BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Golem Tanah ialah golem gergasi yang dihasilkan dari rekahan-rekahan tanah. Ia merupakan kuasa utama bagi BoBoiBoy Gempa.

Sejarah[]

BoBoiBoy[]

Golem Tanah pertama kali muncul dalam Musim 1, Episod 13 setelah diseru oleh BoBoiBoy Gempa untuk membantunya mengalahkan Robot Pemusnah Mukalakus yang dikawal oleh Adu Du. Akhirnya dia berjaya dikalahkan dengan bantuan BoBoiBoy Halilintar dan BoBoiBoy Taufan.

Dalam Musim 2, Episod 13, Golem Tanah diseru oleh BoBoiBoy Gempa untuk bertarung dengan PETAI tetapi usahanya gagal. Bersambung dalam Musim 3, Episod 1, dia sekali lagi diseru untuk berlawan dengan Ejo Jo yang telah merampas jam-jam kuasa kepunyaan Gopal, Yaya dan Ying. Namun, Ejo Jo menggunakan kuasa Gopal untuk menukarkannya menjadi kaca dan kemudian menghancurkannya.

Dalam Robot Pango & Raksasa Bawang, Golem Tanah diseru untuk berlawan dengan Robot Pango yang dikawal oleh Tiga Rob. Dengan menggunakan kuasa kombo, Robot Pango telah berjaya dikalahkan. Seterusnya dalam BoBoiBot Bersedia, versi 2.0 dari Golem Tanah digunakan oleh BoBoiBot Gempa.

BoBoiBoy: The Movie[]

Golem Tanah muncul secara ringkas dalam filem ini ketika ia kelihatan menangkap Rob dan Robert yang telah melakukan jenayah rompakan.

BoBoiBoy Movie 2[]

BoBoiBoy Gempa menggunakan Golem Tanah sebagai senjatanya dalam pertarungan melawan Retak'ka.

Kuasa[]

BoBoiBoy
  • Tumbukan Gegar: Antara teknik tumbukan terkuat Golem Tanah yang berupaya untuk mencampakkan musuhnya ke belakang.
  • Tumbukan Pemenyek: Dengan hanya satu tumbukan, ianya boleh memenyekkan musuh.
  • Tumbukan Giga: Hampir sama dengan Tumbukan Gegar, tetapi lebih kuat.
  • Golem-Golem Tanah: BoBoiBoy Gempa menjelmakan golem yang dikawalnya dalam skala yang banyak iaitu sebanyak tiga golem. BoBoiBoy Gempa bertanggungjawab untuk mengawal golem-golem tersebut namun tidak mampu mengawal ketiga-tiganya secara serentak.
  • Tumbukan Serentak: BoBoiBoy Gempa menyeru ketiga-tiga Golem Tanah untuk menumbuk secara serentak.
  • Cengkaman Tanah: BoBoiBoy Gempa menghasilkan sebentuk tanah untuk mencengkam musuh, namun mungkin tidak boleh bertahan lama jika digunakan pada musuh yang kuat. Pertama kali digunakan pada Musim 2, Episod 6 untuk mengelakkan Kucing Sewel melarikan diri.
  • Tanah Tinggi Pencengkam: Mengeluarkan tangan batu daripada tanah lalu mencengkam musuh yang berada di atas udara. Pertama kali digunakan untuk mencengkam kaki PETAI.
  • Tanah Pelindung, Berlapis-lapis: Perlindungan bagi BoBoiBoy Gempa yang berlapis-lapis yang diperbuat daripada kristal-kristal. Ia digunakan dalam BoBoiBoy: The Movie.
BoBoiBoy Galaxy
  • Tolakan Gempa
Serangan Kombo

Kemunculan[]

Trivia[]

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Golem Tanah

Gambar promosi[]

BoBoiBoy

Cekupan skrin[]

BoBoiBoy
BoBoiBoy The Movie
BoBoiBoy Movie 2

Render[]

Video[]

Advertisement