Ibu Bu Butik merupakan sebuah syarikat kosmetik yang dimiliki oleh Ibu Bu, iaitu ibu kepada Adu Du. Butik ini terletak di Planet Ata Ta Tiga.
Sejarah[]
BoBoiBoy[]
Dalam Ketibaan Ibu Adu Du, Ibu Bu mengingatkan anaknya itu supaya memberitahunya jika dia menginginkan apa-apa, ibunya itu boleh menaja semuanya kerana perniagaannya, Ibu Bu Butik pun sudah ada 3671 cawangan. Probe terdengar perbualan itu dan kagum akan kekayaan si ibu kepada tuannya. Ibu Bu turut menasihati anaknya supaya berpindah dari "tempat pembuangan sampah" yang didiaminya sambil menawarkan kediaman yang lebih mewah.