BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Loopa Lupa? merupakan episod keenam belas dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 15 Disember 2017.

Ringkasan[]

BoBoiBoy dan rakan-rakannya pulang ke Bumi setelah Laksamana Tarung memberikan cuti kepada mereka. Mereka sepatutnya menjalankan aktiviti perkelahan yang menyenangkan. Akan tetapi ada sesuatu yang tidak kena, perkelahan mereka menjadi panjang dan berulang-ulang. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku?

Plot[]

Probe dan Adu Du mengejar Power Sphera

Adu Du dan Probe mengejar Power Sphera.

Di angkasa lepas, kelihatan LoopBot sedang melarikan diri daripada Adu Du dan Probe. Disebabkan ketakutan dengan tembakan dari kapal angkasa Adu Du, LoopBot mengaktifkan hyperjump dan akhirnya hilang dari pandangan Adu Du dan Probe. Melihat itu, Probe cuba mengambil alih kawalan daripada bosnya atau mereka akan kempunan nanti, namun Adu Du memarahi Probe dan menyuruh dia senyap. Dia menekan satu butang dan kemudian kapal angkasanya memecut dengan laju.

Sementara itu, kelihatan Ochobot sedang berehat dan mengecas tenaganya manakala yang lain berkumpul di ruang utama. Papa Zola yang sedang mengemudi kapal angkasa dengan gembiranya mengumumkan bahawa mereka hampir tiba ke Bumi dan menggembirakan semua yang lain. Transmisi Laksamana Tarung muncul di skrin kapal angkasa yang bertanyakan status mereka. Komander Koko Ci berkata mereka sudah tiba. Kemudian, BoBoiBoy berterima kasih kepada Tarung kerana memberikan mereka cuti dan pulang ke Bumi. Tarung meluluskannya kerana mereka layak diberikan cuti dan berpesan kepada mereka untuk berehat.

Sarung Tarung

Tarung menggunakan Sarung Tarung.

Gopal bertanya kepada Tarung adakah tidak mengapa jika mereka tiada di Stesen Angkasa TAPOPS kerana bimbang jika stesen TAPOPS diserang. Rupa-rupanya, Tarung berkata bahawa stesen TAPOPS telahpun diserang musuh, membuatkan mereka terkejut. Kelihatan Fang, Sai dan Shielda sedang mempertahankan stesen TAPOPS. BoBoiBoy yang cemas bercadang kepada Koko Ci untuk mereka berpatah balik, namun Tarung berkata tidak perlu lalu menggunakan Sarung Tarung menyerang kesemua musuh dengan sekali serang dan membuatkan mereka kagum. Yaya dan Ying tertanya-tanya kuasa apakah yang digunakan oleh Laksamana Tarung. Namun, Koko Ci pantas menutup skrin lalu mengarahkan mereka bersedia untuk mendarat.

Pertemuan dengan ibu semula

Yaya dan Ying gembira berjumpa dengan ibu mereka semula.

Di Bumi, kelihatan Pakcik Kumar sedang minum air koko di warung Tok Aba menanti anaknya. Makcik Wawa dan Aunty Yang juga berada di sana yang sedang menunggu ketibaan anak-anak mereka. Sekali terlihat kemunculan kapal angkasa merah, masing-masing gembira untuk menyambut mereka, lebih-lebih lagi Pakcik Kumar yang tak sabar sehingga mengalirkan air matanya. Mereka pergi menuju ke kapal angkasa dan masing-masing menyambut kepulangan anak dan cucu mereka melainkan Papa Zola yang hanya dipesan oleh isterinya, Mama Zila di rumah untuk membeli belacan, cili serbuk dan beras sekampit. Papa Zola dengan nada marah sekali lagi terus menepis kertas pesanan di tangan Tok Aba sambil mengeluh.

Tiba-tiba, kedengaran suara Mama Zila dari telefon menakutkan Papa Zola dan terus berlari dengan kelam-kabut untuk membeli pesanan tersebut. Yaya melambai kepada rakannya sambil mengingatkan Gopal tentang aktiviti esok. Gopal berkata tidak perlu mengingatkannya tetapi ingatkan BoBoiBoy. BoBoiBoy berkata dia ingat kemudian dia dan Cattus melambai kepada mereka.

Yaya dan Ying tarik mak diaorang

Yaya dan Ying meleraikan persaingan kedua-dua ibu mereka.

Makcik Yaya yang tidak jauh dari situ mengajak anaknya untuk lebih cepat kerana dia telah memasak nasi goreng yang sedap, membuatkan Yaya dan Ying teruja. Aunty Yang yang mendengar tidak berdiam, lalu berkata yang dia masak adalah lebih sedap iaitu nasi ayam yang juga membuatkan Ying dan Yaya teruja. Namun, Makcik Wawa nampaknya tidak hairan setakat nasi ayam kerana dia telahpun membuat biskut asam pedas, mengejutkan Ying, BoBoiBoy dan Cattus, namun Yaya berasa lebih teruja mendengarnya. Aunty Yang mengeluh rasa biskutnya itu sehingga mereka bertentang mata untuk lawan masak, sama seperti anak mereka. BoBoiBoy dan Ochobot mengulas yang rupanya mak mereka pun sama juga. Selepas yang lain pulang, Tok Aba mempelawa cucunya itu untuk minum dan kesedapannya ternyata masih tidak berubah.

Sementara itu, LoopBot sedang berusaha untuk larikan dirinya ke Bumi dan berjaya menemui lokasi BoBoiBoy. Probe yang mengetahui niat LoopBot terus memberitahu Adu Du. Mendengar itu, Adu Du menekan salah satu butang untuk melepaskan beberapa tembakan. Satu tembakan mengenai sasaran dan LoopBot terhempas ke Bumi. Sementara itu, BoBoiBoy dan Cattus sedang melihat langit dan ternampak 'tahi bintang' yang pelik. Tok Aba memasuki bilik BoBoiBoy dan menegur cucunya itu kerana tidak tidur lagi dan mengingatkan yang esok mereka akan berkelah. Ochobot lantas mengungkit dan berkata yang nanti BoBoiBoy akan lupa lagi seperti dahulu. BoBoiBoy cuba menafikannya tetapi Ochobot terus mengungkit lagi. Maka BoBoiBoy pun tidur.

Adu Du dan Probe telah kehilangan isyarat LoopBot selepas dia terhempas ke pantai. Namun Adu Du tetap mengarahkan Probe untuk teruskan mencari sementara LoopBot yang bersembunyi di sebalik semak terus melarikan diri. Pada masa yang sama, BoBoiBoy bermimpi tentang LoopBot yang meminta tolong daripadanya untuk menyelamatkannya, lantas membuatkan BoBoiBoy tersedar dari tidurnya dalam keadaan berpeluh. BoBoiBoy dalam keadaan tercungap-cungap memandang sekelilingnya, dan kemudian Ochobot bertanya kenapa dengannya. BoBoiBoy menjawab yang dia cuma bermimpi pelik saja. Lalu Ochobot terus menarik tangan BoBoiBoy dan menyuruhnya untuk cepat bersiap. BoBoiBoy pun menyuruhnya untuk bersabar.

Selepas siap, BoBoiBoy menuruni tangga sambil mengucapkan selamat pagi kepada datuknya. Tok Aba yang sedang menonton TV lantas menegur cucunya yang lambat bangun kerana tidur selepas Subuh. Namun, BoBoiBoy menyangka yang dia telah bersiap awal, tetapi nampaknya Ochobot dan Cattus telahpun bersiap lebih awal dan hanya menunggu BoBoiBoy. Pada masa yang sama, datang Yaya dan memberikan salam dari di luar rumah BoBoiBoy. BoBoiBoy menjawab salamnya lalu pergi bersalaman dengan Tok Aba sebelum keluar. Tok Aba pula sempat berpesan untuk berhati-hati semasa berjalan.

Dalam perjalanan, BoBoiBoy bertanya kepada Yaya apa yang dibawanya di dalam bakul itu. Sekali Yaya memberitahu yang dia membawa biskutnya, BoBoiBoy dan Ochobot terperanjat. Bukan mereka sahaja, Cattus yang meniarap di bakul itu pun terus melompat ke atas Ochobot. Kemudian Ochobot tidak melengahkan masa dan mengajak mereka untuk berjalan dengan cepat sikit. Semasa BoBoiBoy berjalan, dia terdengar akan suara yang memanggil namanya lantas tertanya-tanya kerana tiada siapa di belakangnya. Sementara itu Yaya gembira selepas mereka sampai di Pantai Pulau Rintis. Kelihatan Ying dan Gopal sedang bermain bola tampar dengan Papa Zola menjadi pengadil.

BoBoiBoy masih merenung ke arah suara tadi sambil berfikir sejenak, namun tiba-tiba bola tampar menampar kepala BoBoiBoy. BoBoiBoy jatuh pengsan dan Gopal terus mendapatkan BoBoiBoy lalu bertanya mengapa dia tidak elak. Lantas Papa keluarkan kad kuning untuk Gopal yang menyebabkan kecederaan di kepala BoBoiBoy. Gopal pun berkata yang dia tidak sengaja. Kemudian Ying pula bertanya kepada BoBoiBoy tentang keadaannya. Pada masa yang sama, Adu Du dan Probe telah menangkap LoopBot dan menyuruhnya untuk senyap di sebalik semak tadi. Probe melepaskan rasa lega kerana BoBoiBoy tidak perasan tentang tadi.

Beberapa minit yang lepas, sewaktu BoBoiBoy, Yaya dan Ochobot berjalan menuju ke pantai, LoopBot sedang dikejar oleh Adu Du dan Probe. LoopBot terus melarikan dirinya sehingga ternampak BoBoiBoy yang berada tidak jauh darinya. LoopBot cuba untuk meminta tolong daripadanya namun gagal setelah Adu Du melemahkannya dengan tembakan elektrik. Pada saat itulah BoBoiBoy terdengar namanya dipanggil dan ketika itu juga Adu Du menyuruh LoopBot untuk senyap.

Berbalik di pantai, BoBoiBoy masih mengusap kepalanya yang masih sakit akibat ditampar oleh bola tampar tadi. Lantas Gopal menyindirnya agar tidak manja, membuatkan semangat BoBoiBoy terus membara untuk membalas. BoBoiBoy mencampakkan bola ke udara lalu menampar bola ke arah Gopal. Gopal yang melihat itu terus menahan bola lalu melambungkan bola ke udara. Papa Zola langsung mengumumkan bola telahpun melambung ke udara maka mereka meneruskan permainan dengan BoBoiBoy menyertai Ying manakala Yaya menyertai Gopal.

Melihat bola terjun semula ke bawah, Yaya melompat ke arahnya dan begitu juga dengan pihak lawan yang cuba untuk menghalang tindakan Yaya. Yaya lantas memukul bola tampar itu menggunakan kuasanya yang menyebabkan pasir membentuk debu yang tebal. BoBoiBoy dan Ying melihat dengan rasa gementar sementara Yaya meminta maaf kerana terpukul dengan kuat. Bagaimanapun Papa mengumumkan satu markah bagi pihak Yaya dan Gopal. Ini menaikkan kemarahan Ying kerana pihak lawannya menggunakan kuasa untuk mendapatkan mata. Lantas dia mencampakkan bola dan menggunakan kuasanya untuk memukulnya dengan laju. Yaya terkejut lalu membentuk piring graviti yang melantunkan bola itu.

BoBoiBoy dan Ying terkejut melihat itu sementara bola tampar menuju ke arah Gopal. Gopal memberikan amaran kepada BoBoiBoy lalu terus menampar bola ke arahnya. BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Angin dan menghasilkan Tolakan Angin untuk menghalang pergerakan bola sekaligus mengaburkan pandangan pihak lawan. Tanpa membuang masa Ying meneruskan dengan melakukan Pukulan Laju pada bola. Yaya segera bertindak dengan memberatkan bola itu dan cuba disambut oleh Gopal, tetapi malangnya kedua tangannya tersepit di bawah bola yang berat. Lantas Papa mengumumkan satu markah untuk pihak Ying dan BoBoiBoy dan menyuruh untuk meneruskan permainan.

Tiba-tiba, Adu Du dan Probe muncul dan menyuruh mereka untuk berhenti bermain dan pada masa yang sama bola jatuh di kaki Adu Du. Papa menjadi berang setelah mendengar kata-kata Adu Du. Lalu BoBoiBoy bertanya kepada Adu Du apa yang dilakukannya di situ. Adu Du pun memberitahu yang dia hanya ingin membelasah wira itu berkali-kali hanya dengan menggunakan bola tampar itu. Gopal menyangka yang Adu Du mengalami demam hijau. Lalu Adu Du mempersembahkan Gegelung Loop kepada mereka. BoBoiBoy yang melihat tertanya-tanya tentang gegelung itu. Papa pun mengusik Adu Du tentang dirinya yang telah mula memakai gelang diiringi dengan bunyi "kecha kecha kecha". Ini membuat Adu Du cukup berang untuk menendang bola ke arahnya. Dia kemudian menunjukkan kuasa gegelung Loop dengan menggunakan kuasa Loopa Loop Loop dan meletakkannya dalam gelang masa yang membolehkannya berulang kali menendang bola ke perut Papa Zola.

Yaya dan Ying pergi untuk menyerangnya, tetapi Adu Du menghasut gelung masa yang lain dan mengelak mereka untuk kali kedua. Kemudian dia dan Probe melancarkan geng BoBoiBoy dengan bola tampar. Saat BoBoiBoy terbaring di atas tanah yang dia melihat Power Sphera yang lemah merangkak di belakang Adu Du. Sebelum dia boleh menggunakan lagi, Power Sphera merebut gelang dan melakukan Mega Loopa Loopa Loop yang membalikkan masa sepanjang perjalanan ketika BoBoiBoy bangun pagi itu. Kali ini dia bangun mengadu sakit kepala dan bukan mimpi yang pelik dan dengan ragu-ragunya mematuhi Ochobot memberitahu dia untuk bersiap-siap.

Adu Du dan Probe sekali lagi mengejar LoopBot ketika dia berjalan ke pantai. Adu Du meluahkan kebingungannya apabila berlari selepas Power Sphera sekali lagi. Selebihnya dari peristiwa-peristiwa yang dimainkan dengan cara yang sama, satu-satunya perbezaan adalah bahawa LoopBot memohon BoBoiBoy ingat sebelum melakukan Mega Loopa Loopa Loop. BoBoiBoy bangun dan mengekalkan kenangannya menyerang Adu Du, tetapi masih menyikatnya sebagai mimpi. Ketika mereka mengejar LoopBot lagi Adu Du menyadari bahawa dia telah menggunakan kekuasaannya pada mereka dan mengucapkannya begitu ketika mereka bersembunyi di semak. BoBoiBoy mendengar suara alien supaya dia dan orang lain menyiasat dan mendapati Adu Du dan LoopBot bersembunyi. LoopBot memberitahu mereka namanya dan memohon bantuan sebelum enggan memberikan kuasa Adu Du dan melaksanakan Mega Loopa Loop Loop.

Apabila BoBoiBoy bangun kali ini, dia bertindak atas impiannya dengan berjalan dengan Ochobot keluar dari rumah. Adu Du yang disyaki telah disahkan, tetapi apabila mereka menawan LoopBot kali ini, BoBoiBoy tidak dapat dilihat. Kedua-dua penjahat merancang untuk mengambil kuasa dan berundur sebelum mereka menyerang, tetapi mereka terganggu oleh BoBoiBoy Daun, yang dinyatakan telah membawa Yaya dan Ochobot ke pantai lebih awal untuk menjelaskan situasi dan meletakkan perangkap ketika Adu Du dan Probe tiba. Selepas kedua-dua penjahat jatuh untuk kedua-dua perangkap yang diletakkan, LoopBot melakukan beberapa gelung masa sebelum akhirnya membiarkan perangkap mendorong mereka ke jarak.

Kemudian, mereka membawa LoopBot bersama mereka ke pantai di mana Papa Zola bertanya bagaimana robot itu tiba di sana. BoBoiBoy menerangkan bahawa ia adalah "kisah panjang dan berulang-ulang" sebelum mendapat bola tampar oleh Gopal lagi. Episod berakhir dengan Gopal bertanya mengapa dia tidak elak sementara BoBoiBoy terletak di tanah yang mengadu sakit kepala.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Episod ini ditulis sebagai "Episod 15" dalam komik.

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini merupakan kemunculan pertama bagi kedua-dua ibu Yaya dan ibu Ying yang sedang menunggu ketibaan anak perempuan mereka ke Bumi. Seperti anak perempuan mereka, mereka juga merupakan kawan rapat tetapi amat kompetitif pada masa yang sama.
  • Seperti anaknya, Makcik Wawa juga dikenal untuk membuat biskut yang tidak enak dan marah apabila seseorang mengatakan biskutnya tidak enak.
  • Seperti kedua-dua anak perempuan mereka, Makcik Wawa dan Aunty Yang mempunyai persaingan sengit.
    • Ketika para gadis melawan siapa murid yang lebih baik, ibu mereka berperang melawan masak siapa yang lebih baik.
  • Ochobot mengingatkan BoBoiBoy yang dia pernah lupa tentang perkelahan mereka. Ini merupakan rujukan dari BoBoiBoy: The Movie.
  • Episod ini mempunyai beberapa persamaan babak dengan BoBoiBoy: The Movie iaitu apabila Ochobot menyuruh BoBoiBoy untuk cepat dan BoBoiBoy pula menyuruh Ochobot untuk bersabar.
  • Babak ketika LoopBot cuba untuk menghubungi BoBoiBoy untuk menyelamatkannya nampaknya serupa dengan bagaimana Flash menghubungi Batman untuk memberi mesej dalam impiannya di Batman Vs Superman.
  • Apabila Adu Du menyerang BoBoiBoy dengan bola tampar, Gegelung Loop hilang dari pergelangan tangannya.
  • Episod ini telah memperolehi 1 juta tontonan hanya dalam masa 12 jam.
  • Episod ini awalnya bertajuk "Berkelah Loopa Lupa?". Ia dipendekkan selepas musim pertama berakhir.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Loopa Lupa?

Video[]

Advertisement