Fandom

BoBoiBoy Wiki

Jero-Jero

365laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

"Kekasih Kejahatan, Kenalan Kenakalan!"

Adu Du, Musim 3, Episod 22

"Kamilah... Kawan Kejahatan, Kenalan Kenakalan!"

Probe, BoBoiBoy: The Movie

Jero-Jero.png

Logo Superjahat Jero-Jero.

Jero-Jero ataupun Superjahat Jero-Jero adalah sebuah pasukan kejahatan yang ditubuhkan oleh Adu Du yang merupakan tulang belakang kepada setiap aktiviti penjanayah. Nama ini diambil daripada sut yang dibeli Probe, iaitu nama yang direka oleh Bago Go.

Sejarah

Musim 3, Episod 22

Probe ingin membeli senjata daripada Bago Go, tetapi Probe perasan sesuatu di belakang Bom Megaton Eton X500. Bago Go mula-mula berkata ia adalah pakaian parti hari jadi anaknya, tetapi Bago Go mula menipu dengan mengatakan ia adalah pakej sut superhero Jero-Jero. Dia berkata dengan pakaian itu boleh mendapatkan kuasa konfiden. Probe tetap membeli dua walaupun harganya 30 Juta dan 30 Sen.

Superjahat Jero-Jero.png

Kemunculan pertama Superjahat Jero-Jero.

Selepas membeli sut itu, mereka memakainya dan menolong Raksasa Perisai melawan BoBoiBoy dan rakan-rakannya. Tetapi, mereka mengalami kekalahan dan melarikan diri. Selepas sahaja peristiwa tersebut, Adu Du mula mengisytiharkan diri mereka sebagai Superjahat Jero-Jero.

Musim 3, Episod 23

Adu Du tidak berpuas hati dengan penganjuran Karnival Hari Bumi di Sekolah Rendah Pulau Rintis. Jadi, mereka menghuru-harakan karnival tersebut dengan menyelamatkan Raksasa Perisai dan mengisi simen dan plastik dalam replika Bumi 3R. Selepas menolong Raksasa Perisai, mereka mendapat tahu bahawa Ejo Jo akan tiba di Bumi tidak lama lagi.

Musim 3, Episod 24

Adu Du memberi amaran kepada BoBoiBoy bahawa Ejo Jo sedang menuju ke Bumi. Mereka menunjukkan bukti dengan maklumat perisikan Jero-Jero iaitu melalui Spacebook. Mereka ingin bergabung dengan BoBoiBoy untuk melawan Ejo Jo. Tetapi apabila Kapten Kaizo tiba, mereka ketakutan lalu melarikan diri.

Musim 3, Episod 25

Selepas kehilangan kuasa, BoBoiBoy meminta tolong Adu Du untuk menolong mereka dengan alasan Fang merupakan alien jahat yang perlu dibantu. Selepas didesak, mereka akhirnya bersetuju dan akur dengan prinsip mereka. Mereka menyerang kapal angkasa Kapten Kaizo.

BoBoiBoy: The Movie

Adu Du dan Probe cuba menolong Geng Rompak Dobi Bersiri (RDB) tetapi akhirnya tewas di tangan BoBoiBoy Halilintar.

Logo pasukan ini mempunyai huruf J berwarna putih beserta latarnya yang berwarna ungu, biru dan kuning.

Prinsip

Sebagaimana yang diberitahu Adu Du, prinsip dan matlamat pasukan ini adalah:

  • Membela orang-orang jahat seluruh dunia,
  • Sebarang kegagalan kejahatan adalah kegagalan mereka,
  • Sebarang penghinaan kepada kejahatan adalah penghinaan untuk mereka,
  • Tidak boleh berkira dengan penjahat lain.

Ahli pasukan

Pakaian

  • Adu Du: Sut berwarna biru dengan seluar dalam, kasut dan topeng mata berwarna ungu.
  • Probe: Kain merah diikat di mulut beserta topeng mata berwarna kuning.

Trivia

  • Adu Du dilihat tidak tetap pendirian dalam memegang prinsip, kerana:
    • Mereka tidak mahu membantu penjahat yang kuat seperti Ejo Jo atau Kapten Kaizo ataupun geng Tengkotak.
    • Mereka menolong BoBoiBoy dengan memberitahu kedatangan Ejo Jo dan sanggup bekerjasama dengan orang baik untuk menentang orang jahat.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak