FANDOM


Ancaman Armada merupakan episod ke-23 dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia dimuat naik ke YouTube Monsta pada 14 Jun 2018 dan disiarkan di TV3 pada 22 Jun 2018.

Ringkasan

Kuasa Teleportasi milik Ochobot lebih menguntungkan bagi Kapten Vargoba daripada menyerang Stesen Sunnova. Oleh itu, ahli-ahli TAPOPS perlu menghalang Kapten Vargoba daripada mendapatkan apa yang diingininya, walau mereka perlu berjuang di Stesen Angkasa TAPOPS sekalipun.

Watak

Watak Baik

Geng BoBoiBoy

TAPOPS

Power Sphera

Watak Jahat

Lanun Angkasa Vargoba

Plot

Bersambung daripada episod sebelumnya, BoBoiBoy dan rakan-rakannya berjaya melarikan diri daripada Kapten Vargoba dengan Kuasa Teleportasi Ochobot. Kapal angkasa yang dinaiki mereka hampir tiba di Stesen Sunnova. Komander Koko Ci kemudiannya muncul di skrin panggilan dan bertanya keberadaan mereka dan terkejut apabila melihat Power Sphera StealthBot di tangan BoBoiBoy. Beliau hairan kerana rupanya berbeza. Lalu Kapten Kaizo menjelaskan bahawa ia telah diubahsuai oleh Lanun Angkasa dan ia ditemui oleh mereka dengan saiz yang lebih besar tetapi berkat daripada idea BoBoiBoy, StealthBot berjaya dikecilkan dengan kuasa BellBot. Koko Ci mengucapkan tahniah kepada ahli-ahlinya selepas mendengar laporan tersebut.

Kemudian, Fang terlihat sesuatu di luar angkasa lalu memanggil yang lain. Kelihatan banyak kapal angkasa yang berbentuk seperti 'pinggan mangkuk' tidak jauh dari kapal angkasa mereka, sehinggakan Kapten Papa dan Gopal berasa lapar. Melihat kapal-kapal angkasa itu, Kaizo bertanya kepada Koko Ci mengapa mereka perlu meminta bantuan daripada pasukan TEMPUR-A. Koko Ci menegaskan bahawa mereka tidak boleh memandang rendah pada Lanun Angkasa itu. BoBoiBoy dan Gopal hairan apabila mendengar nama "TEMPUR-A". Yaya dan Ying yang turut kehairanan masing-masing bersependapat kerana mereka telah berjaya menggagalkan rancangan Lanun Angkasa itu dan mendapatkan StealthBot.

Koko Ci berhujah, tanpa StealthBot, keupayaan serangan oleh Lanun Angkasa dapat dihadkan namun tidak bermakna yang mereka tidak akan menyerang stesen mereka. Lalu BoBoiBoy bertegas dengan rakan-rakannya untuk mempertahankan Stesen Sunnova, tetapi Koko Ci berkata tidak perlu kerana hanya Kaizo sahaja yang akan terlibat dalam pertahanan tersebut. Manakala BoBoiBoy dan yang lain diarahkan oleh Komander untuk menyimpan StealthBot di Stesen TAPOPS. Dengan itu Kaizo meminta diri dan menteleportasikan dirinya ke lokasi Komander. BoBoiBoy cuba mencelah, namun Koko Ci berkata bahawa StealthBot tidak akan selamat untuk terus berada di situ. Disebabkan Ochobot telah kehabisan tenaga teleportasi, Koko Ci mengarahkan mereka untuk menggunakan kelajuan penuh ke Stesen TAPOPS.

Setibanya di Stesen TAPOPS, kelihatan Sai, Shielda dan Nut telahpun berada di sana menunggu ketibaan mereka. Selepas pintu kapal terbuka, kelihatan Gopal dan Papa berkelakuan gelojoh dan tak sabar-sabar untuk pergi makan sehingga terlanggar BoBoiBoy dan jatuh ke bawah. Kedengaran soalan yang bertanya ke manakah mereka ingin pergi dan BoBoiBoy mengatakan yang mereka sudah berasa lapar sangat. Setelah itu, Nut berasa amat teruja apabila melihat StealthBot kerana ia merupakan antara Power Sphera paling hebat yang dikehendaki. Fang menjelaskan rupa StealthBot sebelum ini, namun Nut mengatakan bahawa beliau sudah tahu semuanya berdasarkan laporan daripada Komander Koko Ci lalu menerangkan sendiri secara terperinci.

Kelihatan Cattus berasa sedih dan bimbang kerana berjauhan dengan BellBot, dan Nut yang menyedari reaksinya mengatakan bahawa beliau sudahpun menyediakan tempat untuk StealthBot. Jelasnya lagi, mereka akan cabut BellBot daripadanya dan mengembalikannya semula kepada Cattus. BoBoiBoy bertanya kepada Nut bolehkah beliau mengembalikan SteahlthBot kepada keadaan asal dan dengan suara yang paling aktif, Nut berkata "Tiada masalah!" Dengan Nut, Nut-a-problem!". BoBoiBoy menjadi teruja mendengar slogan kata itu, lalu Shielda mengajak mereka ke bilik kebal Power Sphera. Tanpa disedari oleh mereka, rupanya terdapat alat pengesan kecil yang tersembunyi pada StealthBot.

Sementara itu tidak jauh dari Stesen Sunnova, kelihatan sebuah pertempuran sedang berlaku di antara armada Lanun dan pasukan TAPOPS. Laksamana Tarung dengan Sarung Tarung tempurnya mengarahkan supaya tidak membiarkan mereka terlepas. Maka Tarung dan Kaizo berjuang melawan tentera-tentera Lanun tanpa belas kasihan sehingga seorang daripada mereka tersedar akan kehadiran "Kassim". Di Stesen Sunnova, kelihatan Koko Ci dan Alien Mop sedang menyaksikan pertempuran tersebut dari jauh. Selepas diberitahu akan kedatangan sekumpulan armada Lanun, Koko Ci mengarahkan pasukan TEMPUR-A untuk menjaga sayap kanan. Kedatangan kapal angkasa Lanun yang semakin banyak membuatkan Koko Ci buntu kerana kapal angkasa Kapten Vargoba masih tidak kelihatan.

Rupa-rupanya, kapal angkasa Kapten Vargoba telahpun tiba berdekatan dengan Stesen TAPOPS. Apabila Burung Nuri Lanun mengumumkan ketibaan mereka, Kapten Vargoba menyuruhnya untuk menyekat semua komunikasi di stesen tersebut lalu Burung Nuri melepaskan beberapa alat penghalang komunikasi dari kapal angkasanya ke arah Stesen TAPOPS. Di dalam stesen, BellBot telah mengembalikan saiz StealthBot kepada asal dan kembali semula ke leher Cattus maka membuatkan ia berasa gembira semula. StealthBot gergasi itu telah dikepit di kiri kanan untuk keselamatan. Tiba-tiba, alat pengesan tadi terjatuh dan menghairankan BoBoiBoy dan Ochobot akan alat tersebut. Nut berkata dia tidak pasti namun reka bentuknya kelihatan seperti alat pengesan.

Yaya turut hairan, dan Ying pula mengesyaki bahawa alat pengesan itu mesti diletakkan oleh kumpulan Lanun itu. Maka Shielda dengan nada marah bertanya kepada BoBoiBoy bagaimana dia boleh tidak perasan dengan alat pengesan itu. BoBoiBoy berkata bahawa alat itu mengecil bersama StealthBot, lalu kata-katanya dipintas oleh Sai yang berkata dia telah membahayakan mereka semua. Fang bercadang ingin menghubungi Koko Ci, namun tidak dapat kerana alat penghalang di luar stesen. Yaya menyedari Cattus sedang melihat ke luar tingkap dan kemudian terlihat alat penghalang komunikasi tersebut dan juga kapal angkasa Kapten Vargoba, memberitahu yang lain dan mengejutkan mereka semua. Kapal angkasa tersebut melepaskan sebuah tembakan dari jauh lalu menggemparkan seluruh Stesen TAPOPS.

Selepas memasuki ke dalam stesen itu, Kapten Vargoba berkata kepada Tentera Lanun bahawa Power Sphera itu ada di dalam stesen angkasa tersebut lalu menyuruh mereka berpecah dan carinya sehingga dapat. Maka tentera-tentera Lanun memulakan tugasan mereka dengan menghancurkan semua kapal-kapal angkasa yang terdapat di situ, termasuklah kapal angkasa Cici Ko dan ianya mengakibatkan huru-hara di seluruh Stesen TAPOPS. Di kawasan makan, Gopal cemas kerana tidak dapat menghubungi BoBoiBoy. Papa terlihat sekumpulan Lanun memasuki ke kawasan itu dan sempat berjenaka, lalu beliau diberitahu oleh Gopal tentang identiti mereka dan mengejutkan Papa sehingga tentera Lanun itu terdengar suaranya.

Melalui rakaman kamera litar tertutup, Yaya dan Ying ketakutan melihat tentera-tentera Lanun itu telah memasuki hampir seluruh Stesen TAPOPS sementara BoBoiBoy hampa melihat kapal angkasa mereka telah hancur terbakar. Di saat itu, Sai terus menyalahkan BoBoiBoy tetapi Fang sempat berkata yang mereka semua memang langsung tidak perasan akan alat pengesan itu. Pada masa yang sama, Ying juga cemas kerana tidak dapat menghubungi sesiapa, sehingga Nut dapat mengenal pasti dan memberitahu tentang alat penghalang komunikasi itu. Shielda memberikan cadangan supaya mereka semua melarikan diri dengan Kuasa Teleportasi Ochobot, tetapi sukar kerana tenaganya telah habis digunakan dan memerlukan masa untuk dicaj semula.

BoBoiBoy akhirnya berkata yang mereka tidak memiliki pilihan lain selain berlawan dengan Lanun Angkasa itu demi mempertahankan Stesen Angkasa TAPOPS dan semua Power Sphera. Namun Fang mengingatkan BoBoiBoy akan pesanan abangnya supaya tidak berhadapan terus dengan Kapten Vargoba kerana dia terlalu merbahaya. Ia membuatkan BoBoiBoy semakin buntu. Dalam pertempuran di angkasa, Tarung berpuas hati kerana telah berjaya menghalang semua serangan armada Lanun itu tetapi Koko Ci tidak yakin akan kemenangan ini kerana Kapten Vargoba boleh muncul pada bila-bila masa sahaja. Tarung berpendapat bahawa Kapten Vargoba berasa takut dan jika dia datang pun tiada gunanya kerana pada masa itu seluruh armadanya tentu sudah hancur.

Seterusnya, Shielda mencadangkan kepada yang lain untuk bersembunyi di dalam bilik kebal itu kerana ia memang dibina untuk menahan sebarang serangan daripada luar dan pada masa yang sama, Ying berkata mereka perlu cari cara untuk menghubungi Komander mereka. Namun tiba-tiba, kedengaran suara Gopal dan Papa meminta tolong dari luar bilik kebal. Yaya berkata bahawa mereka telah ditangkap oleh kumpulan Lanun itu. BoBoiBoy bertindak untuk membantu mereka tetapi sempat dihentikan oleh Sai. Sementara itu di luar, Kapten Vargoba menyuruh tenteranya untuk membuka pintu bilik tersebut. Bagaimanapun dia memberitahu bahawa pintu bilik itu terlalu kukuh dan mereka memerlukan kata laluan.

Kapten Vargoba tertawa dan berkata bahawa pintu itu tetap tidak cukup kukuh untuk serangannya dan dia tahu kata laluannya lalu menekan bahu kedua-dua Gopal dan Papa sehingga mereka menjerit-jerit kesakitan. Lantas kedengaran laungan "Berhenti!" dari dalam bilik dan Kapten Vargoba melepaskan tekanannya. Pintu bilik kebal tersebut dibuka, dan BoBoiBoy menengking Kapten Vargoba untuk melepaskan Gopal dan Papa yang telah kelelahan. Maka Kapten Vargoba mencampak mereka berdua ke kawasan peti besi sehingga menyebabkan mereka pengsan. BoBoiBoy semakin geram dan menengkingnya lagi atas sikapnya yang melampau namun dia dibalas dengan suara yang lantang sehingga bergema di seluruh Stesen TAPOPS. Kapten Vargoba mengatakan alasan yang sama kerana BoBoiBoy telah masuk ke dalam kapal angkasanya dan mencuri Power Sphera StealthBot, membuatkan BoBoiBoy berasa bersalah.

Walau apapun, disebabkan oleh tindakan BoBoiBoy itu, Kapten Vargoba dapat datang ke Stesen TAPOPS iaitu tempat pengumpulan Power-Power Sphera dan dia telah berterima kasih kepadanya. Dia berikrar akan merampas kesemua Power Sphera serta mengagih-agihkannya kepada yang lain. Fang berkata kepadanya bahawa mereka tidak akan memberikan StealthBot kepadanya semula. Namun Kapten Vargoba tidak lagi mahukan StealthBot, sebaliknya dia mahukan Power Sphera yang mempunyai Kuasa Teleportasi; iaitu Ochobot! Ochobot yang keluar dari bayangan terpaksa masuk semula. BoBoiBoy tidak membenarkan Kapten Vargoba untuk mengapa-apakan Ochobot.

Kapten Vargoba memberitahu yang dia sepatutnya menyerang Stesen Sunnova, yang boleh menjadikan dirinya kaya dan berkuasa. Namun dia menjadi lebih tertarik selepas melihat kuasa teleportasi Ochobot itu, iaitu kuasa yang lebih berharga. Ochobot menjadi takut tetapi ditenangkan oleh Nut. Dengan kuasa teleportasi itu, angkatan Kapten Vargoba tentunya dapat menyerang, muncul dan hilang di serata galaksi. Sikapnya itu bukan saja tamak, bahkan juga kejam kerana dia sanggup mengorbankan keseluruhan armadanya hanya untuk mengalihkan perhatian Laksamana Tarung.

Perbezaan dengan Versi Komik

Trivia

  • Episod ini pada awalnya dirancang untuk digabungkan dengan episod 24 supaya menjadi satu episod khas berdurasi 1 jam, yang mana dijadualkan untuk disiarkan di TV3 dan dimuat naik ke YouTube Monsta pada Hari Raya Aidilfitri.[1]
    • Disebabkan oleh pengumuman tentang penukaran jadual tentang penyiaran di TV3 adalah lambat 1 episod berbanding Monsta YouTube, episod ini telah dijadualkan untuk disiarkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.[2]
    • Di YouTube Monsta pula, memandangkan episod 24 telah dipisahkan dengan episod ini berdasarkan pengumuman terkini, ia dijadualkan untuk dimuat naik pada 22 Jun 2018.[3]
  • Dalam episod ini, Tarung menggunakan Sarung Tarung semula selepas BoBoiBoy Galaxy Episod 20.
  • Watak Nut yang muncul dalam episod ini pernah muncul dalam komik pendek "Raya Bersama TAPOPS" yang dibuat oleh pasukan komik Monsta. Komik ini terdapat dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu ke-62.
  • Ia tidak diketahui bagaimana ada alat pengesan di StealthBot. Ini memungkinkan bahawa Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnet untuk menarik StealthBot ke tangannya dan menaruh alat pengesan ke StealthBot dari tangannya dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 22.
  • Ini menandakan kali pertama Fang menunjukkan kuasa tahap kedua sejak BoBoiBoy: The Movie, kali ini Separa Harimau Bayang dan Beruang Bayang.
    • Ia juga membayangkan bahawa yang lain mungkin tidak kehilangan peningkatan daripada filem itu juga.
  • Episod ini menandakan kemunculan pertama BoBoiBoy Cahaya.
    • Ini bermaksud BoBoiBoy telah berjaya mengumpulkan semua kuasa elemental tahap pertama dan mungkin akan mengumpulkan kuasa elemental tahap kedua pada masa hadapan.
  • Episod ini tidak menunjukkan log angkasa (space log) yang dibuat oleh BoBoiBoy di akhir episod dalam YouTube Monsta.

Galeri

Video

Rujukan

  1. https://news.monsta.com/boboiboy-galaxy-back-with-new-episodes-this-may/
  2. https://www.instagram.com/p/Bii3At8g6Zp/
  3. https://www.instagram.com/p/BjKR-_0goZ3


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy (BoBoiBoy Reborn) | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy Galaxy | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Lelabah Kristal
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy: The Movie 2
Tempat
Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba
Soundtrack

BoBoiBoy

Lagu Tema BoBoiBoy | Bersedia | BoBoiBoy dan Kawan-kawan | Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga | Ketibaan di Pulau Rintis | Rumahku Syurgaku | Bahaya Akan Berlaku | Serangan Adu Du! | Pertarungan Bermula! | Kemarahan Adu Du | Lari dan Sembunyi! | Eksperimen Gila | BoBoiBoy Hero Kita | Bilik Penyeksaan | Kebangkitan BoBoiBoy Halilintar | Kemuliaan Papa Zola | Pemain Retro | Kata-kata Terakhir Papa Zola | Seguni Mawar Merah | Ketibaan BoBoiBoy Taufan | Azroy & Sasha Bersatu | Selamat Tinggal BoBoiBoy | Lagu Tema BoBoiBoy (Inggeris) | Bersedia (Inggeris) | Tema Utama (Instrumental) | Bersedia (Instrumental) | Tema BoBoiBoy Halilintar | Tema Papa Zola | Tema BoBoiBoy Taufan | Tema Fang | Tema BoBoiBoy vs Fang | Tema Kucing Sewel | Tema Ejo Jo | Tema BoBoiBoy & Kawan-kawan | Tema Trio Kebenaran | Tema Wak Baga Ga | Tema Rob, Robert & Roberto Santana | Tema Pertarungan Di Bulan | Tema Permainan Papa Zola | Tema Mama Zila | Tema Kumpulan Gerombolan Kejahatan | Tema BoBoiBoy Api | Tema BoBoiBot | Tema BoBoiBoy vs BoBoiBot | Tema BoBoiBoy Air | Tema Kapten Kaizo | Tema Teaser BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie

Pasukan Tengkotak | BoBoiBoy Superhero Kita | Mencari Klamkabot | Markas Kotak | Tibanya Tengkotak | Empayar Bisnes Mencandat Sotong Kebenaran | Masih Di Sini (Instrumental) | Sfera Kuasa Generasi Pertama | Kilang Sfera Kuasa | J-Rex Mengganas | Gaga Naz Menyerang | Klamkabot Ditangkap | Lab Sfera Kuasa | 2 Sfera 1 Kuasa | Setia Kawan | Teleportasi Diaktifkan | Bora Ra Menyerang | Maafkan Aku Ochobot | Aku Akan Tamatkan Semua Ni | Lohong Hitam Gargantua | Bersama Kita Berjuang | Selagi Kita Bersama | Di Bawah Langit Yang Sama (Instrumental)

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Dan Kawan-Kawan | Kapten Separo Dan Lanun Angkasa | Pertarungan Bermula | Adu Du Dan Konco Kejahatan | Misi Penyamaran Tapops | Ancaman Alien | Lepaskan Kuasamu | Pertarungan Sengit | Selamatkan Power Sphera | Kembara Ke Planet Gurunda | Tema BoBoiBoy Cahaya | Tema BoBoiBoy Daun | Pertarungan Terakhir (Kapten Kaizo, Halilintar & Jugglenaut) | Kekalahan BoBoiBoy | Tema BoBoiBoy Solar
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy