, sup itu terlalu pedas sehingga Cici Ko menyembur api dari mulutnya. Kemudian, Laksamana Tarung pula mencuba hidangan mereka dan ia tidak memberikan sebarang kesan kepadanya. Yaya dan Ying bertanya berapa markah mereka dan Laksamana Tarung dengan marah berkata markah mereka adalah kosong, disebabkan oleh mereka tidak memasak secara berpasangan.

Yaya berkata kepada Ying bahawa mereka telah ketinggalan dan Ying membalas bahawa mereka kena membuat ujian seterusnya dengan teliti. Ujian yang terakhir adalah ujian fokus, iaitu ujian yang akan menentukan fokus anda. Kemudian, Cici Ko mengeluarkan Gorila selepas diarahkan oleh Laksamana, lalu Fang menunjukkan cara membuat ujian kali ini; mereka perlu menyanyi lagu "Tepuk Amai-Amai" dengan Gorila tanpa kuasa dan tanpa kesilapan. Selepas Fang selesai, giliran BoBoiBoy dan kawan-kawannya pula untuk menyanyi. Gopal adalah yang pertama mengambil ujian itu, namun dia tersalah lirik ketika menyanyikan lagu itu dan menyebabkan Gorila itu marah lalu membelasah Gopal. Walau bagaimanapun, Gopal sempat menyanyikan lagu sebanyak 5 peratus dan dia mendapat 5 markah.

Seterusnya, giliran Yaya dan Ying pula untuk mengambil ujian. Pada awalnya, mereka berasa takut kerana bimbang tersilap nyanyi, yang akan membuatkan Gorila itu marah dan membelasah mereka tanpa belas kasihan. Lalu, Yaya menanya kepada Laksamana untuk mengambil ujian bersama-sama dengan Ying. Tarung berfikir sejenak dan kemudian membenarkan mereka melaluinya bersama-sama, dengan satu syarat; markah mereka akan ditolak sebanyak 30 dan Yaya dan Ying pun setuju. Semasa ujian, mereka dapat menyanyi dan bermain tepuk-tepuk bersama Gorila itu dengan jelas yang membuatkan BoBoiBo dan Gopal kagum melihat mereka. Kemudian, Yaya dan Ying berjaya mengambil ujian itu sehingga habis yang memuaskan, maka mereka mendapat markah sebanyak 70 peratus. Akhirnya, tiba giliran BoBoiBoy dan dia telah bersedia untuk mengambil ujian. Namun, disebabkan oleh dia tersalah nyanyi pada lirik pertama - "Tepuk Anai-Anak" yang sepatutnya "Tepuk Amai-Amai" - BoBoiBoy tidak mendapat markah dalam ujian terakhir.

Selepas ujian tamat, keputusan bagi keseluruhan markah mereka yang mengambil ujian ditunjukkan di papan skrin. BoBoiBoy adalah yang paling tinggi iaitu 56 peratus, Yaya dan Ying adalah yang kedua tertinggi dengan markah mereka 53 peratus, manakala Gopal pula berada di tempat terakhir sebanyak 40 peratus. Markah mereka amat menghampakan Laksamana kerana gagal, dan markah untuk lulus adalah 80 peratus dan ke atas. Tarung seakan-akan ingin menghukum mereka tetapi oleh kerana jarum pada jam menunjukkan telah melepasi pukul 7 malam, Tarung berubah fikiran dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang lulus dalam ujian. Jadi mereka berfikir bahawa mereka telah melepasi Ujian Kental TAPOPS, Akan tetapi, Tarung sempat berkata kepada mereka bahawa itu hanyalah ujian-ujian untuk melayakkan mereka menduduki Ujian Kental yang akan berlangsung pada "pagi esok", membuatkan geng itu menjerit kerana akan mengambil ujian lagi.

Trivia

  • Ini merupakan episod pertama yang tidak disiarkan di TV3 pada hari Jumaat, tetapi pada hari Khamis. Tiga episod seterusnya juga akan disiarkan pada hari Khamis sepanjang bulan Ramadhan.
  • Coretan putih pada rambut BoBoiBoy yang telah didedahkan dalam BoBoiBoy: The Movie masih berkekalan, walaupun ada bahagian rambutnya yang bertukar warna (dari hitam ke perang) sejak awal siri ini.
  • Yaya dan Ying ditunjukkan mengekalkan persaingan sengit mereka untuk mendapatkan "tempat pertama" dalam ujian sejak peristiwa ujian dalam BoBoiBoy.
  • Perubahan personaliti Tarung adalah menyamai dengan perubahan personaliti Yaya sebaik sahaja dia melintasi garisan lintang di pintu pagar sekolah dalam Musim 2, Episod 5 dalam BoBoiBoy.
    • Walaupun, perubahan personaliti Tarung bukan tertakluk pada objek, sebaliknya tertakluk pada masa.
  • Fang mengatakan bahawa dia mendapat gred A dalam Ujian EASY-A, bermakna dia mesti lulus dalam ujian memasak. Walau bagaimanapun, surat peminat rasmi mendedahkan bahawa Fang (dan Kaizo) tidak tahu memasak atau membakar.
  • Episod ini merupakan kali kedua yang BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk menyeru BoBoiBoy Daun dengan dua kuasa elemental lain sejak Musim 1, Episod 8: Misi Penghantaran Dobi.
  • Biskut Yaya dan Donat Lobak Merah membuat kemunculan pertama mereka dalam episod BoBoiBoy Galaxy sejak BoBoiBoy.
  • Ini merupakan kali kedua Yaya dan Ying berdendam pada seseorang (iaitu BoBoiBoy dalam kes ini) kerana mendapat keputusan yang lebih baik daripada mereka. Kali pertama adalah Fang dalam BoBoiBoy.
  • Semasa ujian bertulis, BoBoiBoy telah menyebut tentang sejarah Power Sphera, yang mana sepatutnya dimasukkan sebagai prolog ke dalam BoBoiBoy: The Movie tetapi kemudian telah dibuang dan dimasukkan dalam buku komik adaptasi.

Galeri

Video


t - s - b
Logo Baru BoBoiBoy.png
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Pakcik Mat | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Makcik Yah | Pakcik Yah | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Robolabolabolabolabot Super King | PETAI | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Terra | Coral | Oake | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Laksamana Tarung | Gorila | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot

Tempat

Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Markas Kotak | Lorong Pak Senin Koboi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Ata Ta Tiga | Pulau Terapung | Planet Gurunda | Planet Dargha'ya | Planet Volcania | Planet Sarkas

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes

Lihat Juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak