Fandom

BoBoiBoy Wiki

Galaxy Episod 5

403laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share
BoBoiBoy Galaxy Musim 1 Episod 5
BoBoiBoy Daun.png
Tarikh
diterbitkan
23 Disember 2016 (TV3 dan YouTube Monsta)
11 Februari 2017 (MNCTV Indonesia)
Durasi
tayangan
22:46
Panduan Episod
Sebelumnya
Galaxy Episod 4
Seterusnya
Galaxy Episod 6

Ini merupakan episod kelima BoBoiBoy Galaxy. Previu episod ini dimuat naik ke YouTube pada 21 Disember 2016, manakala tayangan perdana di TV3 adalah pada 23 Disember 2016. Episod ini turut disiarkan di MNCTV Indonesia pada 11 Februari 2017.

Plot

MotoBot bertanya kepada Komander Koko Ci tentang keadaan kapal angkasa mereka. Cici Ko berkata bahawa enjin kapal angkasa hampir siap dan hampir dicaj sepenuhnya. MotoBot berasa gembira kerana mereka dapat kembali ke Stesen Angkasa TAPOPS tidak lama lagi. Cici Ko juga tidak sabar untuk memperkenalkan BoBoiBoy kepada anggota-anggota TAPOPS yang lain. MotoBot juga bertanya tentang misi untuk BoBoiBoy dalam masa terdekat, namun Cici Ko mengatakan bahawa biarlah mereka berehat sebelum berlepas ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Sementara itu di angkasa lepas, pirate minion memberitahu kepada Kapten Separo bahawa mereka akan tiba di Bumi tidak lama lagi. Kapten Separo berpuas hati apabila cangkuk lamanya membantu untuk mencari lokasi BoBoiBoy di Bumi. Dia menyatakan ketidakpuashatiannya kepada BoBoiBoy yang menggagalkan rancangannya untuk mendapatkan Power Sphera. Lalu, dia mengarahkan anak-anak kapalnya untuk bergerak lebih laju.

Di Bumi, BoBoiBoy bertanya kepada Ochobot tentang keadaan jam kuasa yang seolah-olah rosak. Ochobot sendiri tidak pasti tentang keadaan tersebut. Ochobot cuma menyatakan bahawa perkara itu terjadi sejak BoBoiBoy menjalankan misi di Planet Gurunda. Gopal mencadangkan agar BoBoiBoy menukar jam baru, tetapi Ochobot marah terhadap Gopal kerana bercakap perkara yang tidak boleh dilakukan olehnya. BoBoiBoy menyuruh Ochobot memperbaiki jamnya kerana ia boleh mengganggu misinya yang akan datang. Yaya menyampuk dan berkata mereka ada. Ying pula dengan kehebatannya, semua misi boleh selesai. Gopal yang menyampah dengan sikap Ying menyuruh Ying mengambil BellBot dari Cattus. Ying membalas dengan berkata Cattus akan mengamuk. Gopal dan BoBoiBoy terus berkata "kata hebat!".

Cattus datang ke kaki BoBoiBoy. BoBoiBoy mula perasan bahawa Cattus berasa lapar. Gopal menukarkan barang di Tok Aba's Kokotiam menjadi makanan kucing. Anehnya, Cattus tidak mahu makan makanan tersebut. BoBoiBoy berasa pelik. Gopal merungut lalu memakan makanan kucing tersebut dengan alasan lapar. Yaya bertanya kepada BellBot tentang makanan Cattus, namun BellBot sendiri tidak tahu apa yang Cattus makan, dengan alasan sentiasa menghadap ke belakang. Yaya merasakan bahawa Cattus inginkan ikan segar. BoBoiBoy kemudian mengajak mereka semua ke jeti untuk mencari ikan segar. Sebelum bergerak, Gopal memarahi Cattus kerana terlalu cerewet, lalu Cattus terus menyerang Gopal.

Di Jeti Pulau Rintis, Pakcik Mat bersama Papa Zola sedang memancing. Pakcik Mat mengeluh kerana tiada ikan yang memakan umpannya, namun Papa Zola membidasnya dengan mengatakan bahawa mata kail yang bersalah. Kemudian, Papa Zola mendapat seekor lagi ikan dengan menggunakan Cangkuk Kapten Separo yang dijumpainya. Pakcik Mat berasa marah dan tidak berpuas hati dengan Papa Zola kerana menggunakan mata kail alien. Papa Zola mengejeknya dan mengambil gambar swafoto bersamanya.

Tiba-tiba, Papa Zola dipanggil oleh seseorang dan dia adalah BoBoiBoy yang datang bersama Ying, Yaya dan Cattus. Papa Zola gembira melihat anak muridnya yang sudah besar. Kemudian, Gopal datang dalam keadaan berbalut dan luka akibat diserang Cattus tadi. Papa Zola berasa kesian terhadap Cattus yang lapar. Yaya meminta Papa Zola untuk memberikan ikan segar kepada Cattus, namun Papa Zola menyuruh mereka untuk menangkap sendiri. Papa Zola memberikan joran kepada Cattus dan menyatakan bahawa dia boleh menyara diri jika mengajar Cattus untuk menangkap ikan. Cattus berlari ke arah bakul ikan Papa Zola dan memakan bakul tersebut dan ikan-ikan di dalam bakul telah jatuh ke dalam sungai.

Mereka terkejut melihat Cattus yang memakan bakul tersebut. Yaya berpendapat bahawa Cattus suka makan kayu, tetapi mungkin hanya kayu rotan. Papa Zola kecewa kerana usahanya untuk menangkap ikan dari subuh hanya sia-sia. Cattus terus pergi ke Papa Zola dan menyukai dia. Papa Zola kemudian menjadikan Cattus sebagai kucing angkatnya. BoBoiBoy tidak setuju kerana Cattus adalah kucing kepunyaan mereka. Papa Zola menggunakan cangkuk lama Kapten Separo untuk bermain dengan Cattus. BoBoiBoy ingin tahu dari mana Papa Zola mendapat cangkuk tersebut, lalu Papa Zola menjawab berhampiran Tok Aba's Kokotiam. Gopal mula berasa takut kerana mengesyaki bahawa cangkuk itu merupakan kepunyaan Kapten Lanun.

Papa Zola tidak mahu terima bahawa cangkuk itu kepunyaan orang lain dan menyatakan bahawa cangkuk itu kepunyaannya. Tiba-tiba, kapal angkasa Kapten Separo tiba di jeti. Pakcik Mat melarikan diri dari tempat tersebut. Kapten Separo bertanya siapa yang mengambil cangkuk lamanya. Papa Zola memberi cangkuk tersebut kepada Gopal dan tidak mahu mengaku bahawa dialah yang ambil. Pada masa yang sama, MotoBot memberitahu kepada Cici Ko bahawa isyarat Kapten Separo telah muncul. Cici Ko yang terkejut terus memberitahu Ochobot dan Tok Aba. Tok Aba berkata bahawa beliau tahu tempat yang paling selamat.

BoBoiBoy bertanya pada Kapten Separo apa lagi yang dia mahu, dan Kapten Separo menempelak BoBoiBoy disebabkan soalan tersebut. Dia bertanya tentang Power Sphera MotoBot dan Ochobot dengan nada marah. Tiba-tiba, konco Kapten Separo memberitahu bahawa MotoBot dan Ochobot berada di depan lagi dan di situ hanya terdapat BellBot. Mendengar maklumat tersebut, Kapten Separo mengarahkan konco-konconya untuk mendapatkan BellBot sementara dia pergi mendapatkan MotoBot dan Ochobot. Lalu, konco-konconya mula turun ke jeti. Kapal angkasa Kapten Separo dilihat ingin bergerak ke lokasi Ochobot dan MotoBot.

BoBoiBoy menyatakan bahawa Kapten Lanun perlu dihalang, namun Gopal membalas lanun-lanun mula menyerang. BoBoiBoy mengarahkan kawan-kawannya untuk melindungi BellBot sementara beliau berlawan dengan Kapten Separo. BoBoiBoy terus bergerak dari situ menggunakan kuasa angin. Yaya mengikut BoBoiBoy kerana merasakan bahawa beliau perlu membantu BoBoiBoy. Gopal ingin mengikut BoBoiBoy, namun pirate minion telah mula menyerang mereka. Ying telah menggunakan kuasa slow-mo untuk menolong Gopal dan Papa Zola daripada diserang musuh.

Sementara itu, Kapten Separo berasa optimis untuk mendapatkan Power Sphera tersebut. Tiba-tiba, Kapten Lanun diserang oleh Yaya dan BoBoiBoy. Mereka menyerang menggunakan kuasa Bebola Angin dan Tumbukan Padu secara bertubi-tubi. Yaya dan BoBoiBoy kemudian diserang balas oleh pirate minion. Yaya mengarahkan BoBoiBoy untuk mendarat di atas kapal angkasa tersebut. Mereka berdua terus menuju ke kapal angkasa tersebut.

Kapten Separo yang tidak berpuas hati mengambil alih meriam dan menembak ke arah Yaya. BoBoiBoy yang sedar akan perkara tersebut terus bertukar ke BoBoiBoy Tanah dan menggunakan kuasa Bebola Pelindung untuk menyelamatkan Yaya. Mereka berdua selamat mendarat di atas kapal angkasa tersebut. BoBoiBoy bertanyakan keadaan Yaya dan Yaya berkata beliau dalam keadaan baik. Kemudian, BoBoiBoy bertukar menjadi BoBoiBoy Petir dan menyerang Kapten Separo.

Pada masa yang sama, di jeti, Gopal berjalan dengan muka mengejek di sekeliling pirate minion yang tidak bergerak kerana kuasa slowmo Ying. Ying memarahi Gopal kerana tidak menyerang mereka. Papa Zola menjawab tidak perlu terburu-buru sambil berehat di atas kerusi rehat dan meminum air kelapa. Gopal mengatakan kepada pirate minion bahawa beliau akan menukarkan mereka kepada sarapan beliau. Papa Zola yang mendengar kata-kata Gopal memesan roti canai telur. Gopal menjawab beliau inginkan nasi lemak. Papa Zola bersetuju dan menyuruh Gopal menukarkannya menjadi sambal sotong dan sambal kerang.

Ketika Gopal baru sahaja ingin beraksi, Ying telah kehabisan tenaga dan pirate minion telah berjaya mendarat di atas jeti tersebut. Ying memarahi Gopal kerana sengaja bergerak lambat. BellBot menyuruh Cattus menolong mereka, tetapi Cattus tidak berminat untuk membantu. Tiba-tiba, Gopal mendapat idea untuk menukarkan pirate minion menjadi bakul-bakul ikan. Cattus terus terliur dengan bakul tersebut dan menyerang mereka. Sementara itu, di Tok Aba's Kokotiam, Tok Aba menyorok bersama Cici Ko dan dua lagi Power Sphera di dalam meja kedai. Power-Power Sphera mula takut.

Kapal angkasa Kapten Separo tiba di atas Taman Pulau Rintis dan kelihatan BoBoiBoy Petir sedang berlawan dengan Kapten Separo. Yaya menggunakan kuasanya untuk mengangkat pirate minion dan menghempaskannya di atas kapal angkasa Kapten Separo. Selepas itu, BoBoiBoy mengatakan kepada Kapten Separo bahawa Kapten Separo sudah kalah. Kemudian, terdengar jeritan kegembiraan dari bawah yang mengatakan mereka sudah menang. Papa Zola menyuruh alien durjana itu balik sahaja. Cici Ko yang yakin dengan kemenangan tersebut menyuruh semua keluar.

Perbezaan dengan Versi Komik

Trivia

Hero Type - Elemental.jpg
  • Elemen Daun tidak sepatutnya menjadi elemen baru yang diperoleh oleh BoBoiBoy sejak BoBoiBoy Thorn, iaitu bentuk tahap ke-2 bagi BoBoiBoy Daun telahpun muncul dalam BoBoiBoy: The Movie. Tambahan pula, maklumat tentang kuasa BoBoiBoy menunjukkan bahawa dia telahpun mempunyai tujuh elemen (Tanah, Angin, Petir, Api, Air, Daun dan Solar) dalam Episod 1.
    • Dalam BoBoiBoy: The Movie, walaupun BoBoiBoy telah menggunakan Kuasa Tujuh, hanya Bora Ra yang melihat ketujuh-tujuh pecahan elemen BoBoiBoy memandangkan dia yang diserang. Disebabkan oleh kemarahan BoBoiBoy yang teramat, kemungkinan BoBoiBoy boleh terlupa dengan dua elemen barunya (yang satunya lagi ialah Solar) sehinggalah BoBoiBoy menemukannya semula dan diperkenalkan secara rasmi.
    • Satu lagi sebab adalah kerana BoBoiBoy Galaxy menjadi reboot lembut dan kuasa elemen sedang diperkenalkan semula kepada penonton baru yang masih belum lagi menonton siri BoBoiBoy, iaitu siri yang asal.
  • Kapten Lanun Angkasa telah memberitahu namanya dalam episod ini, iaitu "Kapten Separo".
  • Ia telah didedahkan bahawa Cattus suka makan kayu rotan.
  • Ini adalah kali kedua Gopal dicakar oleh seekor kucing dalam BoBoiBoy Galaxy. Kali pertama ditunjukkan dalam Episod 4.
  • Ini adalah kali pertama Papa Zola mengambil gambar dalam siri BoBoiBoy Galaxy.
  • Episod ini telah menunjukkan Power Sphera yang digunakan oleh watak jahat iaitu HookaBot yang digunakan oleh Kapten Separo.

Galeri

Video


v - e - d
Logo boboiboy.png
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Multi-Monster | BoBoiBoy Halilintar | Papa Zola | Raksasa Tidur | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Robolabolabolabolabot Super King | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok

Tempat

Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Markas Kotak | Lorong Pak Senin Koboi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Ata Ta Tiga | Pulau Terapung | Planet Gurunda

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes

Lihat Juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak