FANDOM


Kapal Sampah A80
Kapal angkasa Adu Du
Dimiliki oleh: Adu Du
Dibeli di: Ata Ta Tiga
Dijual kepada: Bago Go dan Ejo Jo
Pemilik terkini: Adu Du
Kemunculan pertama: Musim 1, Episod 1

Kapal Sampah A80 merupakan nama model bagi sebuah kapal angkasa yang dimiliki oleh Adu Du pada musim pertama sehingga ketiga. Kapal Sampah A80 dinamai sedemikian disebabkan oleh harganya yang amat berpatutan dan murah serta mampu dimiliki oleh golongan kelas bawahan Planet Ata Ta Tiga seperti Adu Du.

Sejarah

Kapal Sampah A80 telah menjadi markas dan tempat tinggal kepada Adu Du, Probe dan Komputer sewaktu mereka menjejaki Bumi demi mencari koko sebagai sumber tenaga utama planet asalnya. Di dalam reaktor terasnya juga, lahirnya sebuah robot sfera kuasa bernama Ochobot. Walaupun kapal angkasa ini mempunyai kerosakan-kerosakan kecil, namun kapal ini tetap kekal elok. Pada akhir musim pertama, Probe telah menggadaikan Kapal Sampah A80 milik bosnya kepada Bago Go demi membeli senjata kerana harganya terlalu mahal (harga di Planet Ata Ta Tiga) dan telah mendapat Robot Pemusnah Mukalakus secara percuma.

0309 sampahbot

Mod: SampahBot!

Pada Musim 2, Episod 1, Bago Go telah menjual kapal angkasa milik Adu Du kepada Ejo Jo. Tetapi, Adu Du telah mendapat semula kapal angkasanya dalam Pertarungan di Bulan, dan pada masa yang sama telah menyebabkan kemarahan saudara-saudara Bago Go yang menggelarkan diri mereka sebagai Lima Panglima Scammer sehingga tercetus persengketaan antara Lima Panglima Scammer dengan Adu Du. Semasa bertarung di Bulan, Adu Du memberitahu bahawa kapal angkasanya juga dapat bertukar menjadi robot gergasi seperti kapal angkasa kepunyaan Lima Panglima Scammer dan akhirnya bertukar menjadi SampahBot dengan bantuan tenaga yang disalurkan oleh BoBoiBoy Halilintar. Pertarungan yang epik ini juga dibekalkan oleh bantuan kuasa-kuasa BoBoiBoy dan kawan-kawan dan akhirnya menang, tetapi mengakibatkan robot SampahBot rosak dan hancur teruk.

Walau bagaimanapun, Adu Du dan Probe menggunakannya lagi dalam Jumpa Lagi BoBoiBoy untuk menolong BoBoiBoy mengejar kapal angkasa Kaizo. Namun, kapal angkasa ini telah rosak teruk disebabkan oleh serangan yang bertubi-tubi dari kapal angkasa Kaizo, dan mengakibatkannya terhempas di Bumi bersama Adu Du dan Probe yang berada di dalamnya.

Ciri-ciri


Trivia

Bagogo tunjuk kapal angkasa sampah

Jari telunjuk Bago Go menyentuh model kapal angkasa Adu Du.

  • Nama model kapal angkasa ini telah didedahkan pada Musim 1, Episod 12 dalam katalog Bago Go.
  • Pada musim pertama, kapal angkasa Adu Du iaitu Kapal Sampah A80 ditunjukkan mempunyai pelbagai senjata dan peluru berpandu. Tetapi, disebabkan kapal angkasa ini telahpun menjadi kapal angkasa antik atau model lama sejak musim ke-2, senjata-senjata pada kapal angkasa ini pun telah dinyahaktifkan dan sudah tidak berfungsi.
  • Di samping panel kawalan dan komputer sendiri, kapal angkasa ini dilengkapi dengan reaktor teras untuk membekalkan tenaga, serta memiliki persenjataan di dalam dan luar kapal sebagai langkah keselamatan dan juga untuk menyerang musuh.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.