BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Keris Petir ialah sebuah objek pejal berbentuk panahan kilat yang boleh membawa arus elektrik kuat untuk menyerang musuh ataupun menangkis serangan. Ia merupakan senjata utama bagi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Petir.

Penggunaan[]

BoBoiBoy Petir membentuk teknik ini dengan menggoyangkan tangannya ke atas dan ke bawah untuk mengumpulkan arus tenaga elektrik ke tangannya lalu mencipta objek pejal berbentuk panahan kilat yang digelar Keris Petir.

BoBoiBot menghasilkan Keris Petir 2.0 dengan cara yang berbeza kerana dia terus kepada pengumpulan arus tenaga elektrik di kedua tangannya lalu mencipta Keris Petir 2.0.

Sejarah[]

Keris Petir merupakan senjata pertama yang berjaya dihasilkan oleh BoBoiBoy dalam Musim 1, Episod 1, iaitu setelah dia mendapat Jam Kuasa dari Ochobot. Dalam Musim 1, Episod 2, selepas BoBoiBoy berpecah menjadi tiga, BoBoiBoy Petir pun muncul dan menggunakan senjata Keris Petir untuk mengalahkan Adu Du dan Probe. Seterusnya dalam Musim 1, Episod 6, akibat berasa marah setelah diseksa teruk oleh Adu Du, Probe, dan Komputer, BoBoiBoy Petir bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar lalu dia menghasilkan versi naik taraf untuk Keris Petir, iaitu Pedang Halilintar yang saiznya lebih panjang dan lebih tajam berbanding dengan Keris Petir sehingga mampu mengalahkan Super Probe dengan begitu mudah.

Dalam Musim 2, Episod 2, BoBoiBoy sekali lagi menggunakan Keris Petir untuk menangkis serangan Harimau Bayang yang dijelmakan oleh Fang semasa di halaman rumah latihan Fang dan untuk menyerang Ejo Jo dalam Musim 2, Episod 11. Dalam musim ketiga, kelihatan senjata ini jarang digunakan, tetapi dalam 5 Panglima Scammer, BoBoiBoy menggunakanya untuk menyerang kapal-kapal Lima Panglima Scammer, namun dipatahkan oleh Tom dengan mudah.

Dalam BoBoiBot Bersedia, BoBoiBot menggunakan Keris Petir versi baru untuk menyerang balas terhadap Mega Probe semasa dalam ujian terakhirnya, di mana BoBoiBot melompat ke udara dan melontarkannya secara bertubi-tubi untuk menumbangkan Mega Probe. Seterusnya, ia digunakan untuk menghancurkan Kokun Bayang dan Harimau Bayang.

Dalam Episod Khas: Jagalah Bumi (Bahagian 2), BoBoiBoy mengunakan teknik ini sebagai serangan kombo terakhir bersama kawan-kawannya dalam mengalahkan Raksasa Perisai selepas kehilangan perisainya.

Dalam BoBoiBoy Galaxy, BoBoiBoy Petir telah menggunakan versi naik taraf dari Keris Petir iaitu Pedang Petir.

Galeri[]

Advertisement