FANDOM


Gerakan Kombo BoBoiBoy
Boboiboy kuasa tiga 10.jpg
Penggunaan pertama Musim 1, Episod 9
Mengandungi kuasa Gabungan kombo antara kuasa Petir/Halilintar, Angin/Taufan, dan Tanah/Gempa
Digunakan oleh BoBoiBoy Petir/Halilintar, Angin/Taufan, dan Tanah/Gempa
Elemen Elemen Petir, Angin, dan Tanah
Sasaran Raksasa Tidur, Adu Du dan Robot PETAI

Gerakan Kombo BoBoiBoy adalah serangan kombo pertama yang dilakukan oleh ketiga-tiga BoBoiBoy.

Plot

Sejurus selepas bertukar besar, dia disasar dengan Gelombang Tidur raksasa itu, tetapi sempat menepis serangan itu dengan Keris Petir. BoBoiBoy mengingatkan Raksasa Tidur bahawa dia tahu semua serangannya. Raksasa Tidur mengejutkan musuhnya dengan Hikmat Tik-Tok Tik-Tok, yang mana dia mengayunkan seutas jam tangan untuk memukau BoBoiBoy hingga tidur. Gopal yang melihat ayunan jam itu sekali mudah terpukau dan bersumpah untuk mematuhi suruhan "tuannya". Kesan pukauan terhadap BoBoiBoy nampaknya berkesan, tetapi akhirnya wira cilik itu memecahkan diri daripada cengkaman kuasa memukau lalu berpecah jadi tiga. Oleh itu dengan mudah mereka bertiga menewaskan Raksasa Tidur dengan Gerakan Kombo: si angin mengangkat raksasa itu ke udara dengan Beliung Melambung, si tanah menyambutnya dari jatuh dengan Tanah Tinggi, Bertubi-tubi dan si petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar (yang diwarisi daripada peristiwa lalu diculik oleh Adu Du) untuk menidurkan Raksasa Tidur buat selamanya... dan akhirnya membangunkan mereka semua daripada mimpi.
Bbbkombo.jpg

Gerakan Kombo!

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak