BoBoiBoy Wiki
Register
Advertisement
BoBoiBoy Wiki


Kejutan BoBoiBoy Air merupakan episod kesembilan belas dalam musim ketiga siri BoBoiBoy yang disiarkan di TV3 pada 11 Oktober 2015.

Plot[]

Adu Du, BoBoiBot dan seluruh warga Pulau Rintis menyaksikan kemunculan sulung BoBoiBoy Air yang berbaring miring di atas sebiji gelembung air yang besar. BoBoiBoy Air berteriak masa untuk mereka memulangkan semua duit derma terpaksa. Dia menyerang dengan serangan Letupan Air untuk mengeluarkan semua wang peras ugut yang disimpan oleh penyangak-penyangak itu. Selepas Adu Du dilayangkan ke langit dan jatuh kembali ke bawah tetapi sempat diselamatkan oleh BoBoiBot, Adu Du bertanya kepada musuhnya bagaimanakah caranya dia mendapat kuasa baru.

Kelemahan BoBoiBot ialah air

Kelemahan BoBoiBot ialah... air!

Dua minggu yang lepas, pada waktu petang hujan yang renyai-renyai, apabila Probe datang ke rumah BoBoiBoy dan Ochobot, dia merintih kerana dia telah digantikan oleh BoBoiBot sebagai robot terbaik Adu Du, di samping memberikan maklumat tentang kelemahan asas BoBoiBot, iaitu air. Pada keesokan harinya, Ochobot mengimbas seluruh tubuh BoBoiBoy untuk memastikan kalau-kalau dia mempunyai kuasa air sambil disaksikan oleh Tok Aba dan kawan-kawannya di warung. Kebetulan pula Papa Zola berlalu setelah membeli-belah di pasar, singgah di warung Tok Aba untuk bertanyakan gelagat Ochobot. Ochobot mengesahkan bahawa BoBoiBoy masih mempunyai kuasa yang terpendam. Maka BoBoiBoy berikrar untuk mencari cara bagi mengeluarkan kuasa itu.

Selepas itu, Tok Aba sempat memesan cucunya agar berwaspada kerana elemen air juga berbahaya. Papa Zola setuju dengan nasihat Tok Aba lalu membacakan bak kata pepatah: Air yang tenang, jangan disangka tiada singa lalu Fang bertanyakan sejak bila ada singa di dalam air. Papa Zola sekadar membalasnya dengan berkata "singa laut", membuatkan Fang dan Tok Aba memandang muka Papa dengan muka tidak puas hati. Kemudian, Yaya juga turut berpesan kepada BoBoiBoy agar tidak lupa diri setelah mendapat kuasa barunya, diikuti dengan Ying yang menambah supaya kawal kuasanya. Gopal pula mengingatkan BoBoiBoy bahawa dia ialah kawan baiknya, jadi berpesan supaya belanjanya air.

Pesan lagi Papa Zola dengan ghairah, jangan disalah gunakan kuasa air itu sehingga membanjiri sekolah dan memusnahkan semua kertas ujian lalu murid-murid terpaksa menjawab ujian semula. Teguran Papa Zola cukup menggerunkan Fang dan Gopal yang bertegas dengan BoBoiBoy supaya mengawal kuasanya dan jangan menyebabkan kemusnahan. Kekecohan Gopal menyebabkan BoBoiBoy tegang dan hampir terkeluar kuasa apinya, tetapi cepat-cepat diredakan oleh urutan Papa Zola. Sementara urutan itu berterusan, tiba-tiba Ochobot mengesan kuasa air BoBoiBoy dan memberitahu kepada yang lain yang ianya semakin kuat, tetapi setelah tidak diurut, kuasa itu melemah. Gopal pun membuat teori bahawa kuasa api BoBoiBoy muncul kerana ingin menghilangkan tekanan, sedangkan kuasa air BoBoiBoy pula muncul kerana mendapat ketenangan. Tok Aba setuju dengan teorinya.

Maka, Papa Zola berhasrat ingin memberikan Urutan Ketenangan Kebenaran kepada BoBoiBoy yang dimulai dengan urutan yang agak sakit sehingga ke urutan yang lembut sambil meminum air buatan Tok Aba. Beberapa minit kemudian, Papa Zola memberikan Gerakan Urutan Terakhir kepada BoBoiBoy untuk mencetuskan kuasa airnya itu. Urutan ini ternyata memberikan kesan apabila munculnya gelembung-gelembung air yang berterbangan di sekitar warung Tok Aba, dan akhirnya berkumpul ke dalam tubuh BoBoiBoy lalu membentuk wira baharu.

Namun, hasil pertukarannya menghairankan dan mengecewakan mereka kerana BoBoiBoy Air muncul dengan bentuk badan yang serba gempal dan berisi, siap dengan perilaku yang serba tenang dan santai. Ochobot terus mengimbas dan mengandaikan bahawa BoBoiBoy Air bulat kerana sifat dia hanya suka minum air sahaja. Ying berpendapat bahawa mesti wira baru ini tidak suka bersenam, namun si BoBoiBoy Air menyoal semula kerana tidak memahami perkataan "bersenam".

Apapun, BoBoiBoy bangun dari kerusi untuk menunjukkan kuasanya. Dia ingin mengeluarkan Bebola Air yang sama besar dengan dirinya tetapi tidak mampu untuk mengawalnya. Fang dan Gopal berasa sangat kecewa dan pasrah dengan apa yang terjadi, tetapi Ying berkata yang BoBoiBoy Air ialah "harapan" mereka untuk mengalahkan Adu Du dan BoBoiBot. Tetapi, Gopal mengumpamakan kawan baiknya itu sebagai "sarapan" kerana badannya yang serba gempal. BoBoiBoy Air pula berkata perkara yang sama kepada Gopal, tetapi Gopal membalas walaupun dia berbadan besar, tetapi dia lebih cergas. Maka Gopal menunjukkan kelincahannya di rangka panjat yang membuatkan kawan-kawannya teruja serta Tok Aba dan juga Papa Zola.

BoBoiBoy cuba menyamai aksi Gopal di rangka panjat tetapi dia tidak dapat melakukannya. Tok Aba menasihati cucunya agar dia menguruskan badannya, tetapi BoBoiBoy Air merasakan tidak perlu untuk menguruskan badannya. Maka Papa Zola meraih restu dan mandat daripada Tok Aba untuk mengambil BoBoiBoy Air di bawah jagaannya dan memulakan "Latihan Kecergasan Kebenaran" untuk mencerdaskan semula badan BoBoiBoy Air supaya dia dapat bertarung dengan Adu Du dan BoBoiBot kelak sambil diiringi lagu "Bangkit Anak Muda!".

BoBoiBoy_Bangkit_Anak_Muda!_HD

BoBoiBoy Bangkit Anak Muda! HD

Latihan Kecergasan Kebenaran melibatkan pelbagai rejim senaman dan latihan tempur yang diiringi dengan lagu temanya sendiri. Banyak sukan yang dilakukannya berterusan selama 2 minggu, dan lama-kelamaan BoBoiBoy Air semakin kurus dan akhirnya dia telah menjadi kurus dan cergas. Kejayaan BoBoiBoy Air diraikan dengan dakapan Papa Zola yang diiringi dengan air mata kegembiraan. BoBoiBoy Air mengucapkan terima kasih kepada cikgunya sehingga air matanya mula mengalir. Sebaik melihat air mata anak muridnya itu, Papa turut mengalirkan air di matanya dan membalas "Kebenaran tidak pernah berputus asa".

Tiba-tiba, Papa Zola mencampakkan BoBoiBoy Air yang mengejutkan BoBoiBoy Air. Papa Zola menyuruh BoBoiBoy Air untuk menghentikan sandiwara syahdunya dan segera pergi kalahkan BoBoiBot dan Adu Du. BoBoiBoy Air mengesat air matanya dan mula bersedia untuk mengalahkan Adu Du dan BoBoiBot.

Penduduk Pulau Rintis mula menyalurkan semangat kepada BoBoiBoy Air untuk mengalahkan si mata duitan itu, sementara Adu Du menghamburkan kata cacian dan air liurnya terpercik di pipi BoBoiBoy Air tetapi tidak sedikit pun mengganjakkan diri daripada kedudukannya. Rupa-rupanya, BoBoiBoy Air terlena ketika Adu Du mencaci!

Sabar, Incik Boss. Sabar 2

Sabar Incik Boss, sabar 2.0...

Setelah ditengking oleh Adu Du, akhirnya BoBoiBoy Air bangun dan bertanya apakah yang telah terjadi. Makcik Kantin tampil menyerahkan bantal kepada wira baru itu lalu mendapati yang Adu Du sedang menggeram di sebelah dan bertanyakan siapakah dirinya. Maka, Adu Du pun naik marah, tetapi ditenangkan dengan kata-kata sabar 2.0 oleh BoBoiBot.

BoBoiBoy Air bertanya apa yang dia mahukan pada "pagi-pagi buta", ianya hanya mengacau dia tidur. Dengan perasaan yang marah, Adu Du mengatakan yang sudah "tengahari buta", dan mengugut dia akan dicincang oleh BoBoiBot. Tetapi BoBoiBoy Air berpesan jangan marah, dengan mengatakan bak kata pepatah "Air yang dicincang tidak akan putus". BoBoiBot bingung bertanya kerana tidak memahami pepatah itu kepada tuannya, tetapi Adu Du juga tidak memahami maksud pepatah itu selaku makhluk asing.

BoBoiBot Vs

Budak ni?

Kemudian BoBoiBoy Air bertanya apakah yang Adu Du mahukan daripadanya. Makcik Kantin tolong menceritakan bahawa Adu Du melakonkan BoBoiBot. Adu Du menjadikan BoBoiBot merampas kerjanya sebagai superhero dan merupakan penyamun pemeras ugut seluruh penduduk bandar Pulau Rintis. Setelah mendengar cerita itu, BoBoiBoy Air dengan aman meminta Adu Du supaya mengaku kalah dan balik bersantai di rumah daripada bersusah-payah melawan.

Setentunya Adu Du dengan marahnya enggan menyerah kalah untuk membela peranannya selaku watak jahat dalam cerita BoBoiBoy. BoBoiBoy Air mengingatkan Adu Du bahawa cerita BoBoiBoy tidak terjejas sewaktu dia menjadi baik pada awal musim 3. Tambahnya jika berlawan, kemenangannya pasti akan jatuh ke tangan BoBoiBoy.

Ujaran BoBoiBoy Air hanya menyemarakkan kemarahan Adu Du yang menyuruh BoBoiBot untuk melawan jelmaan baru itu. BoBoiBot bertukar menjadi BoBoiBot Api 2.0 dan melancarkan tembakan api ke merata tempat, membuatkan BoBoiBoy Air masuk ke dalam gelembung dan melarikan diri, tetapi akhirnya gelembungnya menyejat terkena tembakan besar.

Setelah kehilangan buihnya, BoBoiBoy Air berasa lega kerana dia tidak cedera, lalu menyambut Tumbukan Berapi 2.0 yang diserang musuhnya dengan Pukulan Ombak. Orang ramai menyaksikan kuasa air mengatasi robot musuh dengan rasa takjub dan gembira, termasuklah Gopal. Tiba-tiba BoBoiBoy Air muncul di sebelah Gopal kerana hendak bersantai. Gopal menegah BoBoiBoy Air daripada berehat dan menyuruh dia berlawan.

0319 adu du terkejut

Adu Du terkejut untuk berkata Gopal.

0319 probe robot tempur kutip sampah

Rahsia terbongkar.

Sementara itu, BoBoiBot berjalan dalam keadaan serba rosak dan basah tetapi masih berjalan membuatkan Gopal berasa gembira melihat musuhnya dalam keadaan yang hampir kalah. Adu Du yang geram bertanya kepada mereka bagaimanakah BoBoiBoy tahu kelemahan BoBoiBot, dan Gopal menjawab Probe yang memberitahu. Probe yang mengintip dari belakang pentas mula cemas setelah melihat bosnya terkejut. Dengan ikrar untuk menghukum Probe kelak, Adu Du menyuruh BoBoiBot melancarkan serangan habis-habisan.

BoBoiBot menggunakan Kuasa Tiga, berpecah kepada tiga jelmaan tiruan kuasa BoBoiBoy sambil kembali kepada keadaan sempurna asal. Maka wira-wira muda dan penduduk bandar kembali gusar sementara pertarungan kembali sengit. BoBoiBoy Air melarikan diri dengan gelembung airnya tetapi dihambat oleh BoBoiBot Gempa dengan serangan Tanah Tinggi 2.0 dan Dinding Tanah 2.0. Serangan disambung oleh BoBoiBot Taufan dengan Gerudi Taufan 2.0.

Fang cemas melihat BoBoiBoy Air dalam kesusahan dan cuba menolongnya, tetapi BoBoiBot Gempa bertindak dengan mengurung semua kawan-kawan BoBoiBoy di dalam Bonjolan Tanah. Penjara Tanah teramatlah keras sehingga Yaya pun tidak mampu memecahkannya. Gopal bercadang untuk menukarkan penjara itu kepada makanan, tetapi diugut oleh Adu Du jika dia berbuat demikian, dia akan menembak semua penduduk.

Namun begitu, BoBoiBoy Air dengan yakinnya mengujar yang dia boleh berlawan dengan musuh seorang diri. Oleh itu, dia menghasilkan Ombak Luncur dan menjadikan kenderaannya untuk mengelak dari serangan Pedang Halilintar 2.0 dari BoBoiBot Halilintar. BoBoiBot Halilintar bergerak ke kawasan lain dengan teknik Gerakan Kilat 2.0, tetapi tidak berhasil sehingga dia dihentikan oleh BoBoiBot Gempa.

Kawan-kawan BoBoiBoy turut berasa cemas melihat kawannya dalam kesusahan, satu melawan tiga di luar penjara. Yaya menyeru supaya BoBoiBoy Air berpecah kepada tiga juga, tetapi Ochobot memberitahu bahawa BoBoiBoy tidak pernah berpecah kepada tiga dengan kuasa baru keranan mereka tidak tahu apa yang akan terjadi. Terdesak di atas gesaan Ying, BoBoiBoy Air mula melakukan pergerakan untuk berpecah kepada tiga.

Watak[]

Trivia[]

  • Episod ini adalah episod yang berlanjutan, kerana pada 1 Januari 2015, musim ketiga dipanjangkan dari 18 episod hingga 26 episod.
  • Disebabkan mengambil masa yang lama untuk melancarkan episod ini, dalam ulang tahun ke-6 Animonsta Studios, mereka menambah hashtag "#KapanEp19" di pos akaun Facebook[1], Twitter[2], dan Instagram[3].
  • Halaman Facebook rasmi BoBoiBoy memberi petunjuk dengan gambar, episod ini disiarkan pada 30 September 2015.
  • Kini di YouTube, Episod 19 mencapai 6 juta tontonan, kebanyakannya ditonton oleh penonton lama, dengan 155 ribu tontonan setiap hari.
  • Episod 19 ditanda sebagai #1 Popular Right Now - Indonesia di YouTube bermula dari 3 hari selepas melancarkan episod ini sehingga Oktober 2015.
  • Episod ini merupakan episod pertama dan satu-satunya episod yang menggunakan lagu "Jagalah Bumi" sebagai lagu tema pembukaan yang dinyanyikan oleh Band KOTAK. Ia juga digunakan sebagai lagu tema penutup yang menggantikan lagu "Bersedia".
  • Apabila Fang mempertahankan bahawa tidak semua alien jahat, dia sebenarnya mengisyaratkan dirinya, Kapten Kaizo dan Lahap tidak jahat walaupun mereka adalah alien, yang meramalkan peristiwa dalam Musim 3, Episod 24.
  • Adu Du memecahkan dinding keempat dengan bertanya bagaimana cerita siri BoBoiBoy akan berjalan jika dia menyerah kalah kerana dia merupakan penjahat utama siri ini. BoBoiBoy Air menyatakan ketika Adu Du menjadi baik pada awal musim ketiga, jalan ceritanya masih boleh berjalan dengan lancar.

Galeri[]

Kategori utama: Gambar Kejutan BoBoiBoy Air

Video[]

Rujukan[]

Advertisement