BoBoiBoy Wiki
Advertisement
BoBoiBoy Wiki

Kapten Lanun atau Kapten Separo adalah salah seorang Pemburu Power Sphera yang menangkap Sfera-Sfera Kuasa untuk kepentingan peribadinya sendiri. Beliau merupakan ketua Lanun Angkasa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.

 Sejarah

Kapten Lanun membuat kemunculan sulungnya dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 1, di mana beliau berada di sebuah galaksi yang sedang mengejar kapal angkasa yang dipandu oleh Cici Ko yang bermotifkan bahawa dia inginkan Power Sphera bernama MotoBot yang diselamatkan oleh Komander Koko Ci. Aksi kejar-mengejar tersebut kian rancak sehingga beliau kehilangan lokasi sebenar kapal angkasa itu di medan asteroid.

Setelah memintas komunikasi kapal itu dan melihat teleportal dibuka, Kapten Lanun dengan segera melancarkan lembing-lembing yang cangkuk yang disertakan dengan tali bagi membolehkan konco-konconya menyerang kapal itu. Namun, hasratnya gagal apabila ditentang habis-habisan oleh BoBoiBoy dan dibantu oleh Gopal. Bagaimanapun, Kapten Lanun sempat melancarkan cangkuk besinya sebelum teleportal ditutup. Cangkuk tersebut bertindak sebagai alat navigasi yang membolehkan beliau untuk sampai ke Bumi dan merampas kembali Power Sphera yang dikehendakinya.

Dalam BoBoiBoy Galaxy Episod 5, Kapten Lanun tiba di Bumi dan bertemu semula dengan BoBoiBoy melalui koordinat yang ada pada cangkuk lamanya. Beliau tiba dengan misi balas dendam dan ingin menangkap Power-Power Sphera. Dengan menggunakan Power Sphera bernama HookaBot, kemenangan hampir berpihak kepada Kapten Lanun setelah BoBoiBoy kalah dan jatuh ke dalam pokok. Walau bagaimanapun, muncul BoBoiBoy berkuasa baru yang memperkenalkan dirinya sebagai BoBoiBoy Daun. Dengan itu, akhirnya Kapten Lanun berjaya dikalahkan dengan mudah.

Senjata

  • Cangkuk Besi: Cangkuk besi yang terletak di tangan kirinya berfungsi sebagai pencangkuk untuk menghalang sesuatu objek untuk bergerak jauh dan dilengkapi dengan alat navigasi.
  • Power Sphera HookaBot: Menjelmakan HookaBot yang menggantikan cangkuknya dengan Power Sphera yang memberikan pelbagai senjata untuk menyerang musuh.
  • Cangkuk Pemusnah: Memanjangkan cangkuknya yang membolehkan si pengguna Power Sphera untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh dengan cangkuk pemusnah.
  • Power Sphera HookaBot - Pencangkuk: Menukarkan HookaBot kepada pedang sabit untuk menyerang musuh.
  • Cangkuk Penangkap: Menukarkan HookaBot kepada penangkap lalu melancarkan cangkuknya untuk menangkap musuhnya dari jauh.
  • Tukaran Meriam HookaBot: Menukarkan Power Sphera HookaBot kepada meriam bagi membolehkan si pengguna Power Sphera untuk menembak musuhnya dari jarak yang jauh.

Rupa

Kapten Lanun adalah mahluk asing yang berkulit biru muda yang dipenuhi dengan jambang berwarna putih muka beliau. Disertai dengan topi lanun yang tinggi yang berwarna kuning keemasan. Mata kiri beliau ditutup dengan kanta. Mengenakan jaket yang berwarna merah terang, dan juga baju biasa di sebalik jaket tersebut yang bercorak garis menyilang antara dua warna, iaitu merah terang dan putih. Tangan kiri beliau pula digantikan dengan cangkuk besi berteknologi tinggi serta kaki kanannya diganti dengan kaki besi.

Trivia

Advertisement