FANDOM


BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 11
Episod 11 YouTube.jpg
Tajuk rasmi Pertarungan Hangat
Tarikh diterbitkan 8 Jun 2017 (TV3 dan YouTube Monsta)
17 Jun 2017 (MNCTV)
Durasi tayangan 21:57
Panduan Episod
Sebelumnya
Ujian KENTAL
Seterusnya
Si Penceroboh Panto

Pertarungan Hangat merupakan episod ke-11 siri BoBoiBoy Galaxy. Ia disiarkan di TV3 pada 8 Jun 2017.

Ringkasan

BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal dihantar oleh Cici Ko dan Tarung ke Planet Volcania untuk menjalankan Ujian Kental. Di sana, mereka perlu kalahkan Pasukan A dan dapatkan Power Sphera yang terletak di puncak gunung berapi.

Watak

Watak Baik

Geng BoBoiBoy

TAPOPS

Watak Jahat

  • Sai (Kemunculan sulung)
  • Shielda (Kemunculan sulung)

Plot

Di dalam Stesen Angkasa TAPOPS, Laksamana Tarung menanya geng itu sama ada mereka benar-benar mahu mengambil Ujian Kental, lalu BoBoiBoy mengiyakannya. Beliau juga bertanya kepada mereka apa akibatnya jika mereka gagal dalam ujian tersebut, lalu Yaya dan Ying masing-masing berkata bahawa mereka akan didenda dan dibuang dari Stesen Angkasa TAPOPS. Komander Koko Ci memberikan kata-kata semangat kepada mereka untuk berjaya dan BoBoiBoy berkata kepadanya supaya tidak risau kerana mereka akan melakukan yang terbaik dalam ujian tersebut. Tarung memancarkan hologram dari jamnya yang menunjukkan lokasi untuk mereka menjalankan Ujian Kental tersebut, iaitu di Planet Volcania; sebuah planet yang penuh dengan gunung berapi dan lava panas. Apabila BoBoiBoy bertanya bagaimana Ujian Kental dijalankan, Cici Ko memberitahu bahawa ia merupakan ujian simulasi dan tugas mereka adalah untuk mengambil sebuah Power Sphera yang tersembunyi di planet itu. Gopal lega apabila mengetahui ia hanyalah ujian simulasi. Kemudian Ying bertanya di mana terletaknya Power Sphera, dan Cici Ko menjawab di puncak gunung berapi di Planet Volcania. Cici Ko berpesan kepada mereka agar menyimpan tenaga sehingga mereka tiba di sana. Tarung menjelaskan bahawa ada dua pasukan yang akan terlibat dalam ujian itu iaitu Pasukan A dan Pasukan B. Pasukan B adalah terdiri daripada Geng BoBoiBoy, manakala Pasukan A sudah berada di Planet Volcania. Ying berpendapat bahawa mungkin mereka juga ingin mendapatkan Power Sphera.

Tarung tidak sabar lagi dan memulakan ujian, beliau memanggil Ochobot untuk menteleportasikan mereka ke planet ini. Geng itu terkejut apabila melihat Ochobot berada di situ (kerana dia sepatutnya sudah pulang ke Bumi dalam Episod 7: Joe Ker tu?). Geng itu kagum apabila mereka melihat pancaran Planet Volcania. Tarung yang melihat gelagat mereka menyuruh mereka pergi ke sana dengan menolak BoBoiBoy dan Gopal, sehingga mereka terjatuh. Sebuah robot terbang dilepaskan untuk mengekori mereka supaya Tarung dan Cici Ko serta Ochobot boleh menyaksikan setiap langkah mereka semasa menjalankan Ujian Kental yang disambungkan ke skrin di stesen.

Yaya dan Ying berasa kagum dengan kecantikan planet itu, kemudian mereka mencari puncak gunung berapi di mana Power Sphera telah ditempatkan. Ying mula mengeluh kerana mereka perlu pergi ke sana untuk mendapatkan Power Sphera, tetapi Gopal menyuruh mereka supaya tidak risau kerana ia hanya ujian simulasi lalu berjalan berdekatan dengan lubang yang kemudian ia melepaskan gas yang panas. Gopal meraung kepanasan, dan lubang-lubang lain di sekeliling mereka turut melepaskan gas panas. BoBoiBoy menyuruh mereka untuk melarikan diri dan robot terbang mengekori mereka. Tarung yang menyaksikannya berkata kepada Komander untuk melihat sejauh mana Pasukan BoBoiBoy sanggup pergi demi lulus dalam Ujian Kental.

Geng BoBoiBoy berlari sehingga sampai di kaki gunung berapi. Jalan itu dipisahkan dengan sungai lava. Gopal tertanya-tanya cara untuk menyeberangi sungai tersebut, dan Ying pun menggunakan kuasanya dengan menggunakan Lompatan Laju, dan dia melompat dengan sempurna dan berjaya sampai ke seberang sungai. Gopal mengadu kerana dia tidak membantu mereka, lalu Yaya terbang ke seberang sungai lava dan menggunakan kuasanya untuk mengangkat batu-batu dari sungai lava bagi membolehkan BoBoiBoy dan Gopal melompat ke seberang sungai. Sementara mereka melompat, Fang terperasan akan satu lagi pasukan di puncak gunung berapi, dan Fang tidak mengikut mereka melompat di atas batu sebaliknya Fang menuju ke tempat Pasukan A berada.

BoBoiBoy dan Gopal hampir sampai ke destinasi mereka. Apabila Gopal ingin melompat, lava mengalir ke udara dan BoBoiBoy yang ternampak lava itu segera menolak Gopal ke tepi. Gopal sempat jatuh ke tanah sementara BoBoiBoy menjerit kesakitan dan pada masa yang sama, Jam Kuasa milik BoBoiBoy mengalami kerosakan. Gopal menanya BoBoiBoy sama ada dia berada dalam keadaan baik atau tidak. BoBoiBoy mengadu kenapa ujian simulasi boleh menyakitkannya sampai begitu, lalu dia mendapat panggilan daripada Tarung. Laksamana ketawa dan menjelaskan bahawa ujian tersebut bukan ujian simulasi, dan mengejutkan geng itu. Cici Ko meminta maaf dan memberitahu bahawa Ujian Kental memang biasanya dijalankan dalam simulasi. Tarung menolak Cici Ko untuk menghentikannya daripada terus menerangkan dan memberitahu bahawa dalam masa terdesak, ujian tersebut perlu dijalankan dalam situasi yang sebenar.

BoBoiBoy bertanya jika ia tidak terlalu berbahaya tetapi Tarung berkata kepada mereka jika mereka berasa ujian tersebut berbahaya, mereka adalah dialu-alukan untuk mengalah dalam ujian tersebut. Gopal berkata bahawa rupa-rupanya mereka boleh mengalah lalu mengajak BoBoiBoy, namun BoBoiBoy menolak dan berkata mereka perlu meneruskan ujian ini. Lalu BoBoiBoy memanggil Fang, namun langsung tidak nampak kelibatnya. Gopal beranggapan bahawa Fang terjatuh ke dalam sungai lava, lalu dua budak lelaki itu pergi melihat sungai lava dan Fang tiada di situ dan mereka pun menangis kerana Fang telah meninggalkan mereka sebelum dia menjadi popular. Hologram Tarung dipancarkan lalu berkata bahawa Fang telahpun maju ke hadapan tanpa mereka. Yaya dan Ying mengadu apabila mengetahui Fang telah meninggalkan mereka, dan kemudian mereka pun berlari menuju ke arah puncak gunung berapi.

BoBoiBoy dan Gopal mula penat semasa sedang menuju ke puncak gunung berapi manakala Yaya dan Ying yang berada di hadapan langsung tidak nampak di mana Fang berada. Gopal mengingatkan BoBoiBoy untuk menggunakan kuasanya tetapi BoBoiBoy mengingatkan Gopal untuk menyimpan tenaga seperti yang dipesan oleh Komander. Akhirnya, mereka sampai ke destinasi dan terbaring akibat kepenatan. Yaya segera memanggil BoBoiBoy untuk menunjukkan lokasi Power Sphera. BoBoiBoy dan Gopal gembira lalu BoBoiBoy cuba mendapatkan Power Sphera tersebut, namun dia tiba-tiba diserang dengan Tusukan Bayang oleh Fang. Mereka terkejut melihat Fang dan kemudian Fang berkata bahawa dia tidak boleh membenarkan mereka untuk mengambil Power Sphera tersebut. BoBoiBoy bertanya kenapa sebab mereka adalah satu pasukan. Namun, Fang mendedahkan yang sebenarnya dia adalah dalam pasukan satu lagi iaitu Pasukan A. Gopal menanya Cici Ko jika apa yang dikatakan oleh Fang itu adalah benar, lalu Cici Ko mengakui kebenarannya. Tugas Pasukan A adalah untuk menghalang mereka daripada mendapatkan Power Sphera.

Gopal berkata bahawa Fang tidak boleh dikira satu pasukan kerana dia seorang diri, namun Fang bertindak dengan memanggil dua ahli yang dilihatnya awal tadi. Fang memperkenalkan nama mereka berdua; Sai dan Shielda. BoBoiBoy dengan sedikit malu memperkenalkan dirinya tetapi Gopal menariknya ke belakang sambil mengingatkannya bahawa mereka adalah musuh mereka. Tetapi dibidas oleh BoBoiBoy yang berkata bahawa mereka bukan musuh mereka sebaliknya mereka hanya menjalankan tugas. Tiba-tiba, topi perisai terbang melalui depan Gopal, membelah batu menjadi kepingan dan topi tersebut terbang kembali ke Sai. Kemahiran Sai membuatkan BoBoiBoy dan Gopal kagum. Shielda langsung tidak geli hati dengan gelagat mereka dan Sai berfikir bahawa ia adalah mudah untuk mengalahkan mereka. Fang mengingatkan Sai dan Shielda seperti yang dikatakannya bahawa mereka adalah lemah, yang mana menimbulkan kemarahan Yaya dan Ying. Apabila Yaya dan Ying menyerang, Shielda menggunakan perisainya untuk menyerap lalu melantunkan semula serangan mereka.

BoBoiBoy menerima panggilan daripada Cici Ko dan beliau memberikan amaran kepada mereka tentang perisai Shielda yang boleh menyerap dan melantunkan apa-apa sahaja, tetapi kemudiannya ditumbuk oleh Tarung yang memarahinya kerana memberitahu mereka. Gopal tidak mempercayai kata-kata Cici Ko lalu bahawa perisai Shielda boleh melantunkan apa-apa lalu dia pun mencuba dengan membaling seketul batu ke arah perisai tersebut, yang mana dilantunkan semula ke arah perutnya. Gopal tidak puas hati lalu menjerit "Kau ingat kau hebat sangat ke?!" dan kemudian diserap dan dilantunkan semula ke arah Gopal, membuatkan Gopal mula berputus asa. Ying menaikkan semangat Gopal supaya tidak mudah berputus asa, namun dia telah cedera selepas diserang oleh perisai Sai. Yaya menjadi marah dan menggunakan Tolakan Graviti untuk mengangkat semua batu-batu yang berhampiran dan membaling ke arah Sai dan Shielda. Mereka mempertahankan diri dengan perisai masing-masing sementara Ying bangkit dan menyuruh BoBoiBoy untuk mendapatkan Power Sphera dan ujian akan terus tamat, lalu BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Angin dan menggunakan Pecutan Angin untuk terbang ke arah puncak gunung berapi. Fang yang menyedari tindakan BoBoiBoy menyeru Helang Bayang lalu mara ke arah BoBoiBoy dan menyerangnya dengan Tangan Bayang.

Sementara itu, Shielda semakin dekat dengan Yaya dan Shielda menggunakan perisainya untuk menetak tanah, memecahkan batu-batu tanah dan mengetuk Yaya. Sai kemudian menyerang Yaya dan Ying menggunakan Lontaran Zig-Zag Topi Perisai. Ying cuba memperlahankan masa untuk berlindung tetapi topi itu masih lagi laju dan mengejutkan Gopal, lalu perisai tersebut mendarat di atas tanah, menyebabkan Yaya dan Ying tercampak ke belakang. BoBoiBoy Angin terkejut melihat mereka. Fang juga turut terkejut dan mula teragak-agak, kemudian mendesak BoBoiBoy untuk menyerah kalah dan menolaknya sehingga jatuh dan merempuh ke atas tanah berbatu di gunung berapi. Cici Ko segera meminta Tarung untuk menghentikan ujian tersebut kerana mereka telah berada di luar kawalan, namun ditolak oleh Tarung.

Sai dan Shielda berjalan menuju ke arah Yaya dan Ying sambil memerli mereka dan Gopal cuba menghalang dengan berdiri di hadapan mereka untuk melindungi kawan-kawannya. Lalu dia menggunakan Tembakan Makanan, tetapi dilantunkan oleh perisai Shielda dan ia menukarkan batu menjadi makanan. Gopal segera memanggil BoBoiBoy untuk menolongnya. BoBoiBoy telah kembali menjadi normal, Fang pergi ke arah BoBoiBoy lalu bertanya sama ada dia berada dalam keadaan baik atau tidak. Selepas memandang Power Sphera seketika, BoBoiBoy bertanya kepada Fang kenapa dia perlu melakukannya sampai begitu sekali lalu Fang meminta maaf dan berkata dia terpaksa mengikut arahan. Sai dan Shielda tiba di situ dan membidas tingkah laku Fang. BoBoiBoy bertanya kepada mereka di mana Gopal, lalu Sai menunjukkan bahawa Gopal bersama Yaya dan Ying telah dikalahkan dan berbaring di atas tanah. BoBoiBoy mula mengalirkan air di kedua matanya setelah melihat keadaan kawan-kawannya.

Sai dan Shielda bersedia untuk menamatkan BoBoiBoy pula, tetapi Fang cuba menghentikan mereka dengan berkata bahawa mereka telah berjaya menghalang mereka. Sai dan Shielda seakan-akan mengejek Fang dengan menanya sejak bila dia menjadi lemah seperti mereka kerana kasihan terhadap BoBoiBoy. Penghinaan mereka telah menimbulkan kemarahan (dan tekanan) BoBoiBoy, lalu berdiri sambil tubuh badannya melepaskan asap. BoBoBoy berazam ingin membuktikan siapa yang lemah sebenarnya kepada mereka lalu lava mula meletus di sekeliling BoBoiBoy, dan akhirnya dia berubah menjadi... BoBoiBoy Api!

Cici Ko menganggap bahawa ia adalah kuasa elemental baru BoBoiBoy manakala Tarung berasa kagum dan memuji kehebatan BoBoiBoy baru itu. BoBoiBoy Api bersedia lalu melepaskan Tumbukan Berapi ke arah Fang dan Fang mempertahankan diri dengan Tangan Bayang. BoBoiBoy Api dengan pantas berada di belakang Fang lalu melepaskan pula Tendangan Berapi ke arahnya dan Shielda melindungi Fang dengan perisainya dan segera melantunkannya semula ke arah lain apabila tidak mampu menahan kepanasan api itu. Sai pula cuba menyerang dengan Lontaran Topi Perisai dan mengawal pergerakan topinya itu, namun BoBoiBoy Api berjaya mengelak daripada serangan tersebut. Apabila perhatian BoBoiBoy Api tertumpu pada Sai, Shielda segera menggunakan Lumpuhan Perisai dengan menolak BoBoiBoy Api terus sehingga ke dinding dengan laju. Fang menjerit "Cukup!" kerana membimbangi BoBoiBoy akan cedera teruk.

Walau bagaimanapun, perisainya mula bercahaya dan BoBoiBoy Api menumbuk perisai tersebut dengan kuat. Dia menggunakan Serangan Api, Bertubi-tubi ke arah Fang, Sai dan Shielda lalu mereka mempertahankan diri mereka dengan kuasa masing-masing. Sambil meneruskan serangannya, Yaya dan Gopal bangkit lalu sempat menyaksikan perlawanan dan Gopal terkejut apabila mendapati BoBoiBoy dapat kuasa elemental baru. BoBoiBoy Api melepaskan Tumbukan Tinju Berapi, yang melumpuhkan Pasukan A. Ying pula bangkit lalu mengajak Yaya dan Gopal untuk pergi ke lokasi Power Sphera sementara gunung berapi mula bergegar. Cici Ko berpendapat bahawa gunung berapi itu menjadi aktif apabila terkena tumbukan BoBoiBoy Api dan mengejutkan Tarung. Yaya dan Ying pergi ke lokasi Power Sphera sementara Gopal menghubungi ke stesen dan meminta untuk Tarung menghentikan ujian itu memandangkan gunung berapi akan meletup dan mereka berada dalam keadaan bahaya.

BoBoiBoy Api berdiri dengan kemenangan dan ketawa dengan suara yang kuat, lalu berkata bahawa Pasukan A merupakan pasukan yang lemah sekarang. Fang menyuruhnya bertenang dan mengingati identiti dirinya diikuti oleh Shielda yang mula menyerah kalah. Akan tetapi, Sai tidak berputus asa lalu menggunakan Pusaran Maksima dan melemparkan perisai dengan kuasa penuh ke arah BoBoiBoy Api tetapi dia dengan mudah mengelak serangan itu lalu Sai memalingkan topi perisai dan cuba menyerangnya dari belakang. Walau bagaimanapun, BoBoiBoy Api memegang topi itu dengan tangannya dan menghentikannya. Ia mengejutkan Pasukan A dan kemudian BoBoiBoy Api menjadikannya Topi Berapi lalu memulangkannya semula kepada Sai. Apabila Sai menghalang pandangannya, teleportal sempat dibuka dan topi perisai berhenti di hadapannya. Rupa-rupanya, Tarung tiba dan menghentikan topi perisai tersebut hanya dengan menggigitnya. Tarung membuangnya ke tepi lalu berkata bahawa ujian telahpun tamat dan membuatkan Pasukan A lega, tetapi BoBoiBoy Api berkata kepada Laksamana bahawa Pasukan A tersebut telah melampau. Lalu Tarung menyuruhnya bertenang dan Ochobot turut menenangkan BoBoiBoy Api dengan berkata bahawa ujian telah tamat dan dia tidak perlu marah lagi. Dengan itu, BoBoiBoy kembali normal.

Apabila batu-batu tanah mula runtuh sedikit demi sedikit di kawasan situ, Cici Ko memanggil Yaya, Ying dan Gopal dan mereka segera berlari ke arahnya. Ochobot menyeru kepada semua untuk segera teleport, lalu mereka memasuki teleportal dan berjaya sampai ke Stesen Angkasa TAPOPS. Skrin menunjukkan gunung berapi meletus dan menghantar gelombang kejutan yang mematikan droid kamera yang ditinggalkan di sana. Di stesen, BoBoiBoy meminta maaf kepada Fang, Sai dan Shielda kerana tidak berhenti menyerangnya tadi disebabkan oleh dia tidak dapat mengawal perasaannya tadi. Gopal menenangkan keadaan dengan berkata sekurang-kurangnya semua telah selamat. Fang dan Shielda turut meminta maaf kerana terlebih-lebih tadi dan Sai memuji kehebatan BoBoiBoy. Walau bagaimanapun, Tarung memarahinya kerana mereka gagal membawa pulang Power Sphera dan akibatnya mereka akan dibuang dari stesen tersebut.

Kemudian, Gopal menunjukkan Power Sphera yang disembunyikan di belakangnya kepada Tarung dan mengejutkan beliau dan bertanya bila mereka mendapatkannya. Gopal menjelaskan bahawa itulah rancangan Ying yang menyuruh Yaya untuk mengeluarkan Power Sphera tersebut dengan kuasanya dan kemudian disambut oleh Gopal. Justeru, Tarung berkata bahawa ini barulah betul-betul hebat dan mengumumkan bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya lulus dalam Ujian Kental TAPOPS! Lalu BoBoiBoy dan kawan-kawannya gembira dan Fang, Sai dan Shielda turut tersenyum.

Trivia

  • Secara teknikalnya, Elemen Api tidak sepatutnya menjadi elemen baru BoBoiBoy seperti yang dinyatakan oleh Gopal, kerana BoBoiBoy sudah mempunyai dan menggunakan BoBoiBoy Api dalam BoBoiBoy Musim 3 dan BoBoiBoy: The Movie. Tambahan pula, pada awal siri ini, bacaan Lanun Angkasa tentang BoBoiBoy mendedahkan bahawa dia mempunyai potensi untuk mempunyai tujuh jelmaan elemental yang berbeza.
    • Teori lain yang lebih mudah adalah hakikat bahawa BoBoiBoy Galaxy menjadi reboot lembut dan kuasa elemental hendaklah diperkenalkan semula kepada penonton baru yang tidak menonton siri yang asal.
    • Kemungkinan Gopal menganggap BoBoiBoy Api sebagai elemen baru BoBoiBoy kerana perubahan pakaian. Fang dan Yaya kelihatan seperti mereka mengenal BoBoiBoy Api, manakala Ying tidak melihat perlawanan. Ia adalah munasabah bagi Cici Ko untuk menganggap BoBoiBoy Api sebagai elemen baru kerana beliau tidak melihat jelmaan elemental tersebut semasa pertempuran dalam BoBoiBoy: The Movie.
  • Semasa Cici Ko menunjukkan ahli-ahli dalam Pasukan B, jarinya tidak menunjukkan ke arah Fang, yang mana merupakan petunjuk bahawa Fang berada dalam pasukan satu lagi.
  • Walaupun secara teknikalnya lava bukan api, semenjak BoBoiBoy dan kawan-kawannya berada di planet gunung berapi yang asing, lava di sana mungkin mempunyai ciri-ciri yang sama seperti BoBoiBoy Api dan dengan itu, apabila BoBoiBoy dibakar oleh letusan lava, Jam Kuasa BoBoiBoy mengalami kerosakan dan menyerap elemen api.
  • Transformasi BoBoiBoy kepada BoBoiBoy Api mungkin disebabkan oleh tekanan dan kemarahan, yang mana sama dengan semasa BoBoiBoy Api dipanggil keluar dalam siri asal.
  • Di akhir episod, Gopal meletakkan tangan kirinya di belakang badannya untuk seketika, yang mana merupakan petunjuk bahawa dia, Yaya dan Ying telah berjaya mendapatkan Power Sphera.
  • Babak ketika Tarung menggit topi perisai milik Sai adalah menyerupai seperti seekor harimau menggigit mangsanya.
  • Episod ini telah memperoleh 1 juta tontonan dalam masa 10 jam dan 2 juta tontonan dalam masa 24 jam, menetapkan rekod baru dalam saluran Monsta.

Galeri

Video


t - s - b
Logo Baru BoBoiBoy.png
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Pakcik Mat | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Makcik Yah | Pakcik Yah | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Robolabolabolabolabot Super King | PETAI | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Terra | Coral | Oake | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Laksamana Tarung | Gorila | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot

Tempat

Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Markas Kotak | Lorong Pak Senin Koboi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Ata Ta Tiga | Pulau Terapung | Planet Gurunda | Planet Dargha'ya | Planet Volcania | Planet Sarkas

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes

Lihat Juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak