FANDOM


Helang Bayang
Helang Bayang Galaxy
Penggunaan pertama Musim 2, Episod 6
Mengandungi kuasa Helang Bayang
Digunakan oleh Fang
Elemen Bayang
Sasaran Mecha Probe

Helang Bayang adalah salah satu kuasa Fang. Helang Bayang merupakan sebuah lembaga yang berbentuk burung helang yang dijelmakan untuk menyerang musuh dari udara. Ia juga digunakan sebagai pengangkutan udara oleh Fang.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 2, Episod 6

Untuk pergi ke meja di kantin sekolah sewaktu mereka bersaiz kecil, Fang menunjukkan kepada BoBoiBoy dan Gopal dengan menyeru Helang Bayang, yang membuatkan mereka kagum. Kemudian, sewaktu BoBoiBoy dan Gopal ingin menunggang Helang Bayang, mereka memperlakukannya seperti menaiki bas dengan berebut untuk ingin duduk di tepi tingkap lalu mereka dimarahi oleh Fang. Semasa terbang ke udara, Helang Bayang gagal untuk terbang dan jatuh ke tanah, membuatkan mereka semua turut terjatuh.

Kerjasama BuBaDiBaKo

Fang menggunakannya untuk mengganggu aktiviti BoBoiBoy setelah menangkap ayam Makcik Kantin.

Musuh Baru Dan Lama

Fang menyeru Helang Bayang untuk menyerang BoBoiBoy Halilintar.

BoBoiBoy Galaxy

Fang Pelengkap Pasukan

Fang menyeru Helang Bayang untuk membantunya bertempur dengan Nyamuk Amok.

Misi Penghantaran Dobi

Fang menyeru Helang Bayang untuk melindungi bungkusan-bungkusan dobi dari kotor. Dia dikejar oleh Mecha Probe yang cuba mengotorkan bungkusan-bungkusan itu dengan tembakan lumpur. Namun, selepas Gopal menukarkan beberapa bahagian Mecha Probe menjadi makanan, Fang menggunakan Helang Bayang untuk menyerangnya dan mengalahkannya.

Pukauan Katakululu

Fang menghantar Helang Bayang untuk menyerang Adu Du, yang dipanggil sebagai "Olu Lulu" disebabkan oleh pukauan Katakululu. Walau bagaimanapun, akhirnya Helang Bayang dikalahkan olehnya.

Pertarungan Hangat

Fang menunggang Helang Bayang untuk mengejar BoBoiBoy Angin.

Kuasa

  • Patukan Helang Bayang: Pertama kali digunakan dalam BoBoiBoy Galaxy. Fang menyeru Helang Bayang untuk mematuk musuhnya dengan laju.

Galeri

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.