Kapten Separo ialah seorang Pemburu Power Sphera yang menangkap Power-Power Sphera untuk kepentingan peribadinya sendiri. Dia juga merupakan seorang kapten dalam Lanun Angkasa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang dia inginkan.
Sejarah
BoBoiBoy Galaxy
Dalam BoBoiBoy Kembali, Kapten Lanun sedang memburu MotoBot yang telah diselamatkan oleh Komander Koko Ci. Namun mereka telah kehilangan lokasi sebenar kapal angkasa itu di medan asteroid. Apabila Koko Ci dan MotoBot terperangkap, Koko Ci menghubungi BoBoiBoy untuk mendapatkan bantuan. Ochobot membuka teleportal untuk membolehkan mereka teleport ke Bumi tetapi mereka dihalang oleh Kapten Lanun dengan cangkuknya. Tetapi BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot sempat menyelamatkan mereka.
Selepas gagal menculik MotoBot, Kapten Lanun mendapatkan maklumat tentang BoBoiBoy, Gopal dan Ochobot dari konco-konconya. Kemudian Kapten Lanun memerintahkan mereka untuk menuju ke Bumi untuk menangkap MotoBot dan Ochobot dengan menggunakan cangkuk besinya sebagai alat navigasi yang sempat dilancarkan ke kapal angkasa Koko Ci sebelum teleportal ditutup.
Dalam BoBoiBoy Daun VS Lanun, Kapten Separo tiba di Bumi dan menggunakan HookaBot selepas mendapati kesemua Power Sphera Ochobot, MotoBot dan BellBot berada di warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam. Dengan menggunakan HookaBot, dia dengan mudah mengalahkan BoBoiBoy dan akhirnya dia dijatuhkan dari kapal angkasa Lanun dan terjatuh ke atas pokok. Kapten Separo mengancam wira-wira dengan HookaBot dan memaksa mereka untuk menyerahkan kesemua Power Sphera kepadanya. Walau bagaimanapun, dia dikalahkan oleh BoBoiBoy Daun.
Senjata
- Cangkuk Besi: Cangkuk besi yang terletak di tangan kirinya berfungsi sebagai pencangkuk untuk menghalang sesuatu objek untuk bergerak jauh dan dilengkapi dengan alat navigasi.
- Power Sphera HookaBot: Menyeru Power Sphera bernama HookaBot yang menggantikan cangkuknya dengan sebuah Power Sphera yang memberikan pelbagai senjata untuk menyerang musuh.
- Cangkuk Penghancur: Memanjangkan cangkuknya yang membolehkan si pengguna Power Sphera untuk menyerang musuh dari jarak yang jauh dengan cangkuk pemusnah.
- Pencangkuk: Menukarkan HookaBot kepada pedang sabit untuk menyerang musuh.
- Cangkuk Penangkap: Menukarkan HookaBot kepada penangkap lalu melancarkan cangkuknya untuk menangkap musuhnya dari jauh.
- Tukaran Meriam HookaBot: Menukarkan Power Sphera HookaBot kepada meriam bagi membolehkan si pengguna Power Sphera untuk menembak musuhnya dari jarak yang jauh.
Rupa
Kapten Separo merupakan mahluk asing yang berkulit biru muda yang dipenuhi dengan jambang berwarna putih di mukanya dan memakai topi lanun yang tinggi yang berwarna kuning keemasan. Mata kirinya ditutup dengan kanta. Kapten Separo mengenakan jaket yang berwarna merah terang, dan juga baju biasa di sebalik jaket tersebut yang bercorak garis menyilang antara dua warna, iaitu merah terang dan putih. Tangan kirinya pula digantikan dengan cangkuk besi berteknologi tinggi serta kaki kanannya diganti dengan kaki besi. Separuh daripada anggotanya dinaik taraf dengan teknologi robotik.
Trivia
- Kapten Separo adalah kapten kedua yang muncul dalam selepas Kapten Kaizo.