BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

HookaBot ialah watak dalam siri BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan sebuah Power Sphera yang pernah digunakan oleh Kapten Separo.

Sejarah[]

BoBoiBoy Galaxy[]

Dalam Daun VS Lanun, setelah Kapten Separo mendapati Power-Power Sphera di warung Tok Aba, dia menyeru HookaBot dan memasangnya di cangkuk untuk berlawan dengan BoBoiBoy. Melihat Yaya diserang, BoBoiBoy cuba melindunginya namun Jam Kuasanya seolah-olah rosak dan tidak dapat digunakan. BoBoiBoy diserang oleh Kapten Separo dengan HookaBot dan terjatuh ke atas pokok. Kapten Separo berpuas hati melihat BoBoiBoy lalu turun ke bawah dan mengugut untuk memberikan kesemua Power Sphera. Kapten Separo terus menukarkan senjata HookaBot dan ingin menyerang mereka. Namun, BoBoiBoy memperoleh kuasa baru yang memperkenalkan diri sebagai BoBoiBoy Daun dan berlawan dengannya. Akhirnya, Kapten Separo ditewaskan olehnya.

Bilik Power Sphera Bahagian Kanan

HookaBot di dalam bilik Power Sphera.

Dalam episod Fang Penyelamat, kelihatan HookaBot bersama MotoBot berada di sebuah bilik Power Sphera di dalam kapal angkasa Koko Ci. Kemungkinan HookaBot telah diprogramkan semula olehnya dan kemudian dibawa ke Stesen Angkasa TAPOPS.

Dalam kredit akhir Sinaran Penamat, HookaBot telah diletakkan di bilik sementara Power Sphera bersama dengan Power-Power Sphera lain dan berada dalam mod tidak aktif.

Senjata[]

Pengguna Power Sphera HookaBot boleh memanipulasi kuasanya kepada berbagai jenis senjata. Walaupun nampak biasa, namun Power Sphera ini amat berbahaya kerana boleh mengadaptasi dengan berbagai jenis senjata.

  • Pencangkuk: Kapten Separo menukarkan HookaBot kepada pedang sabit untuk menyerang musuh.
  • Cangkuk Penghancur: Kapten Separo memanjangkan cangkuk dan membolehkannya untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh dengan cangkuk penghancur.
  • Cangkuk Penangkap: Kapten Separo menukarkan HookaBot menjadi penangkap lalu melancarkan cangkuknya dan menangkap musuhnya dari jauh.
  • Tukaran Meriam HookaBot: Kapten Separo menukarkan HookaBot kepada meriam yang membolehkannya untuk menembak musuhnya dari jarak yang jauh.

Trivia[]

  • Nama HookaBot diambil dari perkataan "hook" yang bermaksud cangkuk, sesuai dengan kuasanya yang digunakan sebagai pencangkuk.
  • HookaBot merupakan Power Sphera pertama yang berada di tangan penjahat, sebelum diselamatkan oleh TAPOPS.
  • Dalam komik BoBoiBoy Galaxy: Adiwira Bersatu, HookaBot ditampilkan dengan warna biru dan kelabu.
  • Walaupun tidak pernah bercakap ataupun bersuara, tetapi menurut BoBoiBoy dalam surat peminat, HookaBot bersama ApiBot, BebelonBot dan SimenBot agak bising apabila mereka bersama dalam satu bilik sehingga menyebabkan BoBoiBoy sukar untuk tidur.

Galeri[]

Gambar promosi[]

Cekupan skrin[]

Advertisement