BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Ibu Bu merupakan ibu kepada Adu Du yang kaya dan mempunyai butiknya tersendiri yang sangat canggih. Ibu Bu muncul pada Musim 3, Episod 12 semasa dia pergi ke Markas Kotak dan cuba membalas dendam terhadap BoBoiBoy kerana telah menjadikan anak lelakinya bersifat baik.

Senjata

  • Pistol Gincu Laser: Ibu Bu menukarkan gincunya menjadi pistol mini yang mempu menembak musuhnya dari jarak yang jauh.
  • Serangan Gincu Laser: Ibu Bu menukarkan gincunya menjadi pedang cahaya yang kuat yang akan meninggalkan kesan coretan pada tubuh musuhnya yang merenjat musuhnya dengan renjatan elektrik.
  • Libasan Rantai Emas 18 Karat: Ibu Bu menggunakan rantai emas miliknya yang bertindak sebagai cemeti untuk menyerang musuh.
  • Gelang Pengikat: Ibu Bu melancarkan gelang miliknya ke arah musuhnya yang akan memerangkap mereka di bahagian badan sehinggakan musuhnya tidak mampu untuk bergerak lagi.
  • Compact Powder Pemening: Ibu Bu perlu menerbangkan debu bedaknya yang boleh mengakibatkan musuhnya berasa pening apabila menghidunya.
  • Perfume Pembusuk: Ibu Bu menggunakan Perfume miliknya dan mula menyembur musuhnya dengan bauan tersebut sehingga musuhnya dikerumuni mahluk perosak seperti Tikus dan Lipas.
  • Kit Solekan Bom: Ibu bu menggunakan alat solek miliknya dan menukarkannya kepada Bom Jangka yang akan meletup dalam masa 10 saat apabila diaktifkan.

Rupa

Ibu Bu berkepala kubus dan mempunyai sesungut yang mempunyai kubus kecil di hujungnya yang berfungsi sebagai telinga. Memakai cermin mata yang berbingkai ungu dan berambut kerinting berwarna merah serta memakai gincu yang nipis dan bertahi lalat yang terletak di bawah mulutnya. Mengenakan baju blaus berwarna ungu terang yang lengkap dengan perhiasan rantai emas dan bertali pinggang pada seluarnya yang berwarna kuning dengan kasut yang bertumit tinggi.

Kemunculan Ibu Bu

Musim 3

Trivia

  • Ibu Bu merupakan alien berjantina perempuan pertama yang muncul dalam siri BoBoiBoy.
  • Kami tidak tahu untuk beberapa hari bila Ibu Bu sampai ke BoBoiBoy Galaxy. Tapi, seperti peminat akan berkata, dia dan semua keluarga Adu Du akan dirampas oleh Ejo Jo (dengan Lima Panglima Scammer) dan Tengkotak.
Advertisement