FANDOM


Gergasi Cattus merupakan episod keempat siri BoBoiBoy Galaxy. Ia disiarkan di TV3 pada 16 Disember 2016 dan di MNCTV pada 4 Februari 2017.

Ringkasan

BoBoiBoy, Gopal, Yaya dan Ying serta Ochobot meneruskan misi mencari Power Sphera, tetapi bertemu dengan makhluk-makhluk kecil di sepanjang jalan.

Watak

Watak Baik

Geng BoBoiBoy

TAPOPS

Watak Penolong

Watak Jahat

Geng Adu Du

Watak Kecil

Plot

Kelihatan di ruang angkasa Planet Gurunda, kapal angkasa milik Adu Du masih lagi mengesan kedudukan tempat Power Sphera yang ada di planet itu. Namun begitu, disebabkan oleh kelewatan Komputer untuk menjumpai Power Sphera dengan alasan memerlukan lebih masa, lantas Adu Du naik berang. Probe yang kemudiannya menyusul, menenangkan bosnya dengan ujaran "Bago Go Shop kan ado~", lalu membuka siaran televisyen.

Posferon Go Bagogo X9 Go

Bago Go menawarkan produk pengesan Power Sphera.

Bago Go pun muncul pada skrin dan kali ini dirinya ingin mempromosikan dan menjual alat untuk menjejak Power Sphera atau lebih dikenali sebagai Posferon Go: Bago Go X9-Go dengan percuma. Tawaran Bago Go kian mengejutkan Adu Du dan Probe tetapi Bago Go mengenakan syarat bahawa untuk memperolehi alatan tersebut adalah dengan menelefon dirinya dalam masa yang terhad. Tanpa membuang masa Adu Du menghubungi Bago Go dan memesan barangan tersebut. Pada masa yang sama, Bago Go mengistiharkan alatan tersebut hak milik kepada Adu Du. Seakan-akan ada udang di sebalik batu dan dikenali dengan sebagai penipu, Bago Go mengatakan bahawa gajet tersebut tidak boleh berfungsi tanpa bateri khas lalu menjualnya dengan harga RM 80 Juta, 80 sen yang mengakibatkan Adu Du terkejut lalu pengsan.

Bago Go Shop di TV

Bago Go menawarkan harga percuma.

Malam menjelmakan di Planet Gurunda, Probe dalam mod Kereta membawa Adu Du yang tengah pengsan sebelum sedar dan melihat bahawa Posferon Go: Bago Go X9-Go yang dibelinya berfungsi dan menanyakan bilakah dia membeli bateri khas itu. Probe dengan senang hati menjawab pertanyaan bosnya bahawa semasa dirinya pengsan, dia menggunakan kad kredit plutonium lalu membelinya. Jawapan Probe tampak mengejutkan dirinya lalu membebel bahawa hutangnya makin bertambah, tetapi Probe memberi alasan sekurangnya gajet itu berfungsi.

Sementara itu, di lokasi berbeza BoBoiBoy dan rakan-rakannya sedang berkhemah dan kelihatan Gopal sedang mengengam batu lalu menukarnya kepada Cekodok Coklat dan menawarkannya kepada mereka tetapi ditolak oleh Ying dan Yaya atas alasan mereka membawa bekal sendiri. BoBoiBoy yang duduk di sudut lain mula mengeluh bahawa sudah 2 hari mereka menjejaki Power Sphera namun gagal. Yaya terus menyambung hujah BoBoiBoy dan mengasihani Ochobot yang kepenatan kerana sering sahaja menggunakan kuasanya untuk mencari Power Sphera.

Tiba-tiba, bunyi aneh kedengaran di kawasan perkhemahan dan menakutkan mereka sebelum melihat pokok kaktus. Pokok kaktus tersebut bergerak dan mendedahkan identiti seekor kucing lalu mengejutkan BoBoiBoy dan Gopal serta menawan hati Ying dan Yaya. Ying dan Yaya cuba mengusap kucing tersebut tetapi Gopal bertindak menghalaunya. BoBoiBoy berkata tidak mengapa lalu menawarkan airnya kepada kucing tersebut. Walaupun ditentang sekerasnya oleh Gopal tetapi BoBoiBoy meneruskan niatnya. Kucing itu minum airnya tersebut sehingga habis.

Sesudah minum, gelagat kucing itu yang menjilat tubuh badannya menawan kembali hati Ying dan Yaya dan berhasrat untuk membelanya. Tetapi Yaya perasan akan kewujudan loceng di lehernya dan mengatakan mungkin kucing ini mempunyai tuan. Gopal pula bertindak memarahi kucing tersebut sebelum bertukar agresif dan menyerang Gopal. BoBoiBoy perasan perkara itu, mengujar "terbaik" dan tiba-tiba lagi, jam kuasanya rosak pula. Pada masa yang sama, Adu Du telah mendekati sasarannya lalu berhenti di hadapan sebuah gua. Alat tersebut mununjukkan kehadiran Power Sphera dalam gua tersebut dan mengarahkan Probe untuk mengeluarkan alat untuk menangkap Power Sphera. Setelah memilih alat sesuai mereka memasuki gua tersebut lalu diserang oleh mahluk misteri.

Gua seram ada beruang gurun

Mereka mencari Power Sphera di dalam gua.

Pagi menjelmakan di Planet Gurunda dan BoBoiBoy bersama rakan-rakannya sampai ke gua tersebut dan Ochobot mula mengesan Power Sphera namun gagal kerana isyarat Power Sphera itu semakin lemah. Keadaan gua tersebut menakutkan mereka kerana dipenuhi oleh kesan cakaran, tembakan laser dan alat pemburuan. Kemudian, mereka mendengar suara misteri dari gua tersebut yang menambahkan ketakutan mereka. Kemudian satu lembaga muncul di mulut gua sebelum rebah di hadapan, mereka semua terkejut lalu pergi membantu lembaga tersebut. Lembaga tersebut adalah mahluk asing tempatan yang kehausan dan datang ke arah mereka untuk meminta seteguk air lalu Ying menawarkan airnya kepada pakcik kaktus tersebut.

Pakcik YB Pak Pok Kat

Penghulu Kampung Kaktoi memperkenalkan diri.

Ochobot sempat mengimbas pakcik itu dan mengetahui bahawa pakcik itu adalah penduduk asli di Planet Gurunda. Setelah mengimbas, pakcik itu kembali bertenaga lalu mengucapkan terima kasih kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan yang dipanggillnya "anak-anak pokok". Kemudian, BoBoiBoy menanya siapa dan apa yang pakcik tersebut lakukan di tempat begitu. Pakcik itu memberitahu namanya iaitu Waibi, Yang Berduri dan kemudian keturunannya dengan panjang lebar yang teramat. Penjelasannya jelas sekali membuat BoBoiBoy dan kawan-kawan menjadi blur, sehinggakan Gopal tertidur seketika.

Selepas selesai penjelasan, Pakcik Waibi pula menanya siapa "anak-anak pokok", lalu BoBoiBoy memberitahu namanya dan kawan-kawannya. Lalu, BoBoiBoy bertanya tujuan Pakcik Waibi datang ke situ, dan dijelaskan oleh Pakcik Waibi bahawa dia ke situ dengan misi mencari bantuan luar kerana kampungnya telah diserang! Pakcik Waibi merayu kepada BoBoiBoy dan Gopal untuk membantunya, sehinggakan dia memeluk BoBoiBoy dan Gopal dengan erat dan membuatkan mereka berdua meronta-ronta kesakitan dengan duri-duri dari Pakcik Waibi yang melekat ke seluruh tubuh mereka berdua.

BoBoiBoy bersetuju untuk membantu lalu Pakcik Waibi menurunkan BoBoiBoy dan Gopal dan berasa sangat gembira lalu mengajak mereka ke kampungnya sebelum matahari terbenam. Setelah keluar dari gua tersebut, Gopal sempat menanya jarak kampung pakcik itu, lalu Pakcik Waibi menjawab "jauh nak", diikuti dengan kata-kata selamat datang ke Kampung Kaktoi. Rupa-rupanya, kampung Pakcik Waibi dekat sahaja dengan gua tadi.

Pemandangan Kampung Kaktoi

Pemandangan Kampung Kaktoi.

Setelah memasuki kampung tersebut, keadaan sunyi membingungkan BoBoiBoy lalu bertanya akan keberadaan penduduk lain dan Pakcik Waibi memberitahu bahawa mereka semua telah berlari ke arah bukit untuk mencari perlindungan, sambil tangannya menunjukkan sebuah bukit. Kemudian, seorang anak Pakcik Waibi berlari ke arahnya dalam keadaan tergesa-gesa dan memberitahu bahawa satu lagi rumah telah diserang! Berita itu mengejutkan mereka semua lalu bergegas ke lokasi tersebut. Setelah meneliti kawasan kemusnahan, mereka sempat menanyakan gerangan si penyerang lalu anak pakcik itu menjawab bahawa semua perkara ini terjadi angkara "Raksasa Gurunda".

BoBoiBoy bertanyakan tentang mahluk itu kepada Pakcik Waibi tu lalu dibalas dengan panjang lebar dari pagi hingga ke petang hari yang mengatakan kehadiran raksasa tersebut kerana kehausan. Pakcik Waibi terus menyambung hujahnya dan mengatakan sumber air raksasa itu datang daripada pokok-pokok kaktus namun kini, pokok-pokok kaktus itu telah bertukar menjadi getah-getah aneh. Ia mengejutkan mereka lalu menjurus perbuatan mereka dua hari lepas yang menukarkan pokok kaktus kepada gula-gula getah untuk memerangkap Raksasa Platipah. Gopal sempat menyoal perbuatan tersebut angkara siapa tetapi disapa oleh Ying yang itu adalah kerja Gopal sebenarnya, lalu dibalas lagi oleh Gopal bahawa Ying yang menyuruhnya menukarkan pokok-pokok itu.

Pakcik Waibi itu mula mengesyaki sesuatu, tetapi dicelah oleh BoBoiBoy yang berazam ingin menangkap raksasa berkenaan. Seluruh penduduk kampung Kaktoi kegembiraan lalu memeluk Gopal sebagai ucapan terima kasih. Yaya sempat bertanyakan akan cara mereka menangkap Raksasa tersebut lalu disambut oleh Ying yang mempunyai idea. Di lokasi berbeza dalam kapal angkasa Adu Du, Adu Du dan Probe telah pulang dari berburu dalam keadaan berbalut dan segera menyuruh Komputer untuk menelefon Bago Go tetapi Bago Go pula telah muncul di skrin komputernya tanpa panggilan Adu Du.

Umpan air untuk raksasa

Air digunakan untuk mengumpan raksasa.

Adu Du segera bertanyakan senjata terbaik untuk menangkap binatang buas lalu Bago Go dengan senang hati menjawabnya iaitu keberanian lalu mempromosikan Kismis Minda Pak Goro. Adu Du tampak marah lalu menolak dan inginkan senjata yang canghih dan sanggup berhutang demi Power Sphera. Setelah berjam-jam menunggu Raksasa Gurunda muncul mereka meneliti kembali rancangan mereka agar tidak gagal lalu Yaya perasan akan kehadiran kucing tadi sedang minum diperangkap mereka lalu BoBoiBoy bergegas ke arahnya dan cuba mengusirnya namun sempat di beri amaran oleh penduduk di situ akan kehadiran raksasa itu. BoBoiBoy terkejut dan tercari-cari di mana raksasa itu berada. Lantas Pakcik Waibi mengatakan bahawa kucing itu adalah raksasanya. Secara tiba-tiba muncul di sebelah kucing itu diikuti dentuman bunyi senjata api.

Adu Du menembak

Adu Du cuba menembak Cattus.

Di celahan batu, Adu Du sedang mengendali selaras sniper lalu mengeluh akan tembakannya. BoBoiBoy perasan akan tindakan Adu Du dan cuba untuk menghentikannya. Namun Adu Du berkeras dan menginginkan Power Sphera itu yang mengejutkan Ochobot lalu mengimbas kucing itu. BoBoiBoy tampak geram akan perbuatan Adu Du lalu cuba untuk berubah namun jamnya masih lagi rosak lalu Adu Du mengambil posisi dan menembak kucing itu dengan Tembakan Dart Pelemah tetapi diselamatkan oleh BoBoiBoy yang akhirnya mengenai dirinya. Dalam keadaan lemah beliau berjaya menyelamatlan kucing tersebut.

BoBoiBoy ditembak untuk menyelamatkan Cattus

BoBoiBoy menyelamatkan Cattus dari ditembak.

Kucing itu tampak marah dan menjadi agresif serta membesar lalu mncuba untuk menyerang Adu Du, Adu Du bertindak melepaskan dua tembakan damak penenang namun kucing tersebut akan imun dengan serang itu lalu gagal. Pada masa yang sama, setelah mengimbas kucing itu Ochobot menyuruh Ying dan Yaya untuk mempertahankan kucing itu tetapi dihalang oleh Probe yang bertukar mod dan melancarkan kesemua peluru berpandu ke arah mereka. Tetapi Ying dan Yaya mampu menandingi peluru tersebut lalu meninggalkan Gopal untuk menyelesaikannya. Gopal bertindak mengubah peluru itu kepada gula-gula getah lalu mengenai pokok kaktus dan turut mengubahnya. Penduduk tempatan berang akan aksi Gopal lalu memarahinya.

Pada masa yang sama, pertarungan antara Ying dan Yaya dengan Mecha Probe kian rancak namun dapat dikalahkan oleh Mecha Probe dengan Tembakan Tenaga Pengikat yang mengikat mereka dan melemahkan mereka. Sementara itu, kucing itu ingin menyerang Adu Du namun dapat dihalang oleh Probe dengan pengikat buat sementara tetapi naluri kucingnya aktif yang menjadi Probe seakan-akan permainan baginya.

BoBoiBoy dalam keadaan lemah melihatnya dan mengatakan memang macam kucing yang didengari oleh Adu Du dan mendapat satu idea. Adu Du mengumpan kucing itu dengan pancaran laser menuju ke perangkapnnya. Setelah berada di kawasan perangkap, satu objek misteri muncul yang melepaskan jaring lalu Adu Du bertindak mengatifkan Kuasa eletrik yang melemahkan kucing itu dan mengubahnya kepada normal. BoBoiBoy pula tidak ingin berputus asa lalu berhasrat untuk berubah, walaupun jam kuasanya masih tidak berfungsi tetapi dia mampu untuk berpecah kepada tiga dengan BoBoiBoy Angin menolak Adu Du menjauhi kucing itu.

Cattus diperangkap dan kena karen

Cattus berjaya diperangkap oleh Adu Du.

Adu Du berang lalu mengarahkan Probe menghapuskan mereka. Mecha Probe bertindak melepaskan Tembakan Tenaga Pengikat tetapi dapat diatasi oleh BoBoiBoy Petir Tetakan Pedang Petir kepada Mecha Probe, merosakkan alatannya dan merenjatnya. Adu Du mengambil kesempatan itu untuk mencapai kucing tersebut tetapi dihalang oleh BoBoiBoy Tanah lalu mengenakan Tanah Tinggi, Bertubi-tubi ke arah Adu Du dan Probe, melancarkan mereka ke udara lalu mengalahkannya. Senja menjelma di Planet Gurunda, pokok gula-gula kaktus berjaya ditukarkan semula oleh Gopal. Pakcik Waibi berterima masih kepadanya, seraya menasihatinya supaya jangan buat lagi.

Ucapannya juga disertai dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatan itu lagi. BoBoiBoy dengan penuh kebingungan menanya, kenapa Adu Du mengatakan tentang Power Sphera sebentar tadi, lalu Ochobot menyuruhnya untuk melihat apa terikat di leher kucing itu. BoBoiBoy menyangka bahawa itu adalah loceng, namun dijawab oleh Ochobot bahawa ianya bukanlah sebarang loceng dan itulah Power Sphera yang dicari-cari oleh BoBoiBoy dan kawan-kawan! Power Sphera itu mula bersuara dan memperkenalkan dirinya sebagai BellBot, iaitu Power Sphera yang mempunyai Kuasa Transformasi Pembesaran. BoBoiBoy bertanya mengapa tidak BellBot memberitahu kepadanya sewaktu berjumpa pada malam sebelumnya, dan jelas BellBot, dia mempunyai anggapan yang BoBoiBoy dan kawan-kawan adalah pemburu Power Sphera yang jahat.

BellBot bagitahu perkara sebenar

BellBot memperkenalkan diri sebagai Power Sphera.

BellBot kemudiannya menceritakan kisahnya dengan Cattus; makhluk pertama yang dijumpainya. BellBot dan Cattus sentiasa bersama, namun disebabkan oleh BellBot sering diburu, jadi Cattus diberikan Kuasa Pembesaran untuk menghadapi musuhnya. BoBoiBoy sempat mempelawa BellBot untuk mengikut mereka pulang, tetapi ditolak kerana mereka perlukan antara satu sama lain. Ying mula berkata, semestinya Komander Koko Ci akan memarahi mereka kerana tidak dapat membawa pulang Power Sphera BellBot. Tetapi BoBoiBoy yakin, pasti Komander Koko Ci akan memahami keadaan. Ochobot juga turut gembira atas selesainya misi pertama, lalu mengajak yang lain pulang ke Bumi.

Cattus ikut balik

Cattus ikut mereka pulang walaupun pada asalnya BellBot mengatakan Cattus tidak boleh ikut.

Ochobot pun membuka teleportal yang akan membawa dirinya dan yang lain pulang ke Bumi. BoBoiBoy dan Pakcik Waibi pun sama-sama mengucapkan bye-bye. Setibanya mereka di kapal angkasa Cici Ko, Gopal lega apabila dia tidak perlu melihat kucing ganas (Cattus) lagi. Namun, tiba-tiba kedengaran suara BellBot dan BoBoiBoy berasa terkejut apabila mendapati Cattus mengikuti mereka pulang. Tampaknya, Cattus menyukai akan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Pada masa yang sama, datanglah Komander Koko Ci dan mengucapkan syabas atas kejayaan misi ahli-ahli pasukannya. Namun ketika berjalan, Cici Ko secara tidak sengaja terpijak ekor Cattus. Hal ini membuatkan Cattus berang dan mengamuk di dalam kapal angkasa Cici Ko dan akhirnya bertukar menjadi saiz lebih besar. Melihat kejadian itu, Cici Ko memarahi ahli-ahlinya kerana membawa pulang raksasa ke dalam kapalnya.

Perbezaan dengan Versi Komik

  • Dalam versi komik, Adu Du ditunjukkan tidak memakai helmetnya ketika dia berada di atas Kereta Probe.
  • Dalam siri, cakaran Cattus meninggalkan kesan calar dan duri-duri pada muka Gopal namun dalam komik, hanya ditunjukkan kesan calar pada muka Gopal.
  • Dalam versi komik, Cattus mencuri makanan Gopal setelah mencakarnya namun tidak ditunjukkan dalam siri.
  • Versi komik tidak menunjukkan babak jam kuasa BoBoiBoy mengalami kerosakan selepas dia bertemu dengan Cattus.
  • Dalam versi komik, ketika BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying dan Ochobot berada di dalam gua untuk mengesan Power Sphera, net tenaga yang digunakan oleh Adu Du dijumpai oleh Ying manakala dalam siri net tenaga tersebut dijumpai oleh BoBoiBoy.
  • Dalam siri, net tenaga yang digunakan oleh Adu Du ketika pertemuan pertamanya dengan Cattus merupakan net rama-rama namun dalam komik net tersebut kelihatan seperti meriam yang menembak jaring.
  • Dalam siri, perangkap yang Adu Du set untuk Cattus adalah net yang dilemparkan ke Cattus dan mengalirkan elektrik pada tubuhnya manakala dalam versi komik, perangkap tersebut adalah bulatan yang menghantar empat tali untuk mengikat kaki Cattus dan mengalirkan elektrik pada tubuhnya.

Trivia

  • Episod ini awalnya bertajuk "Gergasi Comel Cattus". Ia dipendekkan selepas musim pertama diakhirkan.
  • "Raksasa Gurunda" yang disebutkan oleh Penduduk Kaktoi adalah tidak dikelirukan dengan Raksasa Gurunda yang sebenar, yang merupakan platipus gergasi yang dihadapi oleh Geng BoBoiBoy dalam episod sebelumnya.
  • Ini merupakan kali pertama Gopal dicakar oleh seekor kucing dalam BoBoiBoy Galaxy. Ia terus menjadi jenaka yang berterusan sepanjang siri ini.
  • Ini merupakan kali pertama Jam Kuasa BoBoiBoy mengalami kerosakan disebabkan ralat yang tidak diketahui.
  • Di Indonesia, terdapat video BoBoiBoy Galaxy Episod 4 di dalam DVD BoBoiBoy: The Movie sebagai bonus eksklusif yang boleh didapati di kedai KFC Indonesia sejak bulan Januari 2017.
  • Ini merupakan episod pertama dan satu-satunya yang tidak dimuat naik ke YouTube pada hari tayangan perdana di televisyen disebabkan oleh ia telah disiarkan di TV3.
  • Semasa babak BoBoiBoy Tanah menghasilkan Tanah Pendinding, suaranya diambil dari BoBoiBoy: The Movie.
  • Gopal memecah dinding keempat dengan menyingkirkan imej kaktus yang diubah.
  • Tiga babak dipotong dalam siaran Disney Channel Asia:
    • Punggung BoBoiBoy tersentak dengan Kelajuan Peningkat.
    • Pendekatan Adu Du menembak Cattus.
    • Adu Du menunjuk pistolnya ke arah Cattus selepas BoBoiBoy berpecah.
  • Ini merupakan episod pertama dimana Cattus bertukar menjadi raksasa dan mula mengamuk.

Galeri

Video


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy Galaxy | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Lelabah Kristal
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy: The Movie 2
Tempat
Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba
Soundtrack

BoBoiBoy

Lagu Tema BoBoiBoy | Bersedia | BoBoiBoy dan Kawan-kawan | Adu Du dari Planet Ata Ta Tiga | Ketibaan di Pulau Rintis | Rumahku Syurgaku | Bahaya Akan Berlaku | Serangan Adu Du! | Pertarungan Bermula! | Kemarahan Adu Du | Lari dan Sembunyi! | Eksperimen Gila | BoBoiBoy Hero Kita | Bilik Penyeksaan | Kebangkitan BoBoiBoy Halilintar | Kemuliaan Papa Zola | Pemain Retro | Kata-kata Terakhir Papa Zola | Seguni Mawar Merah | Ketibaan BoBoiBoy Taufan | Azroy & Sasha Bersatu | Selamat Tinggal BoBoiBoy | Lagu Tema BoBoiBoy (Inggeris) | Bersedia (Inggeris) | Tema Utama (Instrumental) | Bersedia (Instrumental) | Tema BoBoiBoy Halilintar | Tema Papa Zola | Tema BoBoiBoy Taufan | Tema Fang | Tema BoBoiBoy vs Fang | Tema Kucing Sewel | Tema Ejo Jo | Tema BoBoiBoy & Kawan-kawan | Tema Trio Kebenaran | Tema Wak Baga Ga | Tema Rob, Robert & Roberto Santana | Tema Pertarungan Di Bulan | Tema Permainan Papa Zola | Tema Mama Zila | Tema Kumpulan Gerombolan Kejahatan | Tema BoBoiBoy Api | Tema BoBoiBot | Tema BoBoiBoy vs BoBoiBot | Tema BoBoiBoy Air | Tema Kapten Kaizo | Tema Teaser BoBoiBoy: The Movie

BoBoiBoy: The Movie

Pasukan Tengkotak | BoBoiBoy Superhero Kita | Mencari Klamkabot | Markas Kotak | Tibanya Tengkotak | Empayar Bisnes Mencandat Sotong Kebenaran | Masih Di Sini (Instrumental) | Sfera Kuasa Generasi Pertama | Kilang Sfera Kuasa | J-Rex Mengganas | Gaga Naz Menyerang | Klamkabot Ditangkap | Lab Sfera Kuasa | 2 Sfera 1 Kuasa | Setiakawan | Teleportasi Diaktifkan | Bora Ra Menyerang | Maafkan Aku Ochobot | Aku Akan Tamatkan Semua Ni | Lohong Hitam Gargantua | Bersama Kita Berjuang | Selagi Kita Bersama | Di Bawah Langit Yang Sama (Instrumental)

BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Dan Kawan-Kawan | Kapten Separo Dan Lanun Angkasa | Pertarungan Bermula | Adu Du Dan Konco Kejahatan | Misi Penyamaran Tapops | Ancaman Alien | Lepaskan Kuasamu | Pertarungan Sengit | Selamatkan Power Sphera | Kembara Ke Planet Gurunda | Tema BoBoiBoy Cahaya | Tema BoBoiBoy Daun | Pertarungan Terakhir (Kapten Kaizo, Halilintar & Jugglenaut) | Kekalahan BoBoiBoy | Tema BoBoiBoy Solar
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy