Sinaran Penamat merupakan episod ke-24 dan terakhir dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia dimuat naik ke YouTube Monsta dan disiarkan di TV3 pada 22 Jun 2018.
Ringkasan
Semasa pertarungan antara BoBoiBoy dan Kapten Vargoba disambungkan, BoBoiBoy harus mengalahkan Kapten Vargoba untuk mempertahankan Stesen Angkasa TAPOPS.
Watak
Watak Baik
Geng BoBoiBoy
- BoBoiBoy
- BoBoiBoy Cahaya
- BoBoiBoy Petir
- BoBoiBoy Api
- BoBoiBoy Solar (Kemunculan sulung)
- Yaya
- Ying
- Gopal
- Fang
- Ochobot
TAPOPS
TEMPUR-A
- Ramenman (Kemunculan sulung)
Watak Jahat
Lanun Angkasa Vargoba
- Kapten Vargoba
- Tentera Lanun
- Burung Nuri Lanun
- MagnetBot (Kemunculan sulung)
Watak Sampingan
Power Sphera (kredit akhir)
- MotoBot
- HookaBot
- CardBot
- ApiBot
- MelonBot
- GigiBot
- SimenBot
- InviBot
- TargetBot
- TrophyBot
- LoopBot
- CetakBot
- RompakBot
- EmotiBot
- DataBot
Plot
Perbezaan dengan Versi Komik
Trivia
- Episod ini pada awalnya dirancang untuk digabungkan dengan episod 24 supaya menjadi satu episod khas berdurasi 1 jam, yang mana dijadualkan untuk disiarkan di TV3 dan dimuat naik ke YouTube Monsta pada Hari Raya Aidilfitri.[1]
- Disebabkan oleh pengumuman tentang penukaran jadual tentang penyiaran di TV3 adalah lambat 1 episod berbanding Monsta YouTube, episod ini telah dijadualkan untuk disiarkan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.[2]
- Di YouTube Monsta pula, memandangkan episod 24 telah dipisahkan dengan episod ini berdasarkan pengumuman terkini, ia dijadualkan untuk dimuat naik pada 22 Jun 2018.[3]
- Episod ini menandakan episod akhir musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy.
- Hampir separuh daripada watak BoBoiBoy Galaxy muncul dalam episod ini.
- Ia telah didedahkan bahawa Kapten Vargoba menggunakan kuasa magnetnya dengan menggunakan MagnetBot.
- Babak apabila Gopal mengelak tembakan cahaya milik BoBoiBoy Cahaya dengan menari secara rawak adalah serupa dengan babak yang sama dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 18.
- Ini merupakan kali kedua BoBoiBoy dilihat tanpa topi sepenuhnya selepas dalam BoBoiBoy: The Movie.
- Secara kebetulan, babak di atas dalam kedua-dua filem dan episod ini berlaku selepas pertarungannya dengan alien yang kuat dan berkulit merah (Bora Ra dan Kapten Vargoba).
- Episod ini menampilkan kemunculan BoBoiBoy Solar semula sejak kemunculan terakhirnya dalam BoBoiBoy: The Movie.
- Terdapat kesilapan dalam episod ini. Semasa Kapten Kaizo menyelamatkan BoBoiBoy yang keletihan di angkasa, jaket baru yang dipakainya bertukar kepada jaket asalnya dalam siri BoBoiBoy.
- Ini menjadi kali kedua di mana BoBoiBoy tidak sedarkan dirinya dan dia diselamatkan oleh rakan-rakannya setelah mengalahkan musuhnya sejak Musim 1, Episod 13 siri BoBoiBoy.
- Ini menjadi episod pertama dalam siri ini yang mana mempunyai babak selepas kredit akhir.
- Dalam babak tersebut, DataBot telah siap memproses maklumat sejak akhir Episod 21, menyatakan bahawa Ochobot adalah bukan Power Sphera elemental yang asal (bermaksud Power Sphera yang memberikan kuasa elemental), sebaliknya setiap kuasa elemental yang dimiliki olehnya adalah berasal daripada tujuh Power Sphera yang berbeza.
- Ini dapat menjelaskan mengapa DataBot berkata SinarBot adalah kunci untuk mendapatkan kuasa elemental cahaya.
- Ini juga mungkin menunjukkan bahawa kuasa elemental api BoBoiBoy adalah berasal daripada ApiBot.
- Dalam babak tersebut, DataBot telah siap memproses maklumat sejak akhir Episod 21, menyatakan bahawa Ochobot adalah bukan Power Sphera elemental yang asal (bermaksud Power Sphera yang memberikan kuasa elemental), sebaliknya setiap kuasa elemental yang dimiliki olehnya adalah berasal daripada tujuh Power Sphera yang berbeza.
- Di babak space log paling akhir, BoBoiBoy berpesan kepada para peminat untuk berjumpa lagi dan BoBoiBoy akan kembali. Ini merupakan petunjuk untuk musim kedua siri BoBoiBoy Galaxy.
- Ada kejadian selepas peristiwa terjadi dalam episod ini:
- Tarung menghukum BoBoiBoy, Gopal, Fang dan Papa Zola kerana mereka mengejutkannya dengan menipunya oleh BoBoiBoy dan Gopal menggunakan Misai Janggut Bayang yang dibuat oleh Fang supaya dia ditipu bahawa dia koma selama beberapa tahun seperti yang ditunjukkan bahawa Gopal dan Fang menipu BoBoiBoy tadi.[4]
- Kelihatannya, Papa Zola tidak ditunjukkan menipu bersama dengan mereka kerana Gopal tidak memerlukannya sebab dia sudah ada janggut dan juga misai.
- BoBoiBoy menggunakan tabletnya untuk membaca semua komen-komen mengucapkan semoga cepat sembuh daripada kesemua peminatnya manakala Ying dan Gopal membaca kesemua komen-komen di tabletnya.[5]
- Tarung dengan memakai Sarung Tarung Bearimau mengajar Yaya dan BoBoiBoy bagaimana cara mengait. Yaya mahir mengait manakala BoBoiBoy dan Gopal sendiri tidak tahu. Hal yang paling lawak ialah benang-benang berada di kepala Gopal.[6]
- Tarung menghukum BoBoiBoy, Gopal, Fang dan Papa Zola kerana mereka mengejutkannya dengan menipunya oleh BoBoiBoy dan Gopal menggunakan Misai Janggut Bayang yang dibuat oleh Fang supaya dia ditipu bahawa dia koma selama beberapa tahun seperti yang ditunjukkan bahawa Gopal dan Fang menipu BoBoiBoy tadi.[4]
Galeri
Video
Rujukan
- ↑ https://news.monsta.com/boboiboy-galaxy-back-with-new-episodes-this-may/
- ↑ https://www.instagram.com/p/Bii3At8g6Zp/
- ↑ https://www.instagram.com/p/BjKR-_0goZ3
- ↑ https://www.instagram.com/p/BlC_YVMgNWH/?taken-by=boboiboy
- ↑ https://www.instagram.com/p/BlFk0FtAnII/
- ↑ https://www.instagram.com/p/BlIM5DQgbea/?taken-by=boboiboy