Fandom

BoBoiBoy Wiki

J-Rex

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

J-Rex
Watak BoBoiBoy
Penampilan
sulung
"BoBoiBoy: The Movie"
Penampilan
terakhir
"BoBoiBoy: The Movie"

J-Rex merupakan salah satu makhluk yang berasal dari Kapal Angkasa Tengkotak. Ia muncul dalam BoBoiBoy: The Movie setelah Bora Ra mengarahkan Yoyo Oo untuk melepaskannya.

Sejarah

J-Rex merupakan mahluk yang diperbuat daripada barangan robotik dan dihibridkan dengan seekor ikan. Ia membuat kemunculan sulungnya di dalam BoBoiBoy: The Movie sebagai mahluk suruhan Pasukan Tengkotak.

Setelah Bora Ra mengarahkan Yoyo Oo untuk melepaskan J-Rex, ia dilepaskan oleh Yoyo Oo dan kelihatan J-Rex berlari keluar.

Sementara Adu Du dan Probe memperdayakan Papa Zola dengan menipunya yang anak-anak muridnya telah ditangkap oleh Pasukan Tengkotak. Namun, kemunculan J-Rex di belakang Papa Zola secara tiba-tiba mengejutkan mereka bertiga, lantas berusaha melarikan diri mereka.

Disebabkan terlalu laju berlari, mereka bertiga tidak sedar yang mereka telah melebihi gaung dan jatuh dengan serta-merta. Oleh itu, mereka bertiga berguling-guling sehinggalah tiba ke penghujung gaung. Mujur masing-masing sempat berpaut untuk mengelakkan dari terjatuh ke bawah. Namun, gaung yang lebih tinggi itu menyebabkan Papa Zola terkejut besar kerana dia adalah orang yang paling bawah sekali berpaut.

Lantas, Adu Du menyuruh seorang konconya untuk menarik mereka ke atas. Pada masa yang sama, J-Rex masih lagi mengejar mereka. Namun, ia pula tergelincir dan menyedari yang ia juga akan jatuh ke dalam gaung. Sementara Adu Du melambai-lambai ke arah J-Rex, tiba-tiba ia terhenti dari terjatuh.

Rupa-rupanya, Papa Zola telah menyelamatkan J-Rex dengan memegang kakinya. Ujar Papa Zola, kebenaran tidak akan membenarkan sesiapa pun daripada terjatuh. Oleh itu, mereka bertiga telah mendapat seorang teman baru, J-Rex yang ganas tadi telah menjadi jinak disebabkan oleh Papa Zola dengan nama barunya; Jerung Jinak Kebenaran!

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak