FANDOM


Gerakan Kilat

Gerakan Kilat Galaxy

Gerakan Kilat Halilintar Galaxy

Penggunaan pertama: BoBoiBoy Musim 1, Episod 6 (2011)
Mengandungi kuasa: Kilat, halilintar dan petir
Digunakan oleh: BoBoiBoy Halilintar
Elemen: Halilintar
Sasaran: Tiada, kegunaan teknik ini hanya untuk bergerak dengan pantas
Gerakan Kilat adalah salah satu kuasa BoBoiBoy Halilintar yang digunakan untuk bergerak dengan amat pantas.

Penggunaan

BoBoiBoy Halilintar mula-mula mengumpulkan kuasa kilat pada kedua-dua kakinya, lalu mengerakkan dirinya ke arah musuh dengan kelajuan yang pantas seperti kilat.

Sejarah

BoBoiBoy Halilintar menggunakan kuasa ini untuk bergerak sepantas kilat. Ia pertama kali digunakan dalam Musim 1, Episod 6 dalam pertempuran dengan Super Probe dan rakan-rakannya di halaman rumah Tok Aba.

Dalam musim kedua, Gerakan Kilat lebih banyak digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar. Dalam Musim 2, Episod 3, teknik ini digunakan semasa kelas Pendidikan Jasmani, di mana BoBoiBoy cuba untuk memecut Fang dalam berlumba lari membawa telur dalam sudu tetapi akhirnya pemenangnya ialah Cikgu Papa.

Dalam Musim 3, Episod 1, kelemahan untuk teknik ini boleh dilihat dengan jelas iaitu apabila Ejo Jo melambatkan masa dengan Jam Kuasa Ying dan secara tidak langsung mematahkan teknik ini.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, teknik ini digunakan semula oleh BoBoiBoy Petir, tetapi dengan petir yang berwarna kuning. Kemudian teknik ini juga digunakan lagi oleh BoBoiBoy Halilintar selepas kemunculannya kembali dalam siri ini.

Trivia

  • Teknik Gerakan Kilat ini adalah jauh lebih pantas daripada Ying iaitu sebanyak 31.25%, oleh itu menjadi teknik terpantas dalam siri ini.
  • Teknik Gerakan Kilat juga digunakan untuk mengelabui musuh dan diserang bersama dengan kuasa lainnya selain bergerak dengan pantas.
  • Teknik ini merupakan antara teknik yang paling banyak digunakan oleh BoBoiBoy Halilintar.
  • Dalam Musim 3, Episod 24, BoBoiBoy Halilintar telah menggunakan satu lagi teknik yang kegunaannya hampir sama dengan Gerakan Kilat iaitu Pecutan Halilintar.

Galeri

BoBoiBoy

Musim 1

Musim 2

BoBoiBoy Galaxy