FANDOM


BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 18
Episod 18 YouTube
Tajuk rasmi Dendam A.B.A.M.
Tarikh diterbitkan 29 Disember 2017 (TV3 dan YouTube Monsta)
Durasi tayangan 22:17
Panduan Episod
Sebelumnya
Gelora BoBoiBoy Air
Seterusnya
Galaxy Episod 19
Dendam A.B.A.M. merupakan episod kelapan belas siri BoBoiBoy Galaxy. Ia disiarkan di TV3 pada 29 Disember 2017.

Ringkasan

Cattus mula mengamuk di Stesen Angkasa TAPOPS apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada keluarganya di Planet Gurunda, maka BoBoiBoy dan rakan-rakannya pergi ke sana untuk menyiasat.

Watak

Watak Baik

Geng BoBoiBoy

TAPOPS

Penduduk Planet Gurunda

  • Keluarga Cattus (Kemunculan sulung)

Watak Jahat

Plot

Di sebuah perkampungan di Planet Gurunda, kelihatan sekumpulan kucing keturunan Cattus sedang menjalani kehidupan yang bahagia di kawasan oasis itu. Tiba-tiba, sebuah kapal angkasa gergasi yang aneh muncul di atas mereka. Sebuah kelibat yang kelihatan seperti robot, melangkah keluar sambil mengumumkan bahawa dia telah kembali.

Sementara itu di dalam Stesen Angkasa TAPOPS, Gopal menunjukkan bakat tariannya kepada rakan-rakannya. Kesempurnaan tariannya itu tentang lagu TAPOPS dipuji baik oleh BoBoiBoy lalu dia dipelawa oleh Gopal untuk menari bersamanya. Bagaimanapun, aktiviti mereka diganggu oleh panggilan kecemasan dari Laksamana Tarung, yang memberitahu kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya tentang Cattus yang tiba-tiba mengamuk dan menyebabkan seluruh stesen itu menjadi porak-peranda kemudian mengarahkan mereka untuk menyelesaikan perkara itu.

Tidak lama kemudian BoBoiBoy dan kawan-kawannya menemui Papa Zola dalam keadaan pakaian yang koyak dan sedang berada dalam gigitan Cattus. Apabila bertanyakan motif Cattus menjadi begitu kepada BellBot, mereka mendapat tahu bahawa Cattus berasa tidak hati - ada sesuatu yang berlaku pada "keluarganya" yang sedang berada di kampung halamannya. BellBot kemudian menceritakan kisah yang sebenarnya kepada wira-wira itu, yang mengatakan bahawa ia telah memberikan Kuasa Pembesaran kepada Cattus supaya ia boleh melindungi keluarganya dari pemburu Power Sphera namun transformasi Cattus itu membuatkan rakan-rakannya menjadi takut dan kemudian memulaukannya. Akhirnya Cattus mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung halamannya demi kebaikan keluarga dan rakan-rakannya.

Selepas mendapat kebenaran daripada Laksamana Tarung untuk pergi ke Planet Gurunda, BoBoiBoy dan rakan-rakannya serta Papa Zola mengikuti Cattus dalam perjalanan ke kampung halamannya. Namun, cuaca yang terlalu panas di sana menjadikan semua wira semakin letih. Lalu BoBoiBoy Air mencadangkan untuk mengeluarkan kuasanya untuk membantu menyejukkan, namun gagal apabila arinya tersejat menjadi wap. Jelas sekali rakan-rakannya berasa kecewa, lalu mereka meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di sebuah oasis, di mana keluarga Cattus berada. Gembira setelah dapat pulang ke kampung, Cattus berjalan dengan ceria sambil diikuti oleh wira-wira, namun rupanya sudah ada "penunggu" yang memasangkan perangkap di sana yang melepaskan asap dan mengganggu sistem imbasan Ochobot. Lalu BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Angin untuk menghilangkan asap itu.

Robot misteri yang muncul di awal episod membuat kemunculan penuhnya dan memperkenalkan dirinya sebagai "Accurate Ballistic Arrow Mercenary", yang dikenali sebagai A.B.A.M.. BoBoiBoy bertanya apa yang dia mahukan dan A.B.AM. meminta untuk menyerahkan BellBot kepadanya jika mereka mahu selamat. Maka, terungkaplah bahawa A.B.A.M adalah robot yang pernah menyerang kampung Cattus suatu masa dahulu untuk cuba menangkap BellBot, tetapi gagal apabila dikalahkan oleh Cattus gergasi. A.B.A.M. menjadi senang hati apabila melihat Cattus tidak mahu berubah menjadi besar, lalu Yaya dan Ying melancarkan serangan untuk menghalang A.B.A.M.. BoBoiBoy pula menyuruh Papa untuk bawa Cattus ke tempat yang selamat.

A.B.A.M. berjaya mengelak serangan Yaya dan Ying dan melancarkan serangan balas. Melihat rakan-rakannya hampir tercampak, BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Daun untuk menyelamatkan mereka menggunakan daunnya. Sementara itu Gopal yang takut untuk membantu BoBoiBoy, memutuskan untuk membiarkan pertempuran BoBoiBoy bertarung sendirian. Dengan menggabungkan kuasa, Yaya dan Ying cuba menyerang A.B.A.M. sekali lagi, tetapi pandangan mereka dikaburkan olehnya. BoBoiBoy Daun tetap berusaha dalam serangannya namun tetap sia-sia.

Walaupun demikian, serangan A.B.A.M. yang seterusnya tidak mengenai BoBoiBoy Daun, membuatkan dia menyindir robot itu. Tetapi rupanya ia adalah rancangan A.B.A.M. untuk memerangkap BoBoiBoy Daun dengan melepaskan panah di sekelilingnya. Sementara itu pandangan Yaya dan Ying mulai pulih namun A.B.A.M. mula melancarkan serangan seterusnya. Melihat rakan-rakannya ingin diserang, BoBoiBoy Daun berpecah kepada tiga, menyeru BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Angin. Namun disebabkan oleh kelekaan mereka, serangan A.B.A.M. mengenai tepat pada sasarannya dan memerangkap Yaya dan Ying. Kedua-dua BoBoiBoy cuba mencairkan ais itu tetapi tetap tidak berjaya. Maka BoBoiBoy Api dan Angin mengkombokan kuasa mereka namun dipatahkan oleh A.B.A.M. dengan mudah. A.B.A.M. melepaskan panah seterusnya, pada masa yang sama Gopal memunculkan dirinya dalam pertarungan, menukarkan panah-panah A.B.A.M. menjadi sayur-sayuran.

Serangan Gopal masih gagal dan tumpuan ketiga-tiga BoBoiBoy untuk bertarung mulai terganggu dan mereka memakan sayur-sayuran yang ditukarkan oleh Gopal. Tiba giliran A.B.A.M. untuk menyerang lalu beberapa panah berapi dilepaskan ke arah Gopal. Pergerakan Gopal yang mengelak kesemua serangan panah solah-olah sedang "menari" telah mengelirukan A.B.A.M.. A.B.A.M. menyerang lagi tetapi ternyata gagal kerana pergerakan tarian Gopal terlalu rawak. Maka, Yaya mencadangkan kepada BoBoiBoy untuk membuat "benda tak betul", membuatkan A.B.A.M. menjadi semakin keliru lalu dikalahkan oleh serangan ketiga-tiga BoBoiBoy.

Gopal mengakhiri pertarungan itu dengan menukarkan A.B.A.M. menjadi rotan lalu mempelawa Cattus. Walaupun pada mulanya masih berasa takut, namun Cattus tetap berubah menjadi gergasi dan menyerang A.B.A.M. setelah mendengar nasihat daripada Papa Zola. Dengan robot itu dikalahkan, Cattus bersatu kembali dengan keluarganya, yang telah menyedari bahawa mereka tidak perlu takut kepada Cattus kerana ia juga kini mempunyai kawan yang tidak takut terhadapnya. Rakan-rakan Cattus juga memohon maaf kepadanya dan berterima kasih kepada Cattus kerana melindungi mereka. Selepas itu, Cattus dan kawan-kawannya berlari ke arah Papa Zola.

Perbezaan dengan Versi Komik

  • Episod ini ditulis sebagai "Episod 17" dalam komik.

Trivia

  • Episod ini telah menceritakan kisah silam tentang Cattus dan BellBot dengan lebih terperinci selepas ringkasan cerita dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 4.
  • Ini merupakan kali pertama di mana Laksamana Tarung ditunjukkan menangis dan menitiskan air matanya setelah mendengar kisah silam Cattus yang menyedihkan.
  • Ini merupakan kali pertama dalam BoBoiBoy Galaxy (kali kedua dalam keseluruhan siri) di mana BoBoiBoy menggunakan Pemecahan Elemental untuk berpecah kepada tiga yang hanya satunya sahaja bentuk asal. Dalam episod ini, BoBoiBoy Petir dan BoBoiBoy Tanah digantikan oleh BoBoiBoy Api dan BoBoiBoy Daun.
  • Ini merupakan kali kedua Papa Zola berpantun dalam BoBoiBoy Galaxy.

Galeri

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Captain Munch | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Bapa BoBoiBoy | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap | Terra | Coral | Oake | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Laksamana Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M.

Tempat

Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Planet Kasuta | Planet Brotora

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run

Lihat juga

Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios