BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Kapten Kaizo merupakan abang kepada Fang. Dia telah menganggotai pelbagai aktiviti pemberontakan di serata galaksi dan perkara itu telah menjadikannya sebagai pemberontak yang sangat terkenal di seluruh galaksi. Sebab mengapa manusia di Bumi tidak pernah mendengar nama 'Kaizo' adalah kerana teknologi penjelajahan angkasa Bumi masih lagi primitif dan tidak dapat mendengar sebarang khabar berita dari planet lain. Kapten Kaizo turut merupakan seorang kapten di dalam pasukannya yang dianggotai oleh Prebet Pang sebagai prebet dan Leftenan Lahap sebagai ahli kanan kepadanya.

Sejarah

Sejarah awal

Kapten Kaizo dilahirkan dan dibesarkan di sebuah planet yang tidak diketahui di bawah jagaan ibu dan bapanya. Ketika berusia sembilan tahun, adik lelakinya, Fang dilahirkan.

Pada suatu masa dalam hidupnya, Kapten Kaizo telah menubuhkan pasukannya sendiri untuk mencari pemilik yang sesuai untuk menggunakan Jam Kuasa. Fang turut menyertai pasukan Kaizo sebagai prebet, dan sejak itu Kaizo mula melatihnya.

BoBoiBoy

Bangkit BoBoiBoy Air

Aku kembali BoBoiBoy

Kemunculan sulung Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo membuat kemunculan pertamanya sebagai seorang watak misteri yang sedang berurusniaga dengan Bago Go dan menjadi salah seorang daripada dua saksi yang melihat Ejo Jo melarikan diri.

Musuh Baru Dan Lama

Kapten Kaizo tiba di Bumi dengan kapal angkasanya dan kemudian mengalahkan Ejo Jo dan Robot PETAI dengan bantuan ahli kanannya, Leftenan Lahap. Kemudian, Kaizo bertemu dengan Geng BoBoiBoy dan menyuruh mereka untuk menyerahkan semua Jam Kuasa mereka. Disebabkan mereka enggan, Kaizo mengarahkan Fang untuk mengalahkan BoBoiBoy.

Antara Kawan Dan Lawan

Fang yang mengingkari arahan Kaizo telah menyebabkan Kaizo menghukumnya dengan Gari Tenaga. Sementara itu, Kaizo bertarung dengan BoBoiBoy yang berusaha mempertahankan Fang dan Lahap bertarung dengan Yaya, Ying dan Gopal. Akhirnya, BoBoiBoy dan kawan-kawannya hampir dikalahkan oleh Kaizo dan Lahap. Sebelum Lahap sempat menyerang mereka dengan kuasanya, Fang menggunakan kuasanya untuk mengambil Jam-jam Kuasa kepunyaan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Fang menyerahkannya kepada Kaizo sambil meminta maaf kerana mengingkari arahannya dan menyebelahi pihak BoBoiBoy. Kaizo menerima permohonan maaf Fang, dengan syarat dia tidak mengingkari arahannya lagi. Lalu Fang mengikuti Kaizo dan Lahap kembali ke kapal angkasa dan berlepas ke angkasa.

Jumpa Lagi BoBoiBoy

Kapten Kaizo telah mencabar geng BoBoiBoy untuk bertarung dengan pasukannya sekali lagi setelah melihat keazaman mereka yang tinggi untuk mendapatkan semula Jam-jam Kuasa mereka. Kaizo mengenakan syarat untuk menunaikan permintaan mereka jika mereka menang. Di Medan Latihan Tempur, Fang telah berganding bahu bersama BoBoiBoy untuk mengalahkan Kapten Kaizo sementara Yaya, Ying dan Gopal bersama-sama bertarung dengan Lahap. Setelah bertungkus-lumus, BoBoiBoy dan Fang menggunakan kuasa kombo terhadap Kaizo, menyebabkan topeng Kaizo retak dan akhirnya menerima kekalahannya, begitu juga dengan Lahap. Kaizo mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana telah membuktikan yang mereka layak menggunakan Jam-jam Kuasa itu.

Selepas pertarungan juga, Kapten Kaizo telah mendedahkan bahawa misi kumpulannya adalah untuk mencari kuasa-kuasa dan memberikannya kepada yang layak. Walaupun, sebenarnya mereka ingin memberikan kuasa-kuasa itu kepada sekutu dan rakan-rakan mereka dan disebabkan oleh itu, Kapten Kaizo mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya kerana dia mampu untuk menggunakan kuasanya dengan baik. Namun begitu, BoBoiBoy telah menolak pelawaannya kerana Kapten Kaizo menggunakan kekerasan dalam misinya itu. Oleh kerana itu, Kapten Kaizo memberikan amaran kepada BoBoiBoy tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Sebelum menghantar mereka ke Bumi, Kapten Kaizo telah memberikan pilihan kepada Fang sama ada dia igin kembali ke pasukannya ataupun menyertai kawan-kawannya tingal di Bumi, dan Fang telah memilih untuk menyertai kawan-kawannya tinggal di Bumi.

BoBoiBoy Galaxy

Sarkas Kegelapan

Kapten Kaizo telah tiba di Sarkas Maksima bersama Fang untuk memberikan bantuan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya.

Kemahiran dan Kuasa

Kapten Kaizo tidak akan mempunyai sebarang kuasa jika tidak mengaktifkan topengnya. Namun, dia mempunyai beberapa kemahiran dalam pertarungan.

  • Kemahiran Berpedang: Kapten Kaizo mempunyai sebilah pedang panjang yang menunjukkan beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang berpedang.
  • Ketangkasan: Kapten Kaizo mempunyai naluri yang tinggi semasa bertarung. Oleh itu, Kapten Kaizo mampu mengelak dengan pantas ataupun meramal serangan yang akan datang daripada musuhnya.

Selain daripada kemahiran Kapten Kaizo, dia juga mempunyai Kuasa Manipulasi Tenaga. Kuasanya datang daripada topengnya yang membolehkan dia mengolah tenaga dengan kaedah serangan dan menjana kuasa yang berlipat ganda.

  • Tumbukan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga yang tinggi pada tangannya, lalu menumbuk musuhnya dengan tumbukan yang padu dengan pantas.
    • Tumbukan Tenaga Penuh: Tingkatan kuasa daripada teknik Tumbukan Tenaga yang mengumpulkan tenaga ke tangannya dan melepaskan tenaga tersebut melalui tumbukan ke arah objek dalam kelajuan yang pantas.
  • Gari Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan kuasanya, lalu memerangkap musuhnya untuk menghalangnya bergerak. Selain menggari musuhnya, Kapten Kaizo juga menggunakan teknik ini sebagai medium untuk menyeksa musuhnya.
  • Tendangan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga pada kakinya, lalu menendang musuhnya dengan sekuat hati.
  • Tolakan Tenaga: Kapten Kaizo membentuk tenaga yang berbentuk hemisfera di hadapannya lalu menolak ke arah musuhnya bagi menjauhkan diri daripada musuhnya.
  • Dinding Tenaga: Kapten Kaizo menghasilkan dinding lut sinar yang tidak boleh ditembusi ataupun dipecahkan. Teknik ini membolehkan Kapten Kaizo untuk mencipta halangan daripada diganggu orang lain ataupun memerangkap musuhnya dalam dinding tersebut.
  • Pedang Tenaga: Senjata khas Kapten Kaizo yang menggabungkan kuasanya dengan pedangnya yang boleh menghasilkan pedang bercahaya dan menggunakannya bagi menghukum musuhnya. Selain itu, Kapten Kaizo boleh menambahkan kuantiti tenaganya kepada pedangnya bagi menambahkan kekuatan pedangnya.
    • Gerakan Pedang Tenaga: Kapten Kaizo boleh menggunakan pedangnya untuk menyerang dengan berpusing bagi membolehkan dia untuk mencederakan musuhnya.
  • Cengkaman Tenaga: Teknik yang hampir sama dengan Gari Tenaga, tetapi digunakan untuk menghalang musuhnya daripada bangkit.

Kelemahan

Kapten Kaizo mempunyai satu kelemahan asas dalam menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaga, iaitu apabila dia menumpukan sepenuh tenaga pada pedangnya, semua kuasa yang digunakan sebelumnya akan terbatal. Sebagai contoh, dalam Musim 3, Episod 25, selepas Kapten Kaizo menumpukan tenaga pada pedangnya dan mengeluarkannya dari tempat sandangan, kuasa Gari Tenaga dan Dinding Tenaga telah terbatal sepenuhnya. Perkara ini turut menunjukkan bahawa semua kuasanya adalah tertumpu pada pedangnya.

Penampilan Fizikal

CSzM-CQWoAApJeN (2)

Gambar pertama Kapten Kaizo yang dikeluarkan oleh pihak Monsta.

Dalam foto konsep Kapten Kaizo pertama yang dikeluarkan oleh Monsta, Kapten Kaizo mempunyai rambut yang berwarna biru gelap, iris matanya berwarna perang dan berkulit cerah. Kaizo memakai topeng yang disertai dengan kemasan yang berwarna jingga. Jaket jingga yang dipakainya mempunyai kolar yang tinggi, kemasan lekatan yang berwarna biru terang dan corak garisan yang berwarna biru di bawah lekatan itu tergantung dari bahunya sehingga separa ke lengannya. Jaketnya sentiasa terbuka dan juga berbaju biru gelap di dalam. Tali pinggangnya berwarna biru muda dan kepala tali pinggangnya berbentuk heksagon dan berwarna kuning. Kapten Kaizo memakai sarung tangan yang sama dengan Fang.

Kaizo Concept Art Outfit

Konsep Kapten Kaizo.

Semasa kemunculan rasmi dalam siri BoBoiBoy, pemakaiannya telah berubah secara dramatik dari segi warnanya. Rambutnya yang berpacak ke belakang berubah menjadi ungu gelap yang sama dengan warna rambut adiknya dan iris matanya berubah menjadi kemerahan. Jaket yang dipakainya kini berubah kepada biru gelap dengan kemasan berwarna ungu gelap dari bahagian bahunya sehingga ke lengannya serta terdapat logo pasukannya pada bahu kirinya. Baju yang dipakai di sebalik jaketnya juga turut berubah menjadi ungu. Beliau memakai jam emas pada pergelangan tangannya dan topeng kuasanya turut tidak berubah, tetapi kemasannya berubah menjadi biru terang. Kepala tali pinggangnya masih berbentuk heksagon dan berwarna keemasan dan disambung dengan pencangkuk yang berwarna putih (yang digunakan untuk menyandang Pedang Tenaga). Seluar yang dipakainya pula berwarna ungu.

Perwatakan

Kapten Kaizo mempunyai personaliti yang serius. Jika terdapat ahli pasukan yang mengingkar arahannya, beliau tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka dengan kuasanya.

Trivia

  • Dalam Jepun, "Kaizō (改造)" bermaksud "menggodam". Kemungkinan ini adalah rujukan kepada kemahirannya menggunakan kuasanya yang kelihatan seperti sedang 'menggodam'.
    • Dari satu segi, kemahirannya dalam menggunakan kuasanya terdapat di dalam segi 'menggodam' had tenaganya sendiri supaya dia boleh membuat tumbukan luar biasa seperti terhadap golem milik BoBoiBoy dengan satu tumbukan.
  • Ia adalah dianggap bahawa watak misteri dalam Musim 3, Episod 20 ialah Kapten Kaizo walaupun pakaiannya berbeza dengan kemunculan seterusnya.
  • Kaizo mempunyai persamaan dengan Sasuke Uchiha dari anime Naruto, tetapi gaya pertarungannya menyerupai Kirito dari Sword Art Online, lebih-lebih lagi pedangnya.
  • Majalah Komik BoBoiBoy #50 telah mendedahkan beberapa trivia tentang Kapten Kaizo:
    • Dia berumur 20 tahun.
    • Dia dilahirkan pada 4 November.
    • Makanan kegemarannya adalah sup lobak merah.
      • Secara kebetulan, makanan kegemaran Fang juga berkaitan dengan lobak merah.
    • Minuman kegemarannya adalah teh.
    • Warna kegemarannya adalah biru.
    • Hobinya ialah latihan simulasi.
  • Kapten Kaizo memanggil Fang dengan panggilan “Pang” kerana Fang tidak boleh menyebut namanya sendiri ketika dia masih kecil.
  • Khabar angin pernah mengatakan bahawa Kapten Kaizo pernah bertempur dengan ketua pasukan Tengkotak, iaitu Bora Ra pada suatu ketika dahulu, yang mana kemungkinan adalah penyebab Bora Ra kehilangan salah satu sesungutnya.
  • Menurut surat peminat, kedua ibu bapanya masih hidup dan tinggal di planet rumah mereka yang terletak amat jauh dari Bumi.
  • Kapten Kaizo telah didedahkan merupakan abang kandung Fang di akhir Musim 3, Episod 26.
Mesej Kapten Kaizo

Autograf Kaizo.

  • Kapten Kaizo adalah watak pertama dan satu-satunya yang mempunyai autograf.
  • Surat peminat telah mendedahkan bahawa Kaizo dan Fang tidak tahu memasak atau membakar, rujukan dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 10.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Kapten Kaizo. Rujuk Kapten Kaizo/Galeri.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement