BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Kapten Kaizo merupakan abang kepada Fang. Dia telah menganggotai pelbagai aktiviti pemberontakan di serata galaksi dan perkara itu telah menjadikannya sebagai pemberontak yang sangat terkenal di seluruh galaksi. Sebab mengapa manusia di Bumi tidak pernah mendengar nama 'Kaizo' adalah kerana teknologi penjelajahan angkasa Bumi masih lagi primitif dan tidak dapat mendengar sebarang khabar berita dari planet lain. Kapten Kaizo turut merupakan seorang kapten di dalam pasukannya yang dianggotai oleh Prebet Pang sebagai prebet dan Leftenan Lahap sebagai ahli kanan kepadanya.

Sejarah

Sejarah awal

Kapten Kaizo dilahirkan dan dibesarkan di sebuah planet yang tidak diketahui di bawah jagaan ibu dan bapanya. Ketika berusia sembilan tahun, adik lelakinya, Fang dilahirkan.

Pada suatu masa dalam hidupnya, Kapten Kaizo telah menubuhkan pasukannya sendiri untuk mencari pemilik yang sesuai untuk menggunakan Jam Kuasa. Fang turut menyertai pasukan Kaizo sebagai prebet, dan sejak itu Kaizo mula melatihnya.

BoBoiBoy

Aku kembali BoBoiBoy

Kemunculan sulung Kapten Kaizo.

Kapten Kaizo mula-mula dilihat dalam Musim 3, Episod 20 sebagai seorang watak misteri yang sedang berurusniaga dengan Bago Go. Mereka berbicara sambil berjalan menuju ke dalam bilik eksperimen sebelum Bago Go memperlihatkan Super Ejo Jojojo kepada Kaizo. Kaizo melihat perbandingannya, tetapi memutuskan untuk melihat sendiri kehebatannya sebelum membuat keputusan. Bago Go bersetuju untuk melakukan demonstrasi kehebatan Ejo Jo lalu mengaktifkan tabung eksperimen, menyedarkan Ejo Jo dan memecahkan tabung eksperimen itu. Ejo Jo melangkah keluar dengan perisai barunya sambil disaksikan oleh Kaizo dan Bago Go.

Dalam Musim 3, Episod 24, Kapten Kaizo tiba di Bumi dengan kapal angkasanya dan mengalahkan Ejo Jo dan Robot PETAI dengan bantuan ahli kanannya, Leftenan Lahap. Kaizo bertemu dengan Geng BoBoiBoy dan memaksa mereka untuk menyerahkan semua Jam Kuasa mereka dan Sfera Kuasa. Disebabkan mereka enggan, Kaizo menyuruh Fang untuk mengalahkan BoBoiBoy. Fang terpaksa mengikut arahan Kaizo lalu bertarung dengan BoBoiBoy. Menyedari yang mereka adalah kawan, Fang berhenti menyerang BoBoiBoy lalu dia dimarahi oleh Lahap. Kaizo terus menghukum Fang kerana telah mengingkar arahannya sebelum dia bertarung dengan BoBoiBoy yang berusaha mempertahankan Fang sementara Lahap menentang Yaya, Ying dan Gopal. Di akhir pertempuran, Kaizo memberikan arahan kepada Lahap untuk menghapuskan mereka dan Lahap mengeluarkan sebekas penuh toksik berbahaya daripada beg galasnya. Sebelum Lahap sempat menyerang mereka, Fang sempat menggunakan kuasanya untuk mengambil kesemua Jam Kuasa daripada tangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya lalu menyerahkannya kepada Kaizo sambil meminta maaf kerana mengingkari arahannya. Kaizo menerima permohonan maaf Fang sambil memberikan amaran kepadanya. Lalu Fang mengikut Kaizo dan Lahap berlepas ke angkasa.

Dalam Musim 3, Episod 26, Kaizo mencabar geng BoBoiBoy untuk bertarung sekali lagi apabila tertarik akan keazaman mereka untuk mendapatkan semula kuasa-kuasa mereka sebelum dia memarahi Fang tentang niatnya yang telah mencuri kesemua Jam Kuasa. Melihat Fang membelot mereka lagi, ia menyerang kawan-kawannya. Fang segera melindungi mereka dan memulangkan semua kuasa mereka, namun mereka diserang oleh Kaizo dan terdampar di Medan Latihan Tempur. Fang dan BoBoiBoy berganding bahu untuk mengalahkan Kapten Kaizo sementara Yaya, Ying dan Gopal bersama-sama bertarung dengan Lahap. Di akhir pertempuran, BoBoiBoy dan Fang mengkombokan kuasa mereka dan menyerang Kaizo, menyebabkan topeng Kaizo retak dan Kaizo tercampak ke belakang. Kaizo bangkit dan menerima kekalahannya lalu Kaizo mengucapkan tahniah kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya kerana telah membuktikan yang mereka layak menggunakan Jam Kuasa itu.

Selepas kekalahan mereka, Kaizo menjelaskan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawnanya yang misi kumpulan mereka adalah mencari kesemua Jam Kuasa untuk diberikan kepada mereka yang layak. Lahap membantah keputusan kaptennya kerana kuasa-kuasa itu sepatutnya diberikan kepada sekutu dan kawan-kawan mereka. Jadi Kaizo mempelawa BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya kerana dia mampu untuk menggunakan kuasanya dengan baik. Tetapi BoBoiBoy menolak pelawaannya kerana mereka menggunakan cara yang salah dalam misi. Kaizo tidak mendesak BoBoiBoy untuk menyertai pasukannya, lalu memberikan amaran tentang ancaman yang akan datang kepada dia dan Ochobot. Sebelum menghantar mereka ke Bumi, Kaizo memberikan pilihan kepada Fang sama ada dia ingin kembali kepada pasukannya ataupun menyertai kawan-kawannya tingal di Bumi, dan Fang memilih untuk menyertai kawan-kawannya tinggal di Bumi.

BoBoiBoy Galaxy

Ketika Kaizo sedang berada dalam misi penyamaran rahsia, dia telah dipanggil oleh Koko Ci untuk membantu TAPOPS menghadapi Jugglenaut dan Kaizo membuat kemunculan ringkas di akhir Musim 1, Episod 13 bersama Fang. Dalam Musim 1, Episod 14, Kaizo dan BoBoiBoy Halilintar bekerjasama untuk mengalahkan Jugglenaut. Selepas kekalahannya, Kaizo bertolak untuk menyambung misi penyamarannya semula.

Penampilan Fizikal

CSzM-CQWoAApJeN (2)

Gambar pertama Kapten Kaizo yang dikeluarkan oleh pihak Monsta.

Dalam foto konsep Kapten Kaizo pertama yang dikeluarkan oleh Monsta, Kapten Kaizo mempunyai rambut yang berwarna biru gelap, iris matanya berwarna perang dan berkulit cerah. Kaizo memakai topeng yang disertai dengan kemasan yang berwarna jingga. Jaket jingga yang dipakainya mempunyai kolar yang tinggi, kemasan lekatan yang berwarna biru terang dan corak garisan yang berwarna biru di bawah lekatan itu tergantung dari bahunya sehingga separa ke lengannya. Jaketnya sentiasa terbuka dan juga berbaju biru gelap di dalam. Tali pinggangnya berwarna biru muda dan kepala tali pinggangnya berbentuk heksagon dan berwarna kuning. Kapten Kaizo memakai sarung tangan yang sama dengan Fang.

Kapten Kaizo

Kapten Kaizo dalam siri BoBoiBoy.

Semasa kemunculan rasmi dalam siri BoBoiBoy, pemakaiannya telah berubah secara dramatik dari segi warnanya. Rambutnya yang berpacak ke belakang berubah menjadi ungu gelap yang sama dengan warna rambut adiknya dan iris matanya berubah menjadi kemerahan. Jaket yang dipakainya kini berubah kepada biru gelap dengan kemasan berwarna ungu gelap dari bahagian bahunya sehingga ke lengannya serta terdapat logo pasukannya pada bahu kirinya. Baju yang dipakai di sebalik jaketnya juga turut berubah menjadi ungu. Dia memakai jam emas pada pergelangan tangannya dan topeng kuasanya turut tidak berubah, tetapi kemasannya berubah menjadi biru terang. Kepala tali pinggangnya masih berbentuk heksagon dan berwarna keemasan dan disambung dengan pencangkuk yang berwarna putih (yang digunakan untuk menyandang Pedang Tenaga). Seluar yang dipakainya pula berwarna ungu.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, Kaizo memakai jaket berwarna biru muda dengan garisan ambar dan berseluar hitam, dengan sarung tangan biru gelap dan tali pinggang merah dengan garis kuning dan beberapa poket. Topengnya kini berwarna kelabu dengan beberapa garisan biru yang bercahaya. Terdapat logo TAPOPS di lengan bahu kanan jaketnya. Kaizo masih mempunyai bekas luka di pipi kirinya yang dia dapat dari pertarungan terakhir dalam episod akhir siri asal.

Perwatakan

Kapten Kaizo mempunyai personaliti yang serius. Jika terdapat ahli pasukan yang mengingkar arahannya, dia tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka dengan kuasanya.

Kaizo adalah seorang individu yang kuat, yakin, dan kadang-kadang sombong. Dia bukanlah seorang yang menghindar dari apa yang orang lain dianggap sebagai tidak bermoral, tidak teragak-agak untuk memerintahkan Fang untuk melawan Geng BoBoiBoy apabila mereka menolak arahannya. Kaizo tidak mudah terkejut dengan orang lain dan telah tersirat untuk menahan dirinya terhadap makhluk asing yang kuat seperti Bora Ra dan Ejo Jo, menjadikan namanya sebagai 'Pemberontak Angkasa Lagenda'.

Kaizo yakin, mengira dan seolah-olah menjadi individu yang sangat pintar, kerana dia dapat mengetahui bahawa Fang telah melawannya sebelum dia mendedahkan dirinya sendiri. Kaizo tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya, malah dari adiknya sendiri, yang dia menyakitkan untuk menghukum kerana penolakan. Walaupun sikapnya yang dingin, Kaizo ditunjukkan sebagai penghormatan, yang terbaik ditunjukkan ketika ia menawarkan geng BoBoiBoy untuk peluang melawannya dan Lahap untuk membuktikan mereka dapat menyimpan Jam Kuasa. Selepas melihat potensi penuh mereka, beliau menawarkan kedudukan BoBoiBoy dan rakan dalam pasukannya, tetapi apabila mereka menolak, beliau menghormati keputusan mereka dan sebaliknya memilih untuk memberi amaran kepada mereka tentang bahaya masa depan. Walaupun Kaizo agak sejuk dan acuh tak acuh kepada orang-orang di sekelilingnya, dia masih boleh menunjukkan kasih sayang kepada adiknya, yang terbaik ditunjukkan dalam nama haiwan Kaizo untuk Fang, 'Pang'. Pengasih Kaizo untuk saudaranya telah menunjukkan lagi ketika dia melepaskan perisainya untuk melindungi saudaranya dan risiko melukai dirinya sendiri.

Apabila dia membuat kemunculannya di BoBoiBoy Galaxy, dia masih mengekalkan keperibadiannya yang sejuk, namun yakin. Dia sombong membuat jelas bahawa dia boleh mengambil Jugglenaut pada satu pertempuran satu dan meminta semua orang untuk 'menjauhkan diri dari itu'. Walau bagaimanapun, ia telah menunjukkan bahawa sifat lebih perlindungannya mungkin hanya berpura-pura untuk menjaga orang lain daripada terluka dalam pertarungan supaya mereka selamat, terutamanya adiknya Fang. Dengan wahyu baru ini, ia tidak jauh untuk melihat bahawa Kaizo bertindak seperti yang dilakukannya kerana ia cara dia melindungi orang lain.

Kemahiran dan Kuasa

Serangan
4/5 Profil Galaxy Kapten Kaizo
Pertahanan
5/5
Ketangkasan
{{{ketangkasan}}}/5
Keberanian
5/5

Kapten Kaizo tidak akan mempunyai sebarang kuasa apabila tidak mengaktifkan topengnya. Namun, dia mempunyai beberapa kemahiran dalam pertarungan.

  • Kemahiran Berpedang: Kapten Kaizo mempunyai sebilah pedang panjang yang menunjukkan dia mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang berpedang.
  • Ketangkasan: Kapten Kaizo mempunyai naluri yang tinggi semasa bertarung. Oleh itu, Kapten Kaizo mampu mengelak dengan pantas ataupun meramal serangan yang akan datang daripada musuhnya.

Selain daripada kemahirannya, dia juga mempunyai Kuasa Manipulasi Tenaga yang datang daripada topengnya.

BoBoiBoy
  • Topeng: Topeng yang membolehkan Kaizo untuk menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaga dengan mengolah tenaga melalui kaedah serangan dan menjana kuasa yang berlipat ganda.
  • Tumbukan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga yang tinggi pada tangannya, lalu menumbuk musuhnya dengan tumbukan yang padu dengan pantas.
    • Tumbukan Tenaga Penuh: Tingkatan kuasa daripada teknik Tumbukan Tenaga yang mengumpulkan tenaga ke tangannya dan melepaskan tenaga tersebut melalui tumbukan ke arah objek dalam kelajuan yang pantas.
  • Gari Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan kuasanya, lalu memerangkap musuhnya untuk menghalangnya bergerak. Selain menggari musuhnya, Kapten Kaizo juga menggunakan teknik ini sebagai medium untuk menyeksa musuhnya.
  • Tendangan Tenaga: Kapten Kaizo mengumpulkan tenaga pada kakinya, lalu menendang musuhnya dengan sekuat hati.
  • Tolakan Tenaga: Kapten Kaizo membentuk tenaga yang berbentuk hemisfera di hadapannya lalu menolak ke arah musuhnya bagi menjauhkan diri daripada musuhnya.
  • Dinding Tenaga: Kapten Kaizo menghasilkan dinding lut sinar yang tidak boleh ditembusi ataupun dipecahkan. Teknik ini membolehkan Kapten Kaizo untuk mencipta halangan daripada diganggu orang lain ataupun memerangkap musuhnya dalam dinding tersebut.
  • Pedang Tenaga: Senjata khas Kapten Kaizo yang menggabungkan kuasanya dengan pedangnya yang boleh menghasilkan pedang bercahaya dan menggunakannya bagi menghukum musuhnya. Selain itu, Kapten Kaizo boleh menambahkan kuantiti tenaganya kepada pedangnya bagi menambahkan kekuatan pedangnya.
    • Gerakan Pedang Tenaga: Kapten Kaizo boleh menggunakan pedangnya untuk menyerang dengan berpusing bagi membolehkan dia untuk mencederakan musuhnya.
    • Tetakan Tenaga: Kapten Kaizo menggunakan pedangnya untuk menyerang musuh dengan pantas.
  • Cengkaman Tenaga: Teknik yang hampir sama dengan Gari Tenaga, tetapi digunakan untuk menghalang musuhnya daripada bangkit.
BoBoiBoy Galaxy
  • Topeng: Topeng kuasa dengan reka bentuk baru yang membolehkan Kaizo menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaganya.
    • Topeng Jingga: Kuasa tahap kedua bagi Kaizo dengan menggunakan Kuasa Jingga yang lebih kuat dengan serangan yang lebih efektif dan pertahanan yang lebih kukuh.
      • Pedang Tenaga Jingga: Pedang berwarna jingga yang lebih panjang dan mempunyai serangan yang kuat dari Pedang Tenaga biasa.
      • Dinding Tenaga Jingga: Dinding Tenaga berwarna jingga yang amat kuat dan kukuh berbanding Dinding Tenaga biasa. Bahkan, serangan Jugglenaut sebagai Giganaut juga langsung tidak memberikan sebarang kesan.
        • Ceracak Tenaga: Semasa berada dalam Dinding Tenaga Jingga, Kaizo boleh menghasilkan bilah-bilah jingga yang panjang dengan mempunyai gerigi yang tajam di luarnya untuk menyerang musuh yang cuba memecahkannya.
          • Tukaran Tenaga: Ikatan Tenaga Jingga: Kaizo meneruskan serangannya dengan menukarkan Ceracak Tenaga menjadi Ikatan Tenaga Jingga, iaitu memanjangkan bilah-bilah jingga itu dan mengikat musuhnya untuk menyukarkan pergerakannya.
  • Pedang Tenaga: Pedang Tenaga standard yang telah diubah suai sedikit. Kaizo dilihat mengaktifkan topengnya sewaktu menggunakannya.
    • Tetakan Pedang Tenaga: Dengan menggunakan Pedang Tenaga, Kaizo menyerang musuhnya dengan sekali tetakan di tubuh badannya. Pertama kali digunakan terhadap Jugglenaut.
    • Belahan Pedang Tenaga: Kaizo meluru dengan laju ke arah musuh lalu melakukan gaya membelah.
    • Pusaran Pedang Tenaga: Kaizo menggunakan tenaga dari pedangnya untuk berpusing dengan laju dan pergi ke sasaran lalu menyerang dengan pedangnya. Pusaran ini hampir sama seperti Pusaran Maksima yang dilakukan oleh Sai.
  • Dinding Tenaga: Dinding Tenaga yang sama seperti asal sebagai teknik pertahanan.
    • Dinding Tenaga Berlapis: Kaizo menggandakan Dinding Tenaga menjadi tiga untuk melindungi dirinya dari serangan musuh yang kuat.
    • Pindahan Dinding Tenaga: Kaizo memindahkan Dinding Tenaganya kepada Fang untuk melindunginya dari serangan Jugglenaut.

Kelemahan

Kapten Kaizo mempunyai satu kelemahan asas dalam menggunakan Kuasa Manipulasi Tenaga, iaitu apabila dia menumpukan sepenuh tenaga pada pedangnya, semua kuasa yang digunakan sebelumnya akan terbatal. Sebagai contoh, dalam Musim 3, Episod 25, selepas Kapten Kaizo menumpukan tenaga pada pedangnya dan mengeluarkannya dari tempat sandangan, kuasa Gari Tenaga dan Dinding Tenaga telah terbatal sepenuhnya. Ini juga menunjukkan bahawa semua kuasanya adalah tertumpu pada pedangnya.

Trivia

  • Dalam Jepun, "Kaizō (改造)" bermaksud "menggodam". Kemungkinan ini adalah rujukan kepada kemahirannya menggunakan kuasanya yang kelihatan seperti sedang 'menggodam'.
    • Dari satu segi, kemahirannya dalam menggunakan kuasanya terdapat di dalam segi 'menggodam' had tenaganya sendiri supaya dia boleh membuat tumbukan luar biasa seperti terhadap golem milik BoBoiBoy dengan satu tumbukan.
  • Ia adalah dianggap bahawa watak misteri dalam Musim 3, Episod 20 ialah Kapten Kaizo walaupun pakaiannya berbeza dengan kemunculan seterusnya.
  • Kaizo mempunyai persamaan dengan Sasuke Uchiha dari anime Naruto, tetapi gaya pertarungan pedangnya menyerupai Kirito dalam Sword Art Online.
  • Majalah Komik BoBoiBoy #50 telah mendedahkan beberapa trivia tentang Kapten Kaizo:
    • Dia berumur 20 tahun.
    • Dia dilahirkan pada 4 November.
    • Makanan kegemarannya adalah sup lobak merah.
      • Secara kebetulan, makanan kegemaran Fang juga berkaitan dengan lobak merah.
    • Minuman kegemarannya adalah teh.
    • Warna kegemarannya adalah biru.
    • Hobinya ialah latihan simulasi.
  • Kapten Kaizo memanggil Fang dengan panggilan “Pang” kerana Fang tidak boleh menyebut namanya sendiri ketika dia masih kecil.
  • Khabar angin pernah mengatakan bahawa Kapten Kaizo pernah bertempur dengan ketua pasukan Tengkotak, Bora Ra pada suatu ketika dahulu, yang mana kemungkinan adalah penyebab Bora Ra kehilangan salah satu sesungutnya.
  • Menurut surat peminat, kedua ibu bapanya masih hidup dan tinggal di planet rumah mereka yang terletak amat jauh dari Bumi.
  • Kapten Kaizo telah didedahkan merupakan abang kandung Fang di akhir Musim 3, Episod 26.
Mesej Kapten Kaizo

Autograf Kaizo.

  • Kapten Kaizo adalah watak kedua yang telah mengeluarkan autografnya. Watak pertama ialah BoBoiBoy yang autografnya ditunjukkan di dalam surat peminat.
  • Surat peminat telah mendedahkan bahawa Kaizo dan Fang tidak tahu memasak atau membakar, rujukan dalam BoBoiBoy Galaxy Musim 1, Episod 10.
  • Dalam surat peminat, Kaizo juga dipercayai adalah seorang penyanyi yang baik seperti adiknya, Fang.
  • Dalam BoBoiBoy Galaxy, Harris Alif tidak lagi menyuarakan Kaizo dan beliau digantikan oleh Nabil Zamanhuri.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki BoBoiBoy mempunyai pelbagai gambar menarik tentang Kapten Kaizo. Rujuk Kapten Kaizo/Galeri.

Video

L - S - B
Logo Baru BoBoiBoy
Siri
BoBoiBoy / BoBoiBoy Reborn | BoBoiBoy Galaxy | Papa Pipi
Episod

BoBoiBoy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 2: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13
Musim 3: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26

BoBoiBoy Galaxy

Musim 1: Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24
Musim 2: Isu 1 | Isu 2 | Isu 3 | Isu 4 | Isu 5 | Isu 6 | Isu 7 | Isu 8 | Isu 9
Filem
BoBoiBoy: The Movie | BoBoiBoy Movie 2 | BoBoiBoy Movie 3
Watak

BoBoiBoy

BoBoiBoy | Yaya | Ying | Gopal | Fang | Ochobot | Tok Aba | Adu Du | Probe | Komputer | Alebi | Wahid | Ernie | Super Probe | ToToiToy | BoBoiBoy Petir | BoBoiBoy Angin | BoBoiBoy Tanah | Pakcik Mat | Makcik Kuih | Pakcik Ikan | Robot Hamba | Multi-Monster | Popo | Pakcik Kumar | Posmen | Nenek Ying | Super Makcik Probe | BoBoiBoy Halilintar | Super Duper Probe | Papa Zola | Raksasa Tidur | Tauke | Bago Go | Azroy | Sasha | Encik Biskut | BoBoiBoy Taufan | Robot Pemusnah Mukalakus | BoBoiBoy Gempa | Ejo Jo | Komputer Ejo Jo | Cikgu Timi | Iwan | Amar Deep | Suzy | Amy | Siti | Stanley | Nana | Melissa | Melody | Makcik Kantin | Cikgu Disiplin | Robolabot | Robolabolabolabolabot Super King | Pak Senin Koboi | Kucing Sewel | Kambing S8000 | Maharaja Ata Ta Tiga | PETAI | Ravi J. Jambul | Koko Jumbo | Mega Probe | Rob | Robert | Roberto Santana | Polis Gemuk | Polis Kurus | Ketua Polis | Shamsul Rizal Sabri | Wak Baga Ga | Bagi Gi | Bagu Gu | Tom | MegaBot ScamBot | SampahBot | Raksasa Gonohom | Uncle Yim | Mama Zila | Raksasa Ketam | Ibu Bu | Robot Pango | Raksasa Bawang | BoBoiBot | Detektif Konon | BoBoiBoy Api | Pakcik Kantin | Anak Kantin | BoBoiBoy Air | Anak Bago Go | Wakil KPKT | Raksasa Perisai | Kapten Kaizo | Lahap

BoBoiBoy: The Movie

Klamkabot | Bora Ra | Gaga Naz | Kiki Ta | Yoyo Oo | Koko Ci | Robot T | Nenek Sayur | Kurita | J-Rex | Sistem Lab Sfera Kuasa | BoBoiBoy Blaze | BoBoiBoy Ais | BoBoiBoy Duri | BoBoiBoy Solar

BoBoiBoy Galaxy

MotoBot | Kapten Separo | Konco Lanun | Alien Mop | Raksasa Gurunda | Cattus | Waibi | BellBot | HookaBot | BoBoiBoy Daun | Nyamuk Amok | CardBot | Jokertu | Hantu Pokok | Katakululu | Raksasa Batu | Tarung | Gorila TAPOPS | ApiBot | Sai | Shielda | Jugglenaut | MelonBot | GigiBot | Panto | BebelonBot | SimenBot | InviBot | TargetBot | HidungBot | Bikembar Merah | Bikembar Biru | TrophyBot | Pok Pok Tus | Heely Wheely | DashBot | LoopBot | Makcik Wawa | Aunty Yang | Roktaroka | A.B.A.M. | Pemilik D'Sosej | Gijimo | CetakBot | RompakBot | EmotiBot | Jagara | DataBot | Robot Lanun | Burung Nuri Lanun | Kapten Vargoba | StealthBot | Nut | BoBoiBoy Cahaya | Ramenman | MagnetBot | Tok Cendatok | Gaharum | Brolangkas Brothers | Qually | Jaguh Paruh Lang | Tok Ngau | Rukawr | Jaga Kar | Pengawal Ladang | Profesor Utan | Musang Salji | Tumbosaur | Puak Baja | PasuBot | Alpha Jumbosaur | BoBoiBoy Sori

BoBoiBoy Movie 2

Raksasa Pengun | Anak Pengun | EggaBot | Gogobi | Cakada | Kechik | Ayu Yu | Retak'ka | Hang Kasa | Pipi Zola | Kang Kong | Kuda Botak | Maskmana | Pokok Bak-Bak | King Kang Kong | Raja Bayugan | Kaum Cendawa | Papa Cendawa | Mama Cendawa | Anak Cendawa | Laskar Guruhan | BibikBot | ArmoBot | KristalBot | GammaBot | Satriantar | Kuputeri | Mas Mawais | King Balakung | Panglima Pyrapi | BoBoiBoy FrostFire | BoBoiBoy Glacier | BoBoiBoy Supra | Amato

Papa Pipi

Nekpi | Cikgu Warni | Doktor Dahlia | Vijay | Melur | Chia

Lain-lain

Captain Munch | Raksasa Bengkok | Razak | Raksasa Gula | Terra | Coral | Oake | Kapten MACC | Ezra | Lelabah Kristal | EnerBot | EquBot | Raksasa Gerojoh | GigaBot
Terbitan turunan
Apa Kata Yaya | OldTown White Coffee's Superhero Elemen | Detektif Yaya | Sahabat Cilik SPRM | BoBoiBoy Galaxy Special | Fly With Yaya | Destinasi Terbaik
Tempat
Planet Bumi | Stesen Keretapi Pulau Rintis | Yong Pin Aerotrain Express | Pulau Rintis | Rumah Tok Aba | Planet Ata Ta Tiga | Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam | Kedai Runcit | Pejabat Pos Pulau Rintis | Rumah Yaya | Rumah Ying | Rumah Gopal | Sekolah Rendah Pulau Rintis | Taman Pulau Rintis | Markas Kotak | Rumah Berhantu | Lorong Pak Senin Koboi | Balai Polis Pulau Rintis | Kedai Permainan | Rintis Bank | Kedai Game Ah Beng & Sons | Sekolah Menengah Pulau Rintis | Hospital Alien Really Amazing Marvellous | Pulau Terapung | Lab Sfera Kuasa | Kilang Sfera Kuasa | Sektor G-14 | Planet Gurunda | Kubur Kapal Angkasa | Stesen Angkasa TAPOPS | Planet Dargha'ya | Planet Volkania | Planet Sarkas | Koloni Lanun Angkasa | Planet Kasuta | Planet Brotora | Planet Junkberg | D'Sosej | Kapal Arkib Angkasa | Planet Oroq | Stesen Sunnova | Markas TEMPUR-A | Planet GogoBugi | Sektor 88-19 Bima Lima | Planet Saharu | Sektor Z55-2P Galaksi Solaria | Asteroid Kristal | Planet Quabaq | Planet Gur'latan | Sektor G159A Nusagima | Planet Bayugan | Planet Rimbara | Planet Gugura | Akademi Pulau Rintis | TAPOPS-B | Kampung Muriong | Planet Kadruax
Lagu
BoBoiBoy, Superhero Kita! | Bersedia | Lagu Hindustan Gopal | Suasana di Hari Raya | Incik Boss dan Probe | Treler Antarabangsa BoBoiBoy | BuBaDiBaKo | Bangun Pagi, Senang Hati | Lagu Tidur Gopal | Lagu Tidur Fang | Jagalah Bumi | Bangkit Anak Muda! | Masih Di Sini | Di Bawah Langit Yang Sama | Dunia Baru | Lagu Tema TAPOPS | Pok Anai-Anai - Tok Aba | Fire & Water | Lagu Rukun Negara | Aneka Baju Raya
Permainan
BoBoiBoy: Adu Du Attacks | BoBoiBoy: Cabaran Kepantasan | BoBoiBoy: Photosticker | BoBoiBoy Superkick | BoBoiBoy: Puzzle Clash | BoBoiBoy: Ejo Jo Attacks | BoBoiBoy: Bounce & Blast | BoBoiBoy: Power Spheres | BoBoiBoy: Galactic Heroes | BoBoiBoy Galaxy Card | BoBoiBoy Galaxy Run
Lihat juga
Animonsta Studios | Majalah Komik BoBoiBoy | Movie Animation Park Studios | BoBoiBoy Galaxy x Lawak Kampus SUPERIOR
Advertisement