BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Gegelung Api ialah salah satu kuasa BoBoiBoy Api. Ia digunakan untuk melilit badan musuhnya sama ada untuk memerangkapnya ataupun untuk menghancurkannya.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Pertama kali digunakan dalam BoBoiBot Bersedia, di mana BoBoiBoy Api mengikat BoBoiBot di udara dengan menambahkan Pemanasan Maksima dengan harapan menghancurkannya. Namun akibatnya, pemanasan haba menjadikan BoBoiBot berubah menjadi BoBoiBot Api. Seterusnya dalam Musuh Baru Dan Lama, BoBoiBoy Api melemparkan beberapa Gegelung Api terhadap Fang tetapi dia berjaya mengelak dari semua gegelung.

Dalam BoBoiBoy: The Movie pula, BoBoiBoy Api menggunakan beberapa Gegelung Api dengan saiz yang lebih panjang dan menambahkan Pemanasan Maksima yang lebih tinggi terhadap Bora Ra tetapi dia selamat selepas sempat melancarkan perisai pertempurannya untuk melindungi dirinya.

Kuasa[]

  • Pemanasan Maksima: BoBoiBoy Api menghasilkan gelombang haba dari Gegelung Api yang boleh dirasai bahangnya.

Galeri[]

Advertisement