Harimau Kitar ialah cantuman-cantuman daripada bahan-bahan kitar semula yang berupa harimau yang dicipta untuk menghapuskan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Ia dikawal oleh Adu Du melalui sebuah alat kawalan.
Sejarah
Dalam Musim 2, Episod 8, Harimau Kitar muncul setelah diseru oleh Adu Du untuk berlawan dengan BoBoiBoy dan kawan-kawannya serta menghalang mereka daripada mendapatkan penawar yang akan pulihkan mereka.
Dalam Musim 2, Episod 9, BoBoiBoy dan kawan-kawannya cuba menghentikan harimau ini sehinggalah babak Gopal meminum penawar emosi dan dia menukarkan Harimau Kitar menjadi makanan.
Rupa
Harimau Kitar sangat serupa dengan harimau biasa tetapi, bezanya diperbuat daripada bahan yang terbuang iaitu besi-besi lama yang menghiasi kepalanya, silinder gas di bahagian dadanya dan beberapa perkakas rumah untuk membuat badannya.
Trivia
- Harimau ini diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula, maka ia diberi nama "Harimau Kitar".
- Walaupun Harimau Kitar merupakan pembuatan melalui bahan kitar semula, ia dapat menghasilkan bunyi ngauman seperti harimau sebenar.