InviBot adalah watak dalam BoBoiBoy Galaxy. Dia merupakan sebuah Power Sphera yang pernah bekerja dengan Panto.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
InviBot asalnya berada dalam keadaan halimunan mengikuti ke mana sahaja Panto pergi. Dia menghasilkan medan halimunan yang membolehkan Panto untuk mencipta benda-benda halimunan yang tidak boleh dilihat daripada imaginasinya. Walau bagaimanapun, medan ini juga memberikan kuasa yang sama kepada BoBoiBoy dan Gopal kerana mereka berada di dalam medan itu. Menurut Ying, InviBot merupakan Power Sphera jenis proximity.
Selepas mengalahkan Panto, BoBoiBoy memperkenalkan sepasang cermin mata yang boleh mengesan Power Sphera halimunan dan membantunya mencari dan menangkap InviBot. Akhirnya, dia dilihat dicas semula di sebelah HookaBot. Ochobot menyatakan bahawa dia telah berjaya mendapatkan maklumat tentang lokasi Power-Power Sphera yang dicuri daripada InviBot.
Kuasa
InviBot mempunyai kuasa imaginasi. Apa sahaja yang Panto bayangkan tidak kira senjata mahupun kenderaan, InviBot dapat menghasilkannya tetapi dalam bentuk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Trivia
- Nama "InviBot" diambil dari perkataan Bahasa Inggeris iaitu invisible, yang mana merupakan kuasanya.
- InviBot merupakan Power Sphera kesepuluh yang muncul dalam BoBoiBoy Galaxy, yang pertama ialah MotoBot, kedua ialah BellBot, ketiga ialah HookaBot, keempat ialah CardBot, kelima ialah ApiBot, keenam ialah MelonBot, ketujuh ialah GigiBot, kelapan ialah BebelonBot dan kesembilan ialah SimenBot.
- InviBot adalah Power Sphera kelima yang bekerjasama dengan penjahat, yang pertama ialah HookaBot, kedua ialah CardBot, ketiga ialah MelonBot dan keempat ialah GigiBot.
- InviBot merupakan Power Sphera Proximity pertama yang muncul.
- InviBot merupakan watak pertama yang disuarakan oleh Mohd Aizat Safwan Zulkifli. Yang kedua ialah Gijimo.
- InviBot nampaknya menunjukkan hubungan yang amat rapat dengan Panto. Ini terbukti apabila dia meminta tolong daripada Panto selepas ditangkap oleh BoBoiBoy, dan Panto memeluknya dengan menitiskan air mata.
- Menurut volume ketiga komik BoBoiBoy Galaxy, ini didedahkan bahawa kuasa sebenar InviBot adalah imajinasi, yang menjelaskan mengapa pengguna dapat membuat apa-apa tetapi dalam keadaan yang tidak dapat dilihat.