BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

HidungBot merupakan sebuah Power Sphera kecil yang pernah digunakan oleh Jugglenaut untuk membesarkan saiz tubuh badannya.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

HidungBot pada awalnya dianggap sebagai hidung merah Jugglenaut dalam Sarkas Kegelapan, tetapi didedahkan sebagai Power Sphera yang keempat digunakan oleh Jugglenaut setelah kehilangan Power Sphera ApiBot, BebelonBot dan SimenBot dalam Kemunculan Halilintar. Jugglenaut menggunakan kuasa HidungBot hanya dengan memicitnya untuk menjadi Giganaut, iaitu membesarkan saiz tubuh badannya menjadi sebesar Colosseum. Serangannya amat kuat bagi Gopal, Yaya dan Ying, bahkan juga serangan Kapten Kaizo tidak memberikan sebarang kesan padanya dan mampu untuk memecahkan segala pertahanannya. Apabila Jugglenaut ingin menghapuskan kawan-kawan BoBoiBoy, dengan segera BoBoiBoy terus bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar dan bertempur dengannya. Kaizo turut membantu dengan menggunakan Topeng Jingga dan mereka berjaya mengalahkannya. Jugglenaut terbaring di atas tanah dan HidungBot tercabut darinya, membuatkan Jugglenaut mengecil kepada saiz asalnya.

Rupa[]

Trivia[]

  • Nama HidungBot diambil dari perkataan "hidung" kerana untuk menggunakannya, ia perlu dipasang di hidung penggunanya.
  • Saiz HidungBot yang kecil dan berwarna merah membuatkan ia sama seperti hidung badut.
  • Perbezaan kuasa pembesaran HidungBot dengan kuasa pembesaran BellBot adalah BellBot boleh memberikan Cattus satu saiz gergasi sahaja, manakala HidungBot boleh memberikan Jugglenaut seberapa banyak saiz yang dia mahukan, bahkan juga saiz sebesar Koloseum.
  • Nama HidungBot didedahkan dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Kemunculan Lagenda.

Galeri[]

Advertisement