BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Raksasa Gurunda merupakan episod ketiga dalam musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 9 Disember 2016.

Ringkasan[]

BoBoiBoy dan Gopal telah dihantar ke Planet Gurunda untuk memulakan misi pertama mereka iaitu untuk mencari Power Sphera.

Plot[]

Episod bermula dengan BoBoiBoy dan Gopal berlari. Gopal berkata bahawa dia menyesal. Lima jam sebelumnya, Koko Ci telah merasmikan pelantikan kadet baru TAPOPS, BoBoiBoy dan Gopal. Koko Ci menyampaikan ucapannya, tetapi Gopal merungut bahawa Koko Ci terlalu lama membebel dan membuatkan Gopal dipukul. MotoBot mengepinkan lencana TAPOPS kepada mereka berdua, namun lencana itu diambil semula untuk diberikan kepada kadet lain.

Pelantikan Ahli Baru TAPOPS

Pelantikan ahli baharu TAPOPS iaitu BoBoiBoy dan Gopal.

Perbuatan Koko Ci itu mengakibatkan dia digelar kedekut oleh Gopal lalu mendatangkan kemarahannya dan bertegas kepada mereka supaya memanggilnya dengan nama "Komander Koko Ci". Namun, mereka berdua membalas sebut nama Komander Koko Ci kepada Komander Kuih Koci yang lantas mendatangkan kemarahannya lagi lalu mereka memperbetulkannya semula. Kemudian, Koko Ci mengisytiharkan kemasukan kadet baharu kumpulan TAPOPS lalu disambut meriah oleh para tetamu yang hadir iaitu Ochobot dan Tok Aba.

Tok Aba berasa amat terharu atas penyertaan mereka yang memegang pangkat kadet dalam kumpulan TAPOPS, tetapi Ochobot mengatakan bahawa pangkat mereka adalah yang paling bawah. Justeru, Tok Aba menasihati cucunya supaya berusaha dan bekerja keras untuk memperolehi pangkat yang tinggi, tetapi dibalas oleh cucu kesayangannya itu bahawa dia baru sahaja menyertai pasukan TAPOPS. Alang-alang menjadi ahli pasukan baharu, Gopal meminta kepada Koko Ci agar memberikan misi pertama. Lalu disambut oleh Koko Ci yang katanya ingin memberikan misi yang mudah dahulu kerana pangkat mereka bertaraf kadet, tetapi dicelah oleh Gopal yang menginginkan misi yang susah atas alasan mereka pernah mengalahkan alien-alien jahat. Maka, Koko Ci pun akur.

Kelihatan Gopal dan BoBoiBoy masih berlari sambil membawa sfera putih menuju ke arah kawasan berbatu untuk bersembunyi. Ketika itu, Gopal bersuara, mengatakan bahawa punca perkara itu terjadi adalah disebabkan oleh BoBoiBoy. BoBoiBoy kemudiannya mencelah, Gopal adalah puncanya kerana gatal sangat mahukan misi yang susah. Gopal berkata lagi, misi susah tidak bermakna sehingga terlalu susah, tetapi tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila mulut Gopal ditutup oleh tangan BoBoiBoy kerana raksasa tersebut berada di belakang mereka.

Kembali 5 jam yang lalu, Koko Ci menunjukkan gambaran sebuah planet pada komputernya iaitu Planet Gurunda, sebuah planet padang pasir. Gopal berasa teruja sambil mengatakan bahawa di mana ada pasir, di situ ada laut. Tetapi Koko Ci menafikan pernyataan Gopal dan menjelaskan bahawa planet tersebut amat kering dan suhunya boleh mencecah 100°C yang mengakibatkan Gopal dan BoBoiBoy terkejut dan merayu ingin menukar misi yang lain. Tetapi Koko Ci bertegas bahawa data misi telah dimasukkan.

Yaya Ying dah datang

BoBoiBoy berasa teruja ketika Yaya dan Ying tiba.

Pada masa yang sama, Ochobot masuk ke dalam kapal angkasa itu dengan membawa dua wira muda yang tidak asing lagi bagi BoBoiBoy dan Gopal, iaitu Yaya dan Ying. MotoBot bertindak balas dan bertanya kepada komandernya siapa mereka itu, lalu Koko Ci menjelaskan mereka adalah superhero dan sahabat BoBoiBoy dan merupakan ahli terkuat antara mereka. Kata-kata Cici Ko didengari oleh Gopal dan menjeling seketika.

Dengan kata-kata Komander Koko Ci, MotoBot mencadangkan agar Yaya dan Ying menyertai pasukan TAPOPS. Ying dan Yaya hairan dan bertanya kumpulan apa yang dimaksudkan MotoBot. Ochobot membalas, pasukan TAPOPS dan kemudian disambung oleh Koko Ci dengan tarian dan nyanyian lagu tema TAPOPS bersama BoBoiBoy dan MotoBot. Gopal cepat-cepat menghentikan mereka lalu meminta komandernya agar memberikan arahan seterusnya untuk memulakan misi pertamanya. MotoBot mula kehairanan kerana sebentar tadi Gopal meminta supaya komandernya menukar misi, tetapi Gopal mengatakan bahawa dia adalah seorang yang profesional, sehingga terkutuk Ying dan Yaya. Koko Ci memberitahu tentang sebuah tablet yang sudah dimasukkan data misi, lalu diambil oleh Gopal dan mula meneliti mklumat-maklumat. Setelah bersedia, Ochobot diminta oleh Komander Koko Ci untuk membuka teleportal.

Tablet dah kena baling

BoBoiBoy hairan mengapa tablet itu dibuang oleh Gopal.

Bagaimanapun, maklumat-maklumat dalam tablet itu membuatkan Gopal merungut kerana tidak memahami satu maklumat pun lalu membuangnya di atas lantai. BoBoiBoy hairan dan menegur Gopal mengapa dibuang tablet itu. Pada masa yang sama, teleportal yang akan membawa BoBoiBoy dan Gopal ke Planet Gurunda telahpun dibuka dan membuatkan Yaya dan Ying kagum. Tanpa membuang masa, MotoBot menghasilkan kenderaan milik BoBoiBoy dan Gopal, namun BoBoiBoy menjadi panik kerana tablet maklumat itu masih di atas lantai. MotoBot menyeru kenderaan itu bergerak lalu pergilah BoBoiBoy dan Gopal ke Planet Gurunda tanpa alat penting itu.

Suasana Planet Gurunda

Suasana di Planet Gurunda ketika mereka tiba.

Sesampainya destinasi yang ditujui, Gopal membuka matanya lalu melihat sekitar planet tersebut dengan penuh takjub. BoBoiBoy memarahinya atas tablet yang ditinggalkan. Tetapi Gopal membalas bahawa cara mudah untuk mengesan Power Sphera adalah dengan melihat objek yang bulat dan bersinar. Maka Gopal mengimbas kawasan tersebut dan menemui objek bersinar di kawasan berbatu, lalu menuju ke lokasi tersebut sambil diikuti oleh BoBoiBoy. Di kapal angkasa Koko Ci, Yaya terlihat tablet yang terbiar di atas lantai dan mengutipnya. Menyedari hal itu, Koko Ci menjadi berang kerana mereka meninggalkan panduan misi mereka. Dilihat oleh Yaya dan Ying pada tablet itu, tertulis supaya berhati-hati di kawasan berbatu.

Sfera Telur Raksasa Gurunda

Gopal mengambil telur Raksasa Gurunda yang disangkanya Power Sphera.

Gopal mengangkat sfera putih tersebut dan BoBoiBoy berasa hairan kerana misi mereka sangat senang. Tiba-tiba, Yaya dan Ying memanggil BoBoiBoy pada jam kuasanya dan menyuruh mereka kembalikan sfera itu di tempat asal dan memberikan amaran bahawa mereka berada dalam bahaya, tetapi Gopal memutuskan panggilan tersebut. Mereka terdengar ngauman yang kuat dan mendapati sesuatu dalam tanah sedang menuju ke arah mereka. Gopal menjadi panik lalu mengambil langkah seribu menaiki kenderaannya bersama sfera putih itu dan meninggalkan BoBoiBoy. Koko Ci kemudian menghubungi BoBoiBoy dan memberikan amaran yang raksasa itu sedang mengejar Gopal. BoBoiBoy tidak berlengah lalu menaiki motosikalnya dan bergerak ke arah Gopal. Raksasa tersebut kian marah lalu cuba membaham Gopal secara bertubi-tubi.

Raksasa Gurunda menyerang Gopal

Raksasa Gurunda menyerang Gopal.

BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Angin lalu menggunakan Pecutan Angin dan menyelamatkan Gopal dari dibaham raksasa itu, akhirnya jip milik Gopal tercampak. BoBoiBoy menyuruh Gopal untuk menyerang balas pada raksasa itu lalu Gopal melepaskan beberapa das Tembakan Sniper Gula-gula Kapas namun raksasa itu terus menyelam di bawah tanah. Raksasa itu melepaskan duri-duri dari badannya maka BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Petir lalu menggunakan Pecutan Kilat, tanpa disedarinya merenjat Gopal di belakangnya. BoBoiBoy Petir berjaya mengelak duri-duri itu, tiba-tiba duri gergasi menghalang perjalanan motosikalnya lalu bertukar menjadi BoBoiBoy Tanah dan melompat ke hadapan. Namun, Raksasa Gurunda melibas tanah di belakang mereka menyebabkan mereka dan motosikal BoBoiBoy tercampak.

Yaya menyelamat di Planet Gurunda

Yaya datang menyelamatkan BoBoiBoy dan Gopal.

BoBoiBoy dan Gopal melarikan diri dan bersembunyi di sebalik batu-batuan besar. Raksasa Gurunda tiba-tiba melibas mereka dan hampir membaham Gopal dari belakang. Tetapi, mereka terselamat apabila melihat Yaya datang dan mengangkat raksasa itu menggunakan Angkatan Graviti. MotoBot mendapat tahu bahawa Yaya boleh mengangkat dan terbangkan raksasa itu, lalu Koko Ci berkata Yaya mempunyai Kuasa Manipulasi Graviti. BoBoiBoy mengucapkan terima kasih kepada Yaya, membuatkan dia terlepas raksasa itu dan menjunam ke arah Gopal. Ying tiba dan memperlahankan masa di sekitarnya, lalu MotoBot mendapat tahu daripada Koko Ci bahawa kuasa Ying adalah memperlahankan masa dan memerlukan tenaga yang mencukupi.

Raksasa Platipah tunjuk

Raksasa Gurunda marah kerana telurnya dicuri oleh BoBoiBoy dan Gopal.

Yaya segera mendapatkan Raksasa Gurunda yang jatuh selepas Ying kehabisan tenaga dan menenangkan raksasa itu. BoBoiBoy meluahkan rasa syukur kerana Ochobot sempat membuka teleportal tepat pada masanya. Ying mengusik Gopal bahawa sudah tentu mereka menjadi makanan Raksasa Gurunda jika mereka tidak sampai tadi. Gopal menjadi marah kepada raksasa itu lalu mengajak mereka untuk membelasahnya, tetapi dihalang oleh Yaya. Gopal bertegas bahawa Raksasa Gurunda yang menyerang dan mengejar mereka terlebih dahulu. Yaya bertanya kepada raksasa itu untuk mendapatkan kepastian, dan dibalas olehnya bahawa mereka yang mencuri darinya dahulu. BoBoiBoy dan Gopal terkejut melihat raksasa itu boleh bercakap. Lalu Ying menunjukkan maklumat tentang Raksasa Gurunda pada tablet yang mereka tinggalkan.

Anak Raksasa Gurunda cari mama

Anak Raksasa Gurunda menetas dari telur.

Raksasa Gurunda meminta mereka memulangkan telur yang dicuri oleh mereka dan membuatkan BoBoiBoy dan Gopal hairan. Yaya menjelaskan bahawa sfera putih yang mereka ambil itu bukan Power Sphera, tetapi telur Raksasa Gurunda. Kemudian, telur putih Raksasa Gurunda mula retak dan menetaskan anak Raksasa Gurunda. Kecomelan anak raksasa itu menawan hati Yaya, Ying dan Raksasa Gurunda. Namun, disebabkan anak raksasa itu memanggil Gopal sebagai mamanya, Raksasa Gurunda menjadi marah kepada Gopal. Gopal menjadi gelabah sehingga tangannya digigit oleh anak Raksasa Gurunda. Gopal meraung kesakitan dan melarikan diri sambil dan memukul anak raksasa itu, sekali lagi mendatangkan kemarahan Raksasa Gurunda.

Raksasa Gurunda mengejar Gopal disebabkan perbuatannya tadi. BoBoiBoy memanggil Yaya dan Ying untuk menolong Gopal lalu dia bertukar menjadi BoBoiBoy Angin untuk memecut ke lokasi Gopal. BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Petir dan membelah duri-duri itu dengan Pedang Petir. Raksasa Gurunda pantas melibas ekornya pada BoBoiBoy menyebabkan dia berubah menjadi biasa dan diancam bahaya. Ekornya dilibas lagi, tetapi sempat ditahan oleh Yaya yang memintanya untuk berhenti kerana dia tidak mahu mengapa-apakannya. Raksasa Gurunda bertambah berang lalu mengejar BoBoiBoy dan Yaya dan mereka terus melarikan diri.

Pada masa yang sama, Ying sampai ke lokasi Gopal yang masih bergelut dengan anak Raksasa Gurunda. Ying menyuruh Gopal untuk menukarkan pokok-pokok kaktus yang di bawah gaung menjadi gula-gula getah tetapi Gopal mengeluh dengan alasan tangannya masih digigit walaupun mempunyai dua tangan. Ying memarahinya dan mendesaknya, maka akhirnya Gopal akur dengan permintaannya. Dari jauh, kelihatan BoBoiBoy sedang dikejar oleh Raksasa Gurunda dan Yaya cuba menghentikannya tetapi tenaganya semakin berkurangan. Oleh itu, Ying berlari ke arah BoBoiBoy dan menyuruhnya untuk melontar raksasa tersebut ke dalam gaung.

Raksasa Gurunda terperangkap

Raksasa Gurunda terperangkap di dalam gula-gula getah.

BoBoiBoy berpecah kepada tiga lalu BoBoiBoy Tanah menghasilkan Tanah Pelindung yang menghalang dan menaikkan raksasa itu ke udara. Di udara, Raksasa Gurunda mengambil peluang untuk melancarkan duri di badannya secara bertalu-talu ke arah BoBoiBoy Tanah dan Ying. BoBoiBoy Petir pantas menghancurkannya dengan Tetakan Pedang Petir. Selepas mendapat arahan, BoBoiBoy Angin melancarkan Tolakan Angin ke arah Raksasa Gurunda sehingga jatuh ke dalam gaung. Raksasa itu cuba bergelut dan ingin melepaskan diri, tetapi ditenangkan oleh Yaya. BoBoiBoy bercantum semula dan hairan melihat gula-gula getah, lalu diberitahu oleh Ying bahawa ia dilakukan oleh Gopal.

Gopal pula yang menyelamatkan anak Raksasa Gurunda

Gopal berjaya menyelamatkan anak Raksasa Gurunda.

Kelihatan Gopal masih bergelut dengan anak raksasa tersebut lalu secara tidak sengaja mencampakkanya ke dalam gaung. Mereka tampak terkejut lalu Gopal memberanikan dirinya terjun ke dalam gaung dengan misi menyelamatkan anak Raksasa Gurunda dengan bantuan Yaya. Atas keberanian Gopal, Raksasa Gurunda memaafkan perbuatannya dan menggigit tangan Gopal sebagai tanda amaran sebelum pergi meninggalkan mereka. Gigitannya meninggalkan kesan merah pada tangan Gopal.

KAHKAHKAHKAH Kena marah

Komander Koko Ci begitu marah dengan BoBoiBoy dan Gopal.

BoBoiBoy dan Gopal takut untuk menghadap Komander Koko Ci, yang memarahi mereka atas sebab kelakukan yang tidak matang, mengingkar arahan, tidak membaca maklumat misi, mengganggu haiwan dan gagal untuk mendapatkan Power Sphera. Sebagai hukuman kepada kadet-kadet muda itu, mereka tidak dibenarkan balik ke Bumi selagi tidak menjumpai Power Sphera. Gopal merayu untuk pulang dan menyuruh Ochobot untuk membuka teleportal ke Bumi dengan memberikan alasan bahawa ibunya telah memasak kari. Koko Ci menindas perbuatan Gopal kerana kehadiran Ochobot di sana adalah sebagai bantuan untuk mengesan Power Sphera yang perlu mereka cari. Ochobot turut berkata kepada Gopal untuk menyelesaikan misi mereka terlebih dahulu. Tambahan pula, dia perlu mengumpulkan tenaga untuk menggunakan kuasa teleportnya. Lalu BoBoiBoy bercadang untuk berehat seketika dan menyambung misi mereka pada esok hari.

Lans koperal Yaya dan Ying

Gopal terkejut apabila mendapat tahu bahawa Yaya dan Ying mendapat pangkat Lans Koperal.

Komander Koko Ci berkata lagi bahawa Yaya dan Ying akan menolong mereka dalam misi di Planet Gurunda sebagai ahli baru TAPOPS. Gopal tidak berpuas hati kerana mereka menyertai pasukan TAPOPS tanpa bertarung dengan Lanun Angkasa. Komander Koko Ci mengucapkan tahniah kepada Lans Koperal Yaya dan Lans Koperal Ying, membuatkan Gopal terkejut melihat pangkat mereka lebih tinggi darinya. Apapun, BoBoiBoy mengujar terbaik melihat gelagat mereka dan Yaya dan Ying gembira atas pelantikan mereka. Tidak jauh dari mereka, kelihatan terdapat pokok kaktus yang berlalu pergi dari situ.

Perbezaan dengan Versi Komik[]

  • Dalam siri, Yaya dan Ying menghubungi BoBoiBoy untuk memberi amaran kepadanya tentang bahaya yang akan berlaku pada Gopal manakala dalam versi komik, hanya Ying yang menghubungi BoBoiBoy.
  • Dalam siri, anak Raksasa Gurunda menggigit tangan Gopal pada bahagian jari dan dalam versi komik, anak Raksasa Gurunda menggigit tangan Gopal pada bahagian lengan.
  • Dalam versi komik, Ying menggunakan kuasanya untuk memperlahankan masa di sekitar BoBoiBoy Petir untuk memudahkannya memotong duri-duri yang ditembak oleh Raksasa Gurunda, namun tidak ditunjukkan dalam siri.
  • Dalam versi komik, BoBoiBoy Angin dan Yaya menyerang Raksasa Gurunda secara serentak manakala dalam siri, hanya BoBoiBoy Angin yang menyerang Raksasa Platipah.
  • Dalam siri, Raksasa Gurunda menjerit "My baby!" ("Bayiku!") semasa Gopal dan anaknya jatuh dari tebing. Tetapi dalam versi komik, Raksasa Gurunda menjerit "Anak aku!" semasa babak ini.

Watak[]

Trivia[]

  • Tidak seperti dua episod sebelumnya, episod ini dimuat naik ke YouTube dalam versi penuh. Bermula dari episod ini juga, episod-episod seterusnya dimuat naik dalam versi penuh.
  • Episod ini menandakan kemunculan sulung Yaya dan Ying dalam siri BoBoiBoy Galaxy.
    • Ia juga didedahkan bahawa ketiadaan mereka dalam dua episod sebelumnya adalah kerana mereka melancong ke tempat lain.
  • Dalam episod seterusnya, pokok kaktus yang muncul di akhir episod ini didedahkan ialah Cattus.
  • Episod ini awalnya bertajuk "Kembara Planet Gurunda". Ia dipendekkan menjadi "Raksasa Gurunda" selepas musim pertama berakhir.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Raksasa Gurunda (episod)

Video[]

Advertisement