FANDOM


Jam Kuasa
Jam-Jam Kuasa
Pengguna BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal, Fang, Tarung (Pemakai tetap)
Ejo Jo, Tok Aba, Papa Zola, Iwan (Pemakai sementara)
Kemunculan pertama BoBoiBoy Musim 1, Episod 1
Status Digunakan
Jam Kuasa merupakan jam-jam khas yang Ochobot berikan kepada BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang. Setiap jam ini mempunyai kebolehan dan kuasa tersendiri yang bergantung pada pemiliknya.

Sejarah

BoBoiBoy

Musim 1

Dalam Musim 1, Episod 1, Ochobot mendapati bahawa dia telah diaktifkan oleh BoBoiBoy maka memberikan kuasa berbentuk jam kepadanya. Lalu dia menjelaskan yang dia mempunyai kuasa elemental. BoBoiBoy kemudian berhasil mengeluarkan tiga elemen pertamanya iaitu Petir, Angin dan Tanah. Dalam Musim 1, Episod 2 pula, Yaya, Ying dan Gopal turut diberikan kuasa oleh Ochobot untuk bertempur dengan Super Probe. Bagaimanapun, Ochobot tidak mengetahui kuasa Gopal setelah dia ditendang oleh BoBoiBoy untuk menyelamatkannya dari Super Probe. Selepas gagal dalam cubaan mencari kuasa, akhirnya kuasa Gopal terserlah dalam Musim 1, Episod 4 iaitu menukarkan objek menjadi makanan dengan hanya menyentuh objek itu. Kuasa ini terbukti tidak berkesan terhadap manusia dan ia juga akan bertambah kuat apabila Gopal berasa takut semasa sedang menggunakan kuasanya. Maka, BoBoiBoy dan kawan-kawannya menggunakan kuasa-kuasa ini untuk melindungi Bumi dari ancaman Adu Du dan Probe.

Musim 2

Ia diceritakan bahawa Fang mendapat kuasanya daripada Ochobot setelah dia membawanya berjumpa dengan Adu Du dan Probe tanpa menyedari niat buruk mereka, maka membuat Ochobot buruk sangka terhadapnya. Tetapi apabila Fang menawarkan diri untuk melindungi Ochobot dari ancaman Adu Du selepas mereka bolos dari markas penjahat, membuatkan Ochobot mengubah fikiran. Akan tetapi, tiba-tiba mereka dikepung semula oleh Adu Du dan Probe. Maka dengan rasa cemasnya Ochobot melepaskan Kuasa Bayang kepada Fang. Namun, Fang sukar mengawal kuasanya, maka Ochobot terpaksa membahayakan dirinya dengan mengawal semula Kuasa Bayang. Ini yang telah membuatkan Ochobot sering mengalami renjatan dalaman hingga pengsan setiap kali melihat wajah Fang mahupun gambarnya, dan mereka berdua tidak mengingati peristiwa itu sehinggalah sewaktu mereka mengingati semula secebis demi secebis peristiwa itu dalam Musim 2, Episod 8.

Dalam Musim 2, Episod 13, Ejo Jo tiba di Bumi dan berhasil menangkap Yaya, Ying dan Gopal serta rakan-rakan sekelas mereka untuk dijadikan tebusan. Pada masa yang sama, Ejo Jo merampas kesemua jam mereka yang membuatkan mereka kehilangan kuasa.

Musim 3

Ejo Jo menggunakan kuasa-kuasa milik Yaya, Ying dan Gopal untuk bertarung dengan BoBoiBoy dalam Musim 3, Episod 1. Selepas Ejo Jo berhasil dikalahkan oleh BoBoiBoy dan juga Adu Du melalui Robot Pemusnah Mukalakus, Ejo Jo mencuri pula kuasa Fang tanpa disedari mereka maka menggunakannya untuk memerangkap BoBoiBoy, Adu Du, Yaya, Ying dan Gopal. Dalam Musim 3, Episod 2, sementara Ejo Jo menggunakan kuasa Fang, BoBoiBoy memberikan cadangan kepada Tok Aba, Papa Zola dan Iwan supaya pakai dan gunakan Jam Kuasa milik Yaya, Ying dan Gopal. Oleh itu, Tok Aba, Papa Zola dan Iwan masing-masing menggunakan Jam Kuasa Ying, Yaya dan Gopal dengan membentuk pasukan Trio Kebenaran. Rancangan mereka berhasil dan kuasa-kuasa mereka dikembalikan semula kepada pemilik asalnya selepas kekalahan Ejo Jo.

Dalam Musim 3, Episod 25, disebabkan terdesak apabila melihat BoBoiBoy, Yaya, Ying dan Gopal hampir dihabiskan oleh Kapten Kaizo dan Lahap, maka Fang terpaksa menggunakan Kuasa Bayangnya untuk mengambil kesemua Jam Kuasa mereka lalu memberikannya kepada Kaizo. Bukan itu sahaja, sewaktu dalam kapal angkasa, Fang diberikan arahan oleh Kaizo untuk menyerahkan kuasanya sekali di atas sebab dia tidak layak menggunakan dua kuasa sekaligus. Maka Fang terpaksa memberikannya dengan hati yang berat. Kemudian Kaizo meletakkan kesemua jam itu di sebuah bilik untuk digunakan dalam misi mereka. Sementara itu BoBoiBoy dan kawan-kawannya meminta tolong daripada Adu Du dan Probe untuk mengejar kapal angkasa Kaizo di angkasa dan mereka berhasil memecah masuk ke dalam kapal angkasa dalam Musim 3, Episod 26.

Selepas kesemua Jam Kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawannya dikembalikan oleh Fang dan berakhirnya pertarungan terakhir, Kaizo dan Lahap mendedahkan bahawa misi pasukan mereka adalah untuk mencari kuasa-kuasa dari Sfera Kuasa dan berikannya kepada mereka yang layak menggunakannya dan dalam masa yang sama, Kaizo mengakui bahawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya layak untuk menggunakannya. Lahap juga berpesan kepada BoBoiBoy untuk menjaga kuasa-kuasa mereka.

BoBoiBoy Galaxy

Dalam Musim 1, Episod 4, Jam Kuasa milik BoBoiBoy tiba-tiba bermasalah akan tetapi ia didedahkan oleh Ochobot bahawa Jam Kuasa miliknya sedang menyesuaikan diri dengan kuasa baru yang diperolehinya dari Planet Gurunda dan ia dikemas kini dalam Musim 1, Episod 5, iaitu apabila BoBoiBoy muncul sebagai BoBoiBoy Daun.

Dalam Musim 1, Episod 11, Jam Kuasa BoBoiBoy mengalami kerosakan buat seketika selepas BoBoiBoy menyelamatkan Gopal daripada lava yang mengalir ke udara maka lava itu mengenai Jam Kuasa BoBoiBoy. Semasa di puncak gunung berapi, penangan Sai dan Shielda yang menghina BoBoiBoy dan kawan-kawannya sebagai "lemah" menimbulkan perasaan marah BoBoiBoy yang mungkin juga bercampur dengan tekanan. Lalu Jam Kuasa BoBoiBoy yang mengalami kerosakan tadi mula menyerap elemen api dan membolehkan BoBoiBoy untuk berubah menjadi BoBoiBoy Api. Kemungkinan lava di situ mempunyai ciri-ciri yang sama dengan BoBoiBoy Api, yang membolehkan BoBoiBoy berubah menjadi elemental tersebut.

Dalam Musim 1, Episod 14, ia didedahkan bahawa Jam Kuasa lama BoBoiBoy hampir dan pernah rosak. Oleh itu BoBoiBoy perlu melengkapkan kesemua kuasa tahap pertamanya dahulu (terutamanya Cahaya) untuk menggunakan kuasa tahap keduanya. Dalam Musim 1, Episod 17 pula, ia didedahkan bahawa sejak BoBoiBoy mendapat Jam Kuasa baru, BoBoiBoy telah kehilangan semua kuasanya sejak peristiwa dalam BoBoiBoy: The Movie kerana jam barunya itu melainkan tiga kuasa elemental asalnya (Petir, Angin dan Tanah).

Senarai pemakai

BoBoiBoy

Imej dan warna pada jam kuasa yang dipakai oleh BoBoiBoy bergantung kepada setiap jelmaan elemental yang digunakannya. Setiap elemental BoBoiBoy mempunyai imej dan ikon yang berlainan.

Kuasa: Manipulasi Elemental dan Pemecahan Elemental.

Dalam musim pertama, BoBoiBoy memakai dua utas jam manakala pada musim kedua dan ketiga, BoBoiBoy hanya memakai seutas jam sahaja.

Nota: Jam Kuasa milik BoBoiBoy biasanya menunjukkan simbol petir. Apabila dalam mod jam, ia menunjukkan masa dalam bentuk analog dan bukan digital.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Jam Kuasanya mempunyai reka bentuk baru dan Jam Kuasanya mendapat kuasa elemen baru, yang mana ia adalah Daun.

Yaya

Ochobot memberi jam kuasa ini kepadanya untuk membebaskan BoBoiBoy daripada terus disepit oleh Super Probe. Yaya mempunyai kuasa untuk memanipulasi graviti dan menjadi kuat.

Kuasa: Manipulasi Graviti

Nota: Jam Kuasa milik Yaya merupakan jam tangan digital yang berwarna merah jambu dengan corak bunga-bungaan. Ia berbentuk seperti daun yang bergelung pada pergelangan tangan Yaya.

Ying

Ochobot memberi jam kuasa ini kepadanya supaya dia boleh mengalihkan perhatian Super Probe dan Adu Du daripada menembak Yaya.

Kuasa: Manipulasi Masa

Nota: Jam Kuasa milik Ying berwarna biru dengan kuning, mirip seperti topinya. Ia merupakan jam tangan digital dan diperbuat daripada kain yang tebal.

Gopal

Merupakan watak terakhir yang mendapat jam kuasa dari Ochobot, akan tetapi Ochobot terlupa akan jenis kuasa Gopal. Akhirnya, Gopal mengetahui jenis kuasanya pada ketika dia diculik oleh Adu Du.

Kuasa: Manipulasi Molekul

Nota: Jam Kuasa milik Gopal juga adalah jam yang berwarna hijau ala-ala daun. Apabila dalam mod jam, ia menunjukkan masa dalam bentuk digital.

Fang

Fang mendapat jam kuasanya dari Ochobot. Apabila Adu Du dan Probe cuba untuk merampas Ochobot daripada dakapan Fang untuk mendapatkan kuasa, Ochobot memberikan jam kuasa kepadanya dan Fang mendapat Kuasa Bayang. Apabila Adu Du dan Probe cuba untuk menyerangnya, dia membalas dengan menyeru Naga Bayang. Akan tetapi, Fang sukar mengawal kuasanya, maka terpaksa Ochobot membahayakan diri dengan mengawal semula Kuasa Bayang tersebut. Perkara inilah yang membuatkan Ochobot sering mengalami renjatan dalaman hingga pengsan setiap kali melihat wajah Fang mahupun gambarnya, dan mereka berdua tidak mengingati peristiwa itu sehinggalah peristiwa dalam Musim 2, Episod 8, apabila mereka mengingati semula secebis demi secebis peristiwa itu.

Kuasa: Manipulasi Bayang

Nota: Jam Kuasa milik Fang adalah berwarna biru (bertentangan dengan warna kegemarannya iaitu ungu) dan ia diperbuat daripada getah. Ia mempunyai skrin LCD dan ia adalah jam tangan digital.

Trivia

  • Permukaan Jam Kuasa BoBoiBoy selalunya menunjukkan ikon elemen petir apabila BoBoiBoy tidak berpecah dan berada pada dirinya sendiri.
    • Dalam BoBoiBoy Galaxy pula, permukaan Jam Kuasa barunya menunjukkan logo petir yang menyerupai huruf "B".
  • Ochobot telah mengubahsuai semua Jam Kuasa BoBoiBoy, Yaya, Ying, Gopal dan Fang supaya mereka boleh:
    • Pertunjukan hologram untuk komunikasi.
    • Menghantar mesej kepada satu sama lain.
    • Mengesan keberadaan mereka seperti GPS.

Galeri