FANDOM


Gijimo
Gijimo
Nama samaran Gijimo
Kuasa Tiada
Jantina Lelaki
Spesies Alien
Tarikh Lahir Tidak diketahui
Umur Tidak diketahui
Rambut Tiada
Mata Perang
Pekerjaan Penjenayah cetak rompak
Hobi Tidak diketahui
Disuarakan oleh Mohd Aizat Safwan Zulkifli (Bahasa Melayu)
Kemunculan Sulung BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 19: Penjenayah Cetak Rompak (2018)
Kemunculan Terakhir BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 19: Penjenayah Cetak Rompak (2018)
Bilangan Kemunculan BoBoiBoy Galaxy (1)
Status Hidup
Keluarga Tidak diketahui
Afiliasi CetakBot dan RompakBot (Sebelum ini)

Gijimo merupakan penjenayah yang sangat dikehendaki oleh TAPOPS kerana dikenali sebagai penjenayah cetak rompak. Dia pertama kali muncul dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 19.

Sejarah

Sejarah awal

Tidak diketahui tentang kehidupan awal Gijimo. Ini menunjukkan bahawa Gijimo adalah penjenayah cetak rompak yang dikehendaki oleh TAPOPS. Pada satu hari, dia telah menangkap EmotiBot untuk dibawa ke Emporium Gijimo di Planet Junkberg.

BoBoiBoy Galaxy

Suatu malam di Planet Junkberg, Gijimo sedang berurusniaga dengan seorang pelanggan alien di sebuah lorong tersembunyi. Pelanggannya menghulurkan sebungkus wang kepada Gijimo dan setelah berpuas hati mendengar bunyi wang di dalamnya, dia memberikan sebuah kotak yang berisi Power Sphera palsu kepada pelanggannya. Keesokannya di lokasi yang sama, Gijimo berurusniaga dengan seorang lagi pelanggan sambil mereka diperhatikan oleh Fang yang tidak sengaja melihat aktiviti mereka.

Setelah mereka beredar, Fang bertemu dengan pelanggan Gijimo tadi dan memaksanya untuk memberitahu lokasi markas Gijimo. Markas Gijimo kemudian didatangi Fang dan memberikan kata laluan kepada Gijimo. Setelah Fang bersama BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot memasuki ke dalam markas tersebut, Gijimo menampilkan dirinya di hadapan mereka dan menegaskan yang dia tidak pernah melihat mereka. Fang memberitahu bahawa dia ingin mendapatkan sesuatu yang istimewa daripadanya sambil menawarkan harga barang yang lumayan. Gijimo berubah fikiran lalu menyambut kedatangan mereka ke emporiumnya.

Fang menyatakan hasratnya untuk mendapatkan Power Sphera, lantas Gijimo memperlihatkan koleksi Power-Power Spheranya kepada mereka. Namun setelah diimbas, Ochobot mendapati bahawa ia bukan Power Sphera yang asli. Gijimo tetap cuba untuk meyakinkan mereka dengan jaminan bahawa kuasa mereka semua tetap sama. Lalu tanpa berfikir panjang Gijimo menutup pintu utama laluan ke markasnya dan menyatakan yang dia tahu bahawa mereka adalah anggota TAPOPS.

Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 20, imbas kembali menunjukkan semasa Gijimo pernah menangkap Power Sphera EmotiBot.

Rupa

Akan diumumkan...

Perwatakan

Gijimo memang suka mencetak rompak Power Sphera dengan bantuan kedua-dua Power Spheranya, CetakBot dan RompakBot untuk menjual Power Sphera palsu kepada pembeli-pembelinya untuk ketamakannya.

Trivia

  • Ia tidak diketahui bagaimana dia kenal BoBoiBoy. Kemungkinan dia mendengar berita tentang kejayaan BoBoiBoy dalam menyelamatkan Power-Power Sphera.
  • Gijimo merupakan watak kedua yang disuarakan oleh Mohd Aizat Safwan Zulkifli. Yang pertama ialah InviBot.
  • Gijimo mempunyai beberapa persamaan dengan Bago Go.
    • Kedua-dua mereka memiliki sifat yang tamak dan licik.
    • Kedua-dua mereka suka menjual barang yang mahal. Gijimo menjual Power Sphera cetak rompak manakala Bago Go menjual senjata haram.
    • Kedua-dua mereka menjalankan perniagaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.
    • Kedua-dua mereka mengenali BoBoiBoy.
    • Kedua-dua mereka akhirnya dikalahkan oleh watak protagonis. Gijimo dikalahkan oleh BoBoiBoy Petir manakala Bago Go bersama dengan abang-abangnya dikalahkan oleh Adu Du dengan MegaBot ScamBot.

Galeri

Gambar rasmi

Cekupan skrin


L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy | BoBoiBoy Galaxy Special | BoBoiBoy: The Movie 2

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24

Watak

BoBoiBoy
BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Super Probe | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Yah | Tukang Pos | Pakcik Kumar | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Malik Osman | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Nurul Julie Juliana | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Bapa BoBoiBoy | Kapten Kaizo | Lahap
BoBoiBoy: The Movie
Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar
BoBoiBoy Galaxy
MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot
Lain-lain
Captain Munch | Raksasa Bengkok | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake

Tempat

Planet Bumi | Malaysia | Pulau Rintis | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Bulan | Rumah Tok Aba | Tok Aba's Kokotiam | Planet Ata Ta Tiga | Kedai Runcit | Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous/Hospital H.A.R.A.M | Pulau Terapung | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarbangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run

Lihat juga

Animonsta Studios | Movie Animation Park Studios | Lawak Kampus x BoBoiBoy Galaxy