FANDOM


Keris Petir
Keris Petir.png
Penggunaan pertama Musim 1, Episod 1
Mengandungi kuasa Kilat dan petir
Digunakan oleh BoBoiBoy dan BoBoiBoy Petir
Elemen Elemen Petir
Sasaran Musuh-musuh jahat

Keris Petir adalah sebuah objek pejal berbentuk panahan kilat yang boleh membawa arus elektrik kuat untuk menyerang musuh ataupun menangkis serangan. Ini merupakan senjata utama bagi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Petir dalam siri BoBoiBoy.

Penggunaan

BoBoiBoy Petir menjelmakan teknik ini dengan menggoyangkan tangannya ke atas dan ke bawah yang sebenarnya dia mengumpulkan arus tenaga elektrik ke tangannya lalu mencipta objek pejal berbentuk panahan kilat yang digelar Keris Petir untuk menyerang musuh dan menangkis serangan.

Sejarah

Teknik ini merupakan senjata dan teknik pertama yang berjaya dihasilkan oleh BoBoiBoy pada Musim 1, Episod 1, iaitu setelah dia mendapat Jam Kuasa dari Ochobot. Seterusnya, pada Musim 1, Episod 2, selepas BoBoiBoy berpecah menjadi tiga, BoBoiBoy Petir pun muncul dan menggunakan senjata Keris Petir untuk mengalahkan Adu Du dan Probe. Dalam Musim 1, Episod 6, akibat berasa marah setelah diseksa teruk oleh Adu Du, Probe, dan Komputer, BoBoiBoy Petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu dia menghasilkan tingkatan kuasa untuk Keris Petir, iaitu Pedang Halilintar yang saiznya lebih panjang dan lebih tajam berbanding dengan Keris Petir sehingga mampu mengalahkan Super Probe dengan begitu mudah.

Pada Musim 2, Episod 2, BoBoiBoy sekali lagi menggunakan Keris Petir untuk menangkis serangan Harimau Bayang yang dijelmakan oleh Fang semasa di halaman rumah latihan Fang dan untuk menyerang Ejo Jo pada Musim 2, Episod 11. Pada musim ke-3 pula, kelihatan teknik ini jarang digunakan, tetapi pada Musim 3, Episod 8, disebabkan terdesak, BoBoiBoy menggunakan Keris Petir untuk menyerang kapal-kapal Lima Panglima Scammer, namun dipatahkan oleh Tom dengan mudah. Kemudian, dalam Musim 3, Episod 22, BoBoiBoy sekali lagi mengunakan teknik ini sebagai serangan kombo terakhir bersama kawan-kawannya dalam mengalahkan Raksasa Perisai yang telah kehilangan perisainya.

Trivia

Galeri

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak