Fandom

BoBoiBoy Wiki

Kapten Kaizo

399laman di
wiki ini
Add New Page
Bincang0 Share

Kapten Kaizo adalah anti-hero dalam siri BoBoiBoy yang membuat kemunculan sulungnya pada Musim 3, Episod 20 sebagai watak misteri dan kemunculan rasminya pada Musim 3, Episod 24. Kaizo adalah abang kepada Fang.

Latar Belakang

Kapten Kaizo adalah seorang pemberontak yang sangat terkenal di seluruh galaksi. Sebab kenapa orang-orang Bumi tidak pernah mendengar nama Kaizo adalah kerana teknologi penjelajahan angkasa Bumi masih lagi primitif dan tidak dapat mendengar sebarang khabar berita dari planet lain. Apa yang sedang diberontak dan mengapa alien-alien lain menggeruni Kaizo adalah masih menjadi misteri.

Kapten Kaizo merupakan seorang kapten di dalam sebuah pasukan yang ditubuhkan oleh dia sendiri. Pasukannya itu dianggotai oleh Prebet Pang/Fang, seorang prebet dan Leftenan Lahap, seorang leftenan dalam kumpulan itu.

Sejarah

Aku kembali BoBoiBoy.png

Kapten Kaizo membuat kemunculan pertamanya pada Musim 3, Episod 20 sebagai watak misteri yang tidak dikreditkan. Dia bercakap dengan Bago Go dan menjadi salah seorang daripada dua saksi untuk Ejo Jo yang melarikan diri.

Kaizo akhirnya muncul lagi pada Musim 3, Episod 24 dengan peranan yang lebih utama. Dia muncul dengan kapal angkasanya, dengan mudah mengalahkan saingannya dan robot PETAI saingannya dengan bantuan seekor raksasa, Lahap. Kemudian, dia mengugut BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk menyerahkan Jam Kuasa mereka. Namun, disebabkan oleh keengganan mereka untuk memberikan apa yang diminta, Kaizo memberikan arahan kepada Fang untuk bertarung dengan BoBoiBoy.

Setelah dikalahkan oleh BoBoiBoy dan kawan-kawannya dengan bantuan Fang, Kaizo menerima kekalahannya sebelum berkata kepada mereka yang mereka telah membuktikan bahawa mereka layak untuk menggunakan Jam-Jam Kuasa. Sekaligus, Kaizo mendedahkan bahawa misi pasukannya adalah menyelamatkan galaksi dari musuh kejam dan memerlukan sumber kuasa yang diperlukan untuk berbuat demikian. Kaizo ada pelawa BoBoiBoy supaya dia menyertai pasukannya untuk membantunya dalam menjalankan misi itu, namun ditolak kerana Kaizo menggunakan cara yang melampau.

Sebelum Kaizo menghantar semula BoBoiBoy dan kawan-kawan ke Bumi, Kaizo telah memberikan amaran kepada BoBoiBoy tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan ini merupakan petunjuk kepada kedatangan Pasukan Tengkotak dalam BoBoiBoy: The Movie. Setelah memberikan amaran, Kaizo meminta pula Fang untuk memilih sama ada ingin kembali dalam pasukannya atau tinggal di Bumi bersama rakan-rakannya. Akhirnya, Fang memilih yang kedua disebabkan oleh abangnya telah mempunyai kekuatan yang cukup dari kuasa tenaganya.

Kemahiran dan Kuasa

Kapten Kaizo tidak akan mempunyai sebarang kuasa jika dia tidak mengaktifkan topengnya. Namun, dia mempunyai beberapa kemahiran dalam pertarungan.

  • Kemahiran Berpedang: Kapten Kaizo mempunyai sebilah pedang panjang yang menunjukkan dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang berpedang.
  • Ketangkasan: Kapten Kaizo mempunyai naluri yang tinggi apabila dia berlawan. Oleh itu, Kapten Kaizo mampu mengelak dengan pantas ataupun meramal serangan yang akan datang daripada musuhnya.

Selain daripada segala kemahiran yang Kapten Kaizo ada, Kaizo juga adalah pemegang kepada kuasa memanipulasi tenaga. Kuasanya datang daripada helmetnya yang membolehkan dia mengolah tenaga dengan kaedah serangan dan menjana kuasa yang berlipat ganda.

  • Tumbukan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga yang tinggi pada tangannya, lalu menumbuk musuhnya dengan tumbukan yang padu dengan pantas.
    • Tumbukan Tenaga Penuh: Tingkatan kuasa daripada teknik Tumbukan Tenaga yang mengumpulkan tenaga ke tangannya dan melepaskan tenaga tersebut melalui tumbukan ke arah objek dalam kelajuan yang pantas.
  • Gari Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan kuasanya, lalu memerangkap musuhnya bagi menghalang dia untuk bergerak. Selain menggari musuhnya, Kapten Kaizo juga menggunakan teknik ini sebagai medium untuk menyeksa musuhnya.
  • Tendangan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga pada kakinya, lalu menendang musuhnya dengan sekuat hati.
  • Tolakan Tenaga: Kapten Kaizo membentuk tenaga yang berbentuk hemisfera di hadapannya lalu menolak ke arah musuhnya bagi menjauhkan diri daripada musuhnya.
  • Pedang Tenaga: Merupakan senjata khas Kapten Kaizo yang menggabungkan kuasanya dengan pedangnya yang boleh menghasilkan pedang bercahaya dan menggunakannya bagi menghukum musuhnya. Selain itu, Kapten Kaizo boleh menambahkan kuantiti tenaganya kepada pedangnya bagi menambahkan kekuatan pedangnya.
    • Gerakan Pedang Tenaga: Tingkatan kuasa bagi teknik Pedang Tenaga dengan berpusing bagi membolehkan dirinya untuk mencederakan musuhnya dengan Pedang Tenaga tersebut.
  • Cengkaman Tenaga: Teknik yang hampir sama dengan Gari Tenaga, tetapi digunakan untuk menghalang musuhnya daripada bangkit.
  • Dinding Tenaga: Kapten Kaizo menghasilkan dinding lut sinar yang tidak boleh ditembusi ataupun dipecahkan. Teknik ini membolehkan Kapten Kaizo untuk mencipta halangan daripada diganggu orang lain ataupun memerangkap musuhnya dalam dinding tersebut.

Kelemahan

Kaizo mempunyai satu kelemahan asas dalam meggunakan Kuasa Memanipulasi Tenaga; apabila Kaizo menumpukan sepenuh tenaga pada pedangnya, ia akan menyebabkan teknik yang digunakan sebelumnya terbatal.

Sebagai contoh, dalam Musim 3, Episod 25, setelah Kaizo menumpukan tenaga yang cukup pada pedangnya dan kemudian mengeluarkannya dari tempat sandangan, teknik Gari Tenaga dan Dinding Tenaganya terbatal sepenuhnya. Jadi, demikianlah bahawa semua kuasa Kaizo tertumpu pada pedangnya.

Penampilan Fizikal

CSzM-CQWoAApJeN (2).png

Gambar pertama Kapten Kaizo yang dikeluarkan oleh pihak monsta.

Dalam foto konsep Kapten Kaizo pertama yang dikeluarkan oleh pihak Monsta, Kapten Kaizo mempunyai rambut yang berwarna biru gelap, iris matanya berwarna perang dan berkulit cerah. Memakai helmet yang disertai dengan kemasan yang berwarna jingga. Jaket jingga yang dipakainya mempunyai kolar yang tinggi, kemasan lekatan yang berwarna biru terang dan corak garisan yang berwarna biru di bawah lekatan itu tergantung dari bahunya sehingga separa ke lengannya. Jaket yang dipakainya sentiasa terbuka dan juga berbaju biru gelap di dalam. Tali pinggangnya berwarna biru muda dan kepala tali pinggangnya berbentuk heksagon dan berwarna kuning. Memakai sarung tangan yang sama dengan Fang.

Kaizo Concept Art Outfit.jpg

Konsep Kapten Kaizo.

Semasa kemunculan rasmi dalam siri BoBoiBoy, pemakaiannya telah berubah secara dramatik dari segi warnanya. Rambutnya yang berpacak ke belakang berubah menjadi ungu gelap yang sama dengan warna rambut adiknya dan iris matanya berubah menjadi kemerahan. Jaket yang dipakainya kini berubah kepada biru gelap dengan kemasan berwarna ungu gelap dari bahagian bahunya sehingga ke lengannya serta terdapat logo pasukannya pada bahu kirinya. Baju yang dipakai disebalik jaketnya juga turut berubah menjadi ungu. Memakai jam emas pada pergelangan tangannya dan topeng kuasanya turut tidak berubah, tetapi kemasannya berubah menjadi biru terang. Kepala tali pinggangnya masih berbentuk heksagon dan berwarna keemasan dan disambung dengan pencangkuk yang berwarna putih (yang digunakan untuk menyandang Pedang Tenaga). Seluar yang dipakainya juga berwarna ungu.

Perwatakan

Kapten Kaizo mempunyai personaliti yang serius. Jika ahli pasukannya mengingkar arahannya, dia tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka dengan kuasanya.

Kemunculan

Musim 3

Trivia

  • Kapten Kaizo mengalahkan Ejo Jo pada Musim 3, Episod 24 dengan pedang berteknologi maju. Dalam bahasa Jepun, "Kaizo (改造 Kaizō)" bermaksud "digodam".
  • Kapten Kaizo adalah abang kandung kepada Fang seperti yang dinyatakan pada Musim 3, Episod 26.
  • Walaupun ia tidak dinyatakan dengan jelas, namun dianggap bahawa watak misteri yang muncul pada penghujung Musim 3, Episod 20 ialah Kapten Kaizo walaupun pakaiannya berbeza dengan pakaian sewaktu kemunculan rasminya.
  • Biodata Kaizo ada ditunjukkan dalam Majalah Komik BoBoiBoy isu #50. Daripada biodata itu, ia menyatakan bahawa:
    • Kaizo berumur 20 tahun.
    • Kaizo lahir pada 4 November, tetapi tempat lahirnya masih menjadi misteri.
    • Makanan kegemaran Kaizo ialah sup lobak merah.
      • Kebetulan pula, makanan kegemaran adiknya juga berkaitan dengan lobak merah (donut lobak merah).
    • Minuman kegemaran Kaizo ialah teh.
    • Warna kegemaran Kaizo adalah biru.
    • Hobi Kaizo ialah latihan simulasi.
  • Kapten Kaizo memanggil Fang dengan panggilan “Pang” kerana Fang tidak boleh menyebut namanya sendiri ketika dia masih kecil.
  • Khabar angin pernah mengatakan yang Kapten Kaizo pernah bertempur dengan ketua Pasukan Tengkotak pada suatu ketika dahulu.
  • Seperti yang dinyatakan dalam surat peminat, ibu bapanya masih hidup dan mereka tinggal di planet mereka yang amat jauh dari Bumi (walaupun soalan itu mengenai ibu bapa Fang, tetapi Kaizo dan Fang adalah adik-beradik).

Galeri

Video

Lihat juga


v - e - d
Logo boboiboy.png
Media

BoBoiBoy | Apa Kata Yaya | BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Galaxy

Episod

BoBoiBoy
Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Extended Finale
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26
BoBoiBoy Galaxy: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7

Watak

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | BoBoiBoy Halilintar | Multi-Monster | Papa Zola | Raksasa Tidur | Bago Go | Azroy | Sasha | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Makcik Kantin | Robolabolabolabolabot Super King | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Rob | Robert | Roberto Santana | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Mama Zila | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | BoBoiBoy Api | BoBoiBot Halilintar | BoBoiBot Taufan | BoBoiBot Gempa | BoBoiBot Api | BoBoiBoy Air | BoBoiBot Air | Anak Bago Go | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap | Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Cici Ko | Kurita | J-Rex | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Thorn | BoBoiBoy Solar | MotoBot | Kapten Separo | Raksasa Gurunda | Cattus | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun

Tempat

Pulau Rintis | Tok Aba's Kokotiam | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Markas Kotak | Lorong Pak Senin Koboi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Ata Ta Tiga | Pulau Terapung | Planet Gurunda

Lagu

BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Hang on Tight | Incik Boss dan Probe | BuBaDiBaKo | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS

Permainan

BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes

Lihat Juga

Movie Animation Park Studios

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak